Tuesday, December 1, 2020

Makan di House Of Kambing Di Maeps

 



Assalamualaikum,

Ni cerita entah bulan berapa lupa pulak den. Masa nak lunch hour tiba-tiba tu Doktor Hafiz ajak makan kambing. Dia nak belanja. Staf masa tu tak ramai , ada yang bekerja di rumah manakala kami yang kat pejabat ni melilau le nak makan apa. Tiba-tiba bila Doktor Hafiz ajak makan puh pucuk di cita ulam mendatang gitu. Jadi kami berlima pun guna kereta Yat sebab kereta dia boleh keluar dari parking. Yang lain kalau dah keluar huhu jenuhlah nak dapat parking kat area Parcel E tu. Jadi kalau dapat port parking yang sesuai bila time lunch memang tak keluar le sanggup tumpang kereta kawan kalau nak keluar makan.


Aku pulak memang le tak tahu house of kambing ni sebab jarang makan kambing. Sekali Doktor ajak emm nak rasa le, kut boleh kena dengan tekak. Aduhaiii typical tekak melayu ni padahal makanan sunah tapi dah terpahat dalam kepala otak kalau makan kambing boleh  kena darah tinggi. Tapi ada sekali time gathering keluarga, anak buah aku panggang daging kambing yang dah marinate.....perghhh baru tahu sedap ke tidak daging kambing. Tapi masak kambing ni kadang-kadang ada bau yang tak sedap tu yang kureng suka makan kambing. Tapi trend sekarang orang semua suka makan daging kambing panggang. Kat majlis kahwin pun dah banyak yang ada juadah kambing golek....berebut-rebut orang beratur nak dapatkannya.      
 
                             
              Hah apa tenguk-tenguk tu....cheh ingat kambing betul rupanya model kambing hehehe

Masa nak pergi Dr Hafiz macam ingat-ingat lupa jalannya. Nasib baik DD pernah pergi dan Dr Erwyn guna wase untuk sampai. Rupanya masuk Maeps tu tempat MAHA selalu diadakan terdapat satu kedai makanan yang tersohor. Kata Doktor tempat tu femes, time lunch memang beratur orang ke sana. Aku je yang ketinggalan ERL.......aiyakkkk

Jadi kita orang keluar lunch awal sikit sebab takut tempat penuh. Tapi alhamdulillah ada lagi tempat kosong.


Hah dah penuh juga tapi masih ada lagi space untuk kami berlima.


Doktor Hafiz dan Doktor Erwyn


Menelaah menu bagaikan menelaah buku ICD 10 je....alahaiiii  


Perghhhhh sup kambing power beb


                                     Ni boleh order macam-macam menu kalau ramai

 Tenguk tu bersusun peralatan untuk hidangan dan di dalamnya nampak le chef tersohor dia masak di celah-celah kayu. Macam mengendap ja hah masak apa tu. 


Zaman sekarang hadap handphone lagi seronok dari hadap orang. Belakang tu penuh je meja. Ada juga ruangan kat atas kalau di bawah dah penuh.



Selpie dulu sebelum makanan sampai


Taraaaaaaaa makanan dah sampai



Nampak sungguh mengiurkan


                                       Dalam piring nasi ada salad timun dan kobis. Ada kuah kari juga.


Jom sapede......yummy


Mula-mula masa tenguk menu tak tahu nak order apa. Aku lagi le tak pernah makan kat situ. Pilih punya pilih akhirnya kita orang ambil grill out platter tu. Set makan untuk 5 orang. Tapi tambah nasi lagi satu takut tak cukup. 


Lauk lain yang sedap.  More kambing more syok beb. 


Nasi goreng kambing pun nampak sedap kan.


Alhamdulillah akhirnya kami pun selesai makan. Emmm tekak aku rasa eh sedap juga lah. Licin juga nasi di piring. hehehehehe


Orang sentiasa je ramai


Tunggu Doktor Hafiz buat bayaran


Kedai tersohor tu tersorok ke dalam sedikit. Dalam tu ada parking tapi sebab nampak dah penuh kita orang parking kat jalan luar. Jadi kena jalan sikit untuk masuk ke dalam.


Model-model kambing menunggu kedatangan tetamu-tetamu yang suka makan kambing. Trill kalau model kambing tu boleh mengembek.....hehehehe




Alhamdulillah....kita orang balik dengan senang hati. Perumpamaan gendang gendut tali kecapi kenyang perut suka hati memang sesuai mengambarkan keadaan kami berlima. Oh lalalalala 



8 comments:

  1. Aduhai... yang ada kambing kambing ni memang my fav! Di manalah nak jumpa ni hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti balik semenanjung pi Maeps ado je. Kita baru je nak rasa suka kat kambing ni. hehehehe ikut trend le konon.

      Delete
  2. Alaaaa....x pernah makan kat sini...PKPB ni masih buka ye...sedapnyaaa

    ReplyDelete
  3. Tersorok pun dah ramai orang. Kalau viral tak tau la cmane. Saya pun ketinggalan lrt baru tau dalam tu ada restoran macam n. Yelah gi Maeps tu kalau ada event je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu gie Maeps time MAHA....rupanya ada tempat makan dalamnya. Alahaiiiii

      Delete
  4. house of kambing ramai yg singgah

    ReplyDelete