Monday, April 25, 2022

Aktiviti sepanjang Ramadan

 


Assalamualaikum,

Alhamdulilllah kita dah masuk minggu akhir Ramadan. Mudahan Allah temukan kita dengan malam Lailatur Qadar.

Tahun ni entah macamana Kelab kebajikan opis buat pertandingan indoor games lah pulak masa rehat tengahari. Sebelum ni memang tak pernah buat. Jadi time rehat je memang gegak gempita le bilik statistik dibuatnya. Hah apa lagi Boss pun join sama.

Ada 3 acara iaitu main dart, carom dan congkak. Hah apa lagi le  masing-masing menunjukkan kehandalan masing-masing. Memang riuh bila waktu tengahari



Dr Erwyn lawan Dr Naufal. Yang kelilingnya pompom gegerl and boboi boy. hehehehe



Tu dia lawan dart pulak. Aim jangan tak aim. dia punya aim tu perghhh kalah pemain antarobangsa. hehehe


Boss lawan main carom dengan azmaliza. Terer juga boss kalah azmaliza dibuatnya. 


Yang hujung ni main carom. Yang lain tu semuanya bagi semangat. 


Tu dia ko hah sederet papan carom dengan catur. Dan di belakang papan dart. Entah sapa yang menang agaknya. Tunggu lah sampai 27hb nanti  Linda akan umumkan keputusannya. 



Yang ni pulak group tadarus. Yang ni kita orang join dengan bahagian pengurusan rasanya. Yang ini takde sapa menang atau kalah yang penting habiskan baca Al Quran yang telah di bagi-bagi juzuk berapa kena habiskan. Semuga amalan bertambah berkat. Aamiin


2 comments:

  1. wah..meriah. kami masih keje di rumah entah sampai bila. ramai masih selesa begitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah raya pun tak habis lagi sebab belum ada juara lagi...nampak sangat banyak sambutannya

      Delete