Thursday, February 10, 2022

Tragedi di cuti Raya cina lagi

Pokok kelapa sebelum di tebang

Assalamualaikum,

Nampak gayanya setiap kali balik kampung bercuti raya cina ni kita orang tak boleh plan buat gotong royong lagi lah. Mana taknya balik kali ni pun ada tragedi berlaku lagi. Kalau ingat  2 tahun lalu kita orang kena panggil  abam bomba datang sebab bakar lalang tiba-tiba kebun sebelah terbakar. 

Kali ni pulak kononnya nak tebang pokok kelapa sebab dah tinggi sangat dan takut kalau bila ribut melanda pokok tumbang menghempap dapur. Tapi rupanya kena juga.


Ni sebelum kejadian. Tengah naikkan tali nak di tarik sebelum tumbang. Sebelah tu pokok jambu gelas yang nampak sebutir je buahnya. Agaknya takut kena tebang dia abru nak berbuah.

Yang tukang gergaji pokok sapa lagi kalau Jaki si Ninja  yang katanya terer bab potong pokok. Dia yang offer bila kita orang bertanya siapa boleh tolong tebangkan pokok kelapa yang tinggi tu. Tapi yang ni sebenarnya boleh je elakkan dari kena awning dapur tu tapi tu lah belum sempat cakap dah Brummmmm ambrok pokoknya.  alahaiiiiiii 


hah tu dia sudah ambruk  kena awning dapur. Lampu luar kat belakang tu pun pecah juga. Kalau aruah mak aku ada emmm memang kena leter le cucu-cucunya yang tebang sembrono je. Laju sangat. Patutnya gergaji dulu bahagian depan sikit. Lepas tu tenguk pokok tu berganjak ala ke mana. Tali yang di ikat atas tu, ramai-ramai tarik ke belakang. Jadi bila gergaji sikit dan dah goyang nak tumbang  hah masa tu tarik le ramai-ramai agar beranjak jangan sampai hala ke dapur. Tapi tak sempat eh eh eh tumbang dah.

Hah tenguk le tu.....aduhaiiiii nasib baik sipi kalau kena dapur huwa..... menangis juga ni sebab dapur tu kami adik beradik baru repair buat baru dari separuh kayu terus semuanya batu. Kopak woooo 

Cucu-cucu aruah mak aku ni tahu ngabehkan boreh jo.....hehehehe yang kena tanggung mak and pak sedara le termasuk mak dia.  


                            Dah tumbang tu hah baru masing-masing poning kepalo


Adik yang hujung belah kiri sambil cekak pinggang  menung panjang sebab tukang buat dapur dulu dia yang uruskan. Si jaki baju putih yang tukang tebang kelam-kabut sangat. emmm nak cakap banyak anak sedara....jadi kata kak nong redho le. Cakap banyak nanti takde orang yang nak tolong bersihkan kawasan rumah pusaka. Ni sebab cuti raya cina dan ramai yang boleh datang menolong. Harap mak dan pak sedara masing-masing pun dah berusia.  

                                              Tengah menganalisa keadaan.


Terus je potong dan bersihkan pokok yang tengah terbongkang menghempap awning dapur. sedih juga tenguk macam tu tapi nak buat macamana benda dah berlaku.

                Cucu kak nong pun teringin juga belajar gergaji pokok. Budak-budak sekarang mananya pernah buat tu semua. Kalau kita orang benda ni biasa je dulu-dulu maklum le anak kampung ..malahan selalu tolong aruah mak aku potong kayu buat masak. Dulu pakai dapur kayu. Kalau pergi kebun nampak pokok tumbang hah besoknya memang aruah mak aku bawa gergaji je. dapat seberkas kayu api dah cukup. Dapat le buat masak. 



Adik pun dah poning kepalo nak buat lagu mana ni. Ijan dah cekak pinggan tenguk anak buahnya gergaji pokok. Si Hazizi suka lah sebab jarang-jarang dapat potong pokok kelapa ni. 


Cucu Kak nong macam orang jakun je tenguk benda ni semua. 


Bior le orang lelaki yang sudahkan bersihkan pokok. 


Sekejap je daun dan batang pokok dah nak habis di bersihkan.


Macam-macam gaya ado


Bila pandang dari sisi sini emmm sedihnya. Nun Kak jal dan Kak nong dok pandang awning yang rosak.Patah riuk juga besi atap. Huh sapa le nak repai balik ni.



cepat juga depa bersihkan....tinggal sisa-sisa daun dan kelapa. 



 Dapat kelapa muda em boleh buat coconut shake ni. kalau tk pun air kelapa muda di campur dengan gula melaka bubuh ais. Sedap minum panas-panas.


Kelapa yang muda di longgokkan kat satu tempat. Siapa yang nak boleh ambil.


Batang kelapa yang di potong-potong dikutip dan susun jadi tempat lepak. Dah bersih dan lapang kawasan dekat dapur tu. 

Hah begitu lah kisahnya tragedi di bulan februari. Bukannya sekuntum mawar di bulan februari ya.

Kena bincang adik beradik dulu lah siapa yang boleh cari tukang nak repair.....alahaiiiiiii


10 comments:

  1. bahaya kan tebang pokok tinggi,kena fokus..alahai melayang lagilah RM..takpelah, benda dah nak jadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah sebelum dia tumbang sendiri kononnya nak bagi paksa tumbang tapi akhirnya emm kena juga. Apo nak di kato

      Delete
  2. Oh.. Tapi kalau cucu jarang kena marah. Selalunya yang kena nanti anak. Sabar jelah kak. Kang nak dimarah, kecik hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah tapi aruah mak akak emm semua kena cucu ke anak ke emm memang kena leter le. Yang ni takde kena marah kena bising je..jadi tak effect sangat nanti dia buat lagi....hehehehe kalau dah ramai macam-macam ragam dan perbuatan. Sabo je lah

      Delete
  3. kalau dah nk jadi xupaya nk ngelaknya kan..tapi xpa ramai hero boleh uruskn masalah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah sis. Cakap banyak nanti depa tak nak buat jadi redho je lah. Anak buah dan cucu saudara ramai yang lelaki. HArap kat depa je yang tolong gotong royong. kadang seronok kadang geram. hehehehe layan je lah

      Delete
  4. Alamak.. memang tragedi sungguh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tragedi berulang kembali. Harap lain kali tak le. Kena plan cuti buat agenda yang selamat sikit. hehehe

      Delete
  5. owaalaaa walaaaaa... kok sampai ambruk si. Memang betul-betul tragedi di musim cuti raya cina.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benda nak jadi nak buat camno. Redho je lah. Tapi ramai cepat ler bersih tu pun ada lagi saki baki lum bersih kelilingnya.

      Delete