Sunday, May 30, 2021

Setel 2nd dos dan Total Lock Down akan bermula

 



Assalamualaikum,

Alhamdulillah pada 27hb Mei yang lalu lengkap lah pengambilan vaksin dos ke2.  Oleh kerana pada 26hb Mei ada lah cuti umum jadi pada 27hb ramailah orang. Beratur panjang ko dari dalam sampai keluar bangunan. 

Kebetulan Dr Noriza, DD dan aku sama tarikh appoitment jadi kami minta kenderaan jabatan je menghantar kami maklumle parking susah.  Masa kami sampai pada pukul 10 pagi dah berderet sampai keluar. Jadi petugas vaksin tu syorkan kami ambil pada waktu petang.  Jadi pada pukul 1.30 petang kami pergi sekali lagi. Itu pun ada yang datang pukul 1 petang. Waktu petang start pukul 2 tapi masa kami sampai dah berderet tapi takdelah panjang seperti pagi tadi. Sempat lah juga acah-acah main muzik chair lah pulak sebab yang datang awal disediakan kerusi. 

Bila start pukul 2 barisan pun bermula dengan lancarnya. Akhirnya dalam pukul 3.30 petang kami bertiga selesai vaksin ke 2. Mula-mula barisan sama tapi bila dah masuk dalam bila lain-lain barisan terpecah lah kami. Masa nak ambil vaksin tempat aku yang lama. Geng lagi 2 orang laju je cucuk vaksin.

Yang atas tu bergambar dengan kawan sekolah rendah yang sama-sama berkhidmat dalam KKM tapi lain bahagian. 


Ni bersama Dr Noriza dan Dd.

Alhamdulillah selesai vaksin dose ke 2. Masa balik rumah petang tu rasa sangat mengantuk. Tapi dah nak masuk magrib takkan nak tidur. Selesai je solat magrib terus tak tunggu lagi dek mengantuk sangat apa lagi lah terus zzzzzzz. 

Pukul 2 terjaga belum solat isyak. Dah tidur puas sangat jadi boleh lah buat solat tahajud dengan Isyak yang tak sempat buat. Member aku demam pada hari sabtunya. Aku emmm ok je. Tempat cucuk tak sakit dan takde apa-apa kompikasi. Dapat panadol takut ada apa-apa komplikasi tapi aku tak guna pun.  Jadi alhamdulillah syukur takde apa-apa komplikasi.

Tapi bila tenguk status KKM kes baru yang semakin meningkat emmm memang risau. Apa lagi bila kes pada 29hb mei kes baru sampai 9020 dan kematian sampai 98 aduhaiiiiiii ngerinya tenguk.  Ya Allah lindungi lah kami rakyat Malaysia dari di jangkiti kuman virus Covid 19. Aamiin

Mula-mula start PKP pada 12 Mei sehingga 7 Jun tapi bila dah kes mencanak naik ni apa lagi lah total Lock down le. Kalau tak buat camtu emmm memang KKM tak boleh tahan dengan kes yang bertalu-talu datang. Tu pun ICU dah melebihi 100 % kapasiti. Hospital Lembah Klang memang dah full. Patutnya Total Lock Down ni bila paras kes baru naik dah buat dah, tapi emm bertagak-tagak hah bila dah nak sampai 10 k baru nak buat. Aduhaiiiii nak sampai berapa banyak lagi kes baru yang baru nak Lock Down.   

Tapi sedih juga bila tenguk kat FB video-video mereka-mereka yang kehilangan keluarga tersayang. Bayangkan dalam sekelip mata mak, bapa lepas tu adik meninggal dunia. Allahuakbar. Kalau aku memang tak kuat hadapi dugaan itu. Itu pun masih ada orang kata KKM manipulate data. Ya Allah..takkan lah kami nak bagi data yang tak betul. Tak tenguk ke kat CPRC tu berganti-ganti petugas sukarelawan mengumpul data-data dari seluruh Malaysia untuk di bentangkan oleh DG pada petangnya. Ingat saje suka-suka ke nak buat data tipu. Hish geram je aku bila baca komen tersebut.  Geram juga dengan anti vaksin yang suka menabur fitnah dan menjadi batu api supaya orang takut nak vaksin. Habis tu masa kecil mak bapa tak beri vaksin ke. Kalau takut vaksin hah masa kecik tu jangan beri vaksin bior mati tengah jalan... hish geramnya aku.  

Apa pun yang berlaku sekarang kita doa je lah banyak-banyak supaya Allah tarik kuman Virus Covid 19 ni dari muka bumi ini. Semuga semua kawan-kawan yang aku sayangi terlindung dari di jangkiti. Aamiin.

Opss lupa....pagi tadi dengar tazkirah radio KLFM Ustaz Wan Sohor bagi nasihat supaya amalkan pada setiap hari zikir Nabi Yunus semasa dalam perut Ikan Paus.

Buatlah sebanyak mungkin dan jadikan ianya zikir harian kita supaya Allah lindungi kita. Sekarang kita hanya mengharap dan bergantung kepada Allah dalam menangani pandemik yang sedang melanda ni.
Supaya Allah melindungi kita. Aamiin 



10 comments:

  1. Alhamdulillah..dah selesai vaksin..saya belum lg, masih dlm proses, harap2 dapatlah cepat tarikhnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah mudahan tidak lama lagi. Rasanya bila stok vaksn sampai jumlah di vaksin akan bertambah juga apa lagi dengan kes yang semakin naik ni. Mudahan Allah mempermudahkan urusan nohas.Aamiin

      Delete
  2. Syukur Alhamdulillah. Saya pun ok untuk dos 2. Dos pertama bengkak dan demam sikit. Tapi dos 2 ni kuat makanlah pulak! Asyik lapar jew.
    Selamat menempuh lockdown. Mudah-mudahan hasilnya seperti yang semua harapkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Katanya kalau pfizer lepas cucuk dia rasa lapar. Tapi kadang terpulang pada badan seseorang dia berbeza kompikasinya. Mudahan semuanya ok

      Delete
  3. Alhamdulillah dh selesai 2 dos

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sis semuga sis pun dapat vaksin nanti

      Delete
  4. Alhamdulillah dah selesai vaksin..
    Saya belum lagi dapat temujanji.. Semoga ada rezeki dalam waktu terdekat ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe insya allah sampai nanti bila stok vaksin semakin banyak sampai malaysia

      Delete
  5. Saya baru nak vaksin first dose hujung bulan ni. Saya memang takut jarum so harap ok jela hari kejadian dahla sorang-sorang je, adik tak dapat tarikh sama. Alhamdulillah kak notie dah setel. Covid19 kali ni mengganas betul. Saya dah 2 minggu duduk rumah je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe jarum tu kecik je. Ahkak yang besor gajah ni pun takut juga nak kena inject tapi bila time tiba eh tak rasa apa-apa pun. Jarumnya kecik je tak rasa pun bila dia cucuk.

      Delete