Monday, April 11, 2022

Majlis Persaraan dan Perpisahan Kakitangan

 


Assalamuaalaikum,

Dah 10 hari kita berpuasa kan. Sekejap je. Dek kerana nak cuti raya lama tu yang dok pulun siapkan kerja sampaikan takde idea nak update entry. hehehe clise sungguh aku punya alasan ye. Mudahan tahun ini dapat sambut raya seperti tahun-tahun sebelum PKP melanda. 

Apa pun nak citer lah. Majlis ni sebenornya dibuat jumaat last sebelum nak start puasa hari Ahadnya. Jadi kiranya majlis persaraan Encik Rahim, PA boss Mastura di tukarkan dan pertukaran mengejut Puan Su yang naik pangkat dan Puan Rafliza pindah ke SPRM. Tu dia ko sekali 3 orang kena keluar.  Yang puan su tu memang kita orang terkejut tapi alhamdulillah naik pangkat Puan Su. 

Acara pagi tu buat majlis yasin sebelum puasa lepas tu tunggu orang yang diraikan datang. Encik Rahim datang dengan orang rumah dia. Baru kali ni jumpa cantik orang rumah Encik Rahim. Encik Rahim pegawai IT pencen wajib tahun ini. Orangnya baik dan lembut je.


           Encik Rahim memberi ucapan perpisahan. Orang lama dan penuh beradap sopan menceritakan pahit manis pengalaman bekerja selama ini. 


Tapi bila Puan su memberi ucapan aduhaiiii memang menusuk kalbu. Sambil menahan airmata sebab sedih nak meninggalkan PIK tapi memang ramai yang menangis bila Puan Su berucap almaklum le Puan su juga orang lama PIK sejak tahun 2007. Seorang pegawai Kader perangkaan yang 2 kali naik pangkat di PIK dan akhirnya kena balik ke Perangkaan juga.

Mas pula sebab dah lama sangat jadi PA di KKM akhirnya dapat surat kena tukar ke Jabatan Audit Negara. Seorang PA yang bagus jadi rasanya Big boss aku pun sedih nak berpisah dengan PA nya.


Cenderahati buat Puan Su


  Cenderahati buat Mas


Cenderahati buat Encik Rahim.

Puan Rafliza masa ni berada di SPRM melapurkan diri. Jadi masa majlis meraikan mereka semua dia tiada. Tapi masa petang setelah selesai lapur diri dan kembali ke pejabat,  Big Bos ada bagi cenderahati juga untuk Puan Rafliza. Puan Raf sekejap je di tempat kami dalam 8 bulan rasanya mengantikan Puan Habsah yang kena balik ke Perangkaan. Belum habis sessi berkenal mesra tiba-tiba kena pergi ke SPRM pula. Tapi nak buat camno lumrah dunia pekerjaan. Tukar sana tukar sini. Naik pangkat dan akhirnya pencen.

Selesai acara semua kita orang bergambar ramai-ramai. Dan lepas tu ada jamuan meraikan mereka. Oleh kerana bulan puasa aku tak tayangkan ye. 

Selamat bersara buat Encik Rahim yang akan memegang title YB. Selamat bertugas di tempat baru buat Mastura, Puan Su dan Puan Rafliza.  Khidmat kalian di PIK, kami ucapkan jutaan terima kasih. Semuga ukhwah tersebut berkekalan hendaknya.

Begitu lah adanya citer aku pada 1hb April 2022 sebelum menyambut puasa  



 

8 comments:

  1. Semoga maju jaya buat mereka..
    Sedih bila kita dah lama berkerja dengan seseorang akhirnya terpisah juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya lah kan kalau dah masa habis kat pejabat je berjam-jam tentulah dah mesra alam jadi tentu lah sedih. Yang lama takkan sama dengan yang baru.

      Delete
  2. Ala, tayang jela gambar. We olls blogger semua kuat iman. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala dah selalu tayang makanan kali ni tayang orang je

      Delete
  3. meriah majlisnya sedihnya berpisah kan

    ReplyDelete
  4. Untung kerja gomen, ada peluang naik pangkat banyak kali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala wak untung lagi kerja sendiri tak stress dengan boss dengan staff bawahan lagi. Rajin ada masyuk tak rajin ya sudah. hehehe

      Delete