Tuesday, June 15, 2021

Laporan Mingguan Covid 19 (Minggu Epid 22 dan Epid 23)FB KKM

 Assalamualaikum,

 Apa khabar semua. Diharap semua rakyat Malaysia bertabah lah menghadapi PKP 3.0. Apa pun juga rintangan dan ujian,  kita semua bersatu hati menghadapi dugaan tersebut. Semuga semua virus Covid 19 dapat kita singkirkan dan nyah kan dari muka bumi Malaysia khasnya dan dunia amnya.

Kita start PKP 3.0 pada 1hb Jun 2021 dan habis pada 14hb Jun 2021. Lepas tu kita sambung semula selama 2 minggu lagi pada 15hb Jun sehingga 28hb Jun 2021. Dengan wad semakin penuh dan ICU lagi lah kritikal . Kematian apa lagi mencanak naik. Yang risau lagi lah BID (Brought In Dead) iaitu kematian di rumah yang bila di uji positif Covid 19 juga naik dan ini menggusarkan DG.  Walaupun angka kes baru masih lagi dalam lingkungan 5,000 tapi sudah nampak angka mula nak surut. Kalau tak hari tu hampir mencecah 10k.  Kita orang warga KKM pun dah mula naik risau bila kes baru naik dan naik.  Kesian pada warga Hospital sebab bila naik kes kemasukan juga bertambah apa lagi yang memerlukan bantuan oksigen. 

Fasa ke 2 ni kita tenguk data dia macamana. Adakah mula nak surut ataupun statik je macam tu. Mudahan kes baru mula lah turun dan turun. Kalau tak huh berapa lama nak kena hadap PKP ni. Kesian juga buat mereka yang kehilangan pekerjaan dan terputus mata pencarian. Kalau kena sambung macamana lah nak cari rezeki kan. Kesian sungguh.  Apa pun kita doa lah banyak-banyak ye semuga semua rakyat malaysia cepat dapat vaksin dan cepat lah virus tersebut pergi dari muka bumi ini.

 

Ok kita tenguk perbandingan kes

Laporan mingguan #COVID19 di Malaysia (Perbandingan Minggu Epid 22 dan ME 23)
✅Kes posiitif baharu ⬇️ 20.0%
✅Kes kematian harian ⬇️ 13.7%
✅Pengguna ICU ⬆️ 3.9%
✅Penggunaan vertilator ⬆️4.1%
✅Jumlah ujian ⬇️11.7%
 
 
 
 Kes posiitif baharu ⬇️ 20.0%  Mudah mudahan minggu Epid 24 ianya semakin menurun. Aamiin
 
 

 Kes kematian harian ⬇️ 13.7%. Mudahan juga kes kematian semakin menurun. Aamiin
 
 
 
 Pengguna ICU ⬆️ 3.9% 
Penggunaan vertilator ⬆️4.1% 
 
Yang ini memang menggusarkan sebab peratusan penggunaan ICU memang dah melebihi 100 peratus penggunaannya sehingga terpaksa mencari alternatif lain.  Mudahan angka tersebut semakin turun dan turun. Aamiin.
 

Jumlah ujian ⬇️11.7% Jumlah ujian yang di buat juga semakin turun. Mudahan kes kes ujian semakin turun dan turun dan akhirnya tiada lagi ujian dibuat. Aamiin

 Kredit FB KKM
 
 
 

 
Berikut adalah kes Brought-In-Dead (BID) bagi jangkitan #COVID19 di Malaysia yang direkodkan sejak 14 Mei - 14 Jun 2021.

Jumlah BID tertinggi dilaporkan pada 11 Jun yang lepas.
 
Kredit FB KKM

6 comments:

  1. Harap dengan vaksinasi yang semakin giat, kes boleh diturunkan. Ganas varian kali ni, badan lemah sikit je terus kena attack.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuman dia cepat bermutasi sehinggakan menjadi ganas dengan lebih cepat. Tu yang menakutkan apabila terkena pada warga emas memang terus stage 5. Kesian mereka. Bagi mereka yang imunisasi rendah memang azab le diserang habis habisan. Ya Allah dijauhkan lah terkena jangkitan tersebut buat orang yang kita sayang.

      Delete
  2. Banyak usaha dan ikhtiar sudah dan sedang dilakukan untuk mengekang wabak ini. Marilah teruskan berdoa semoga berakhir dengan yang baik-baik saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semuga usaha dan ikhtiar kita berjaya akhirnya. Aamiin Aamiin Aamiin kita terus berdoa

      Delete
  3. baca laporan kes kovid ni takut nak keluar kemana mana kalau dijangkiti ramai yg terkait sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis kalau ada macam-macam penyakit dapatkan vaksin dulu seblum keluar kemana2. Take care sis

      Delete