Tuesday, May 25, 2021

Selamat Hari raya dan bermulanya PKP 3.0

 



Assalamualaikum,

Selamat hari raya maaf zahir batin. Aduhaiiiii cuti seminggu sebelum raya dan seminggu selepas raya buat aku lupa nak jenguk rumah. Dasyat sungguh.  Dah lah tak boleh rentas mana-mana jadi hah hadap le orang kat rumah tu, lepas tu dah jemu tenguk tv , hah nanti dah lapor hah bukak periuk. hehehehehe

Oleh kerana tak boleh rentas dan berjumpa kaum keluarga apa lagilah pagi-pagi dah keluar cerita hindustan part sedih. huhuhu bila dah norma baru kan apa lagi lah anak-anak buah buat lah google meet dengan semua warga yang berada di negeri masing-masing. Hah part ni lah yang boleh banjir depan rumah.....huhuhu sedih beb tapi sebab nak menjaga keselamatan semua inilah cara yang terbaik untuk semua selagi kuman virus covid 19 belum nyah dari bumi malaysia dan dunia.    

Aku pulak tak boleh kalau bila buat webiner je nampak muka akak-akak huhuhu berlenangan le air mata. Rindu kat semua tapi kena tabah hadapi semua ini asalkan kakak-kakak aku yang warga emas tu semua sihat walafiat adanya. Apa pun kehidupan kena di teruskan.




Muka-muka anak-anak buah aku yang muncul dalam webiner bersama keluarga. Rindunya pada semua keluarga. Apa pun kena sabar je lah 


Hari ni juga bermulanya PKP 3.0 hah bila tenguk kes semakin meningkat buat risau je. Apa lagi varian yang mengganas sekarang memang bahaya sebab tersebar dengan cepatnya. Bermula lah Bdr kat pejabat ni. 

PKP 3,0 akan bermula daripada 25hb Mei sehingga 7hb Jun 2021. Agak-agak boleh ke turun kan kes positif yang mencanak-canak naiknya terutamanya di Selangor. Huh seram tau apa lagi aku ni dok kat selangor tapi kerja kat Putrajaya. Hah kena hadap sekatan jalanraya bila merentas daerah. Semuga allah melindungi kita semua daripada di jangkiti virus covid 19. Aamiin.

Apa pun kita jaga diri kita ya. Tenguk kat FB dengan viral kes kematian pada mangsa Covid 19 huhuhu buat kita sedar betapa seriusnya situasi sekarang. Kalau ikut KKM memang nak lockdown terus  supaya rantaian tersebut dapat di putuskan tapi kesian pula rakyat yang miskin yang hilang pendapatan.  Ekonomi negara pun kena di fikirkan. Apa pun marilah kita sama-sama berdoa selalu untuk keselamatan diri kita keluarga kita sahabat-sahabat kita serta semua warga malaysia supaya tidak dijangkiti kuman Virus Covid 19. Aamiin


Hah siapa belum ambil vaksin boleh lah daftar vaksin AstraZeneca untuk warga bawah 60 tahun pukul 12 tengahari besok. Tadi dengar KJ buat press conference pasal vaksin AstraZeneca. Untuk warga negeri kuala Lumpur,  selangor, penang, johor dan serawak.



Jom ramai-ramai ambil vaksin untuk kesihatan diri sendiri. 






13 comments:

  1. Selamat hari raya kak notie. Jangan sedih ye. Anggap ni pengorbanan kita untuk pastikan keselamatan ahli keluarga kita yang berisiko tinggi. Kes hari ni lebih 7k. Selamat menempuh PKP 3.0. Jaga diri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya sal. Alolo gembeng kan ahkak ni... Tu lah demi pandemik yang melanda kita kena pastikan keselamatan semua keluarga. Jaga diri sal

      Delete
    2. Saya pun gembeng jugak. Rindu la anak buah semua, tau-tau dah besar je. Nanti kena sesi suai kenal balik. Haha

      Delete
  2. selamat hari raya notie vc selalu hilang rindu

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya sis. Buat vc mesti nangis...aduhaiiii

      Delete
  3. Selamat hari raya notie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya maaf zahir batin nohas

      Delete
  4. Saya adik beradik ada 9 orang. 8 orang di Melaka, seorang saja duduk Kajang. Adik bongsu pulak tu. 2 tahun tak beraya. Kesian dia dengan suami dan anak² di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian kan tapi nak buat macamana kena redho lah selagi virus Covid 19 ni masih berkeliaran di mukabumi malaysia ini. Mudahan satua masa nanti semua keluarga dapat berkumpul. Aamin

      Delete
  5. Replies
    1. Selamat hari raya buat sha juga. Dah habis raya dah masuk bulan baru.

      Delete