Wednesday, February 10, 2021

Delhi Kashmir 2019 - Hari Ke 4 Kebun mustard

 



Delhi kashmir 2019 Hari ke 4 naik bot beramai-ramai


Assalamualaikum,

Semalam RTMtv 2 yang setiap malam rabu menayangkan cerita bollywood telah menayangkan filem  Bajrangi Bhaijaan yang dilakunkan oleh Salman khan dengan pelakon kanak-kanak yang bernama munni aka shahida. Beriya lah aku menunggu nak tenguk balik cerita ni walaupun dah berkali tenguk tapi akhirnya tertidur dan terjaga dah penghujung rancangan dimana munni dapat berjumpa dengan keluarga dia.  Bila tenguk adegan last je alahaiiiiii teringat kashmir yang ceritanya tak habis-habis ni. hehehehe. Banyak sangat adegan dalam satu hari tu yang entry pun 1 episod sambung episod yang lain. Bertabah lah membaca celoteh aku ya. Tempatnya sangat cantik jadi kadang semua aku nak letak.  



Lokasi pengambaran tersebut katanya di Pahalgram dan sonmarg. Hah Hari ke 4 kami akan ke Sonmargh pula ya. Tapi macam biasa banyak pit stop dia. Dah nak ke sana tu berjam juga. Tapi sebab pemandangan indah di sekeliling rasa eh sekejap je dah sampai. 

Ok tadi kita dah naik bot ramai-ramai kan. Jadi macam biasa sampai kat jetty je peniaga dah menunggu tapi sebab kejar masa takde lah nak membelek bagai.  Terus semua naik bas. Sebenarnya dalam bas lagi Mr Abdul dah share wifi dia. Jadi macam kami yang tumpang wifi rumah orang sebelah bila naik je bas dan bila start je perjalanan boleh lah tumpang wifi Mr Abdul lah pula.

Sebelum sampai India aku ada beli kacang untuk kudap-kudapan. Jadi aku buat pack kecil-kecil supaya mudah nak agihkan pada kawan-kawan dan orang yang aku jumpa.  Jadi kalau boring lama sangat hah habis aku agihkan kacang kat kawan-kawan. Kak mon siap bawa cookies lagi tau. 


Semalam semuanya terpegun bila melihat ladang mustard. Tapi hanya dapat tenguk dari atas bas je. 

Tiba-tiba bila tengah seronok melihat pemandangan ladang mustard bas berhenti di tepi jalan. hah dah kenapa ni.  



Warna kekuningan dan kehijauan. Sangat unik pemandangan sepanjang perjalanan.



Akhirnya kami berhenti di kawasan yang kebun mustardnya tepi jalan. Bila kata boleh tenguk.....hah berduyun-duyun kami turun.  


Apa lagi lah posing time. Seronoknya dapat tenguk depan mata.


Kak mon begitu asyik dok belek bunga kuning ni.....alahaiiiiii


Comel je kak mon dilatari dengan kebun mustard.


Tu dia...... terpegun tenguk tumbuh-tumbuhan ini yang bila banyak dan menguning boleh jadi tempat adegan Bollywood menari dan bergelek macam cerita Dilwale Dulhania Jayenge 


Bersama ryn brunei


Patutnya kita orang ke tengah sikit baru nampak bunga kuning di belakang ni. Tapi tanah dia tak rata . Ni pun tuan haji ke bang mat yang tolong ambilkan gambar.



Tu dia nak puaskan hati hah ko dokek dokek gambaran ya.





Maksu ti punya bersemangat nak gambar berlatarkan belakang dengan pemandangan yang indah. Dia masuk ke dalam sikit dan lepas tu berdiri. Siapa yang rajin hah tolong ambilkan gambar dia lah. Banyak je kamera tu dan tukang photo boleh ambilkan gambar. Tapi memang cantik kan.


Hah macam tenguk tu. Lepas tu tarik azam anak kesayangan gambar bersama. 


Lepas tu Bang mat dan Kak mon pulak posing. Kita orang yang lain tak larat nak masuk ke dalam jadi pandang je dari kejauhan. 



Macam-macam gaya posing tu.....hehehehe


Aku cuma mencangkung je sebelah dia nak ambil gambar.  Tu pun minta tolong wan ambilkan.



Sekali tenguk eh tinggal kami berdua je yang belum naik bas. Ingat kan tadi yang posing kat tengah-tengah kebun tu ada lagi rupanya dah naik bas.


Aku dan wan apa lagi....jom jom naik bas cepat. semua dah menanti. hehehehe kelam kabut naik bas cepat nanti kena tinggal.


Macam tanam padi juga kan ada batas dan bendang. 


Pemandangan indah sepanjang perjalanan


Ni dari kamera kawan tak tahu siapa yang ambil. Cantik sangat dengan pemandangan gunung di belakangnya.


Ni pun lagi cantik.






































Lepas tu gambar-gambar yang aku ambil sepanjang perjalanan menuju ke Sonmargh. Mula-mula di hidangkan dengan ladang mustard. Selepas tu pemandangan perkampungan yang terdapat di sepanjang perjalanan.  Yang tak boleh tahan tu pemandangan belakangnya pergunungan yang memutih salji diatasnya.  Hish jauh juga ni perjalananannya. Ok kita sambung lagi ya...


Kong Si fat Chai....buat kaum cina. Kita cuti ya 3 hari. Yeh nak cari limau nak cari limau. Limau mandarin time new years ni selalunya manis bersari. emmm kecur pulak aku      




12 comments:

  1. Ya Allah.... tersangatlah cantiknya ladang mustard!Tak tahu dah nak kata apa sebab memang cantik sangat! Renung sajalah gambar sepuas-puasnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Amie sekejap toleh kanan sekejap toleh kiri memang cantik bila semuanya menguning. Sungguh indah sekali

      Delete
  2. SUBHANALLAH WARNA KUNING HIJAU BERLATARKAN GUNUNG GANANG INDAH SUNGGUH

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. SubhanaAlllah kebesaran Allah. Begitu indah ciptaannya.

      Delete
  4. MAsyaallah cantikya, bilalah agaknya boleh sampai. Hari ni pertama kali tengok pokok mustard.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak Ngah bila sempadan dah buka pergilah kahsmir. Saya pun pertama kali tenguk tu yang jakun sikit. hehehehe

      Delete
  5. seronok lihat pemandangan luas..bergunung-ganang...filem tu sgt cantik view Kashmir..rumah munni di tepi gunung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam filem memang cantik apa lagi bila memandang depan mata.

      Delete
  6. Nasib baik Bang Mat dengan Kak Mon tak pose ala-ala Shah rukh n Kajol kat bunga mustard tu ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tak boleh le nak masuk dalam kebun orang...nanti ada yang marah. Ni pun kebetulan tepi jalan. Tuan dia tu hah dekat je rumahnya.

      Delete