Sunday, January 29, 2023

Raya cina berkumpul lagi

 


Assalamualaikum,

Alahaiiiii cuti raya cina seminggu rasa malasnya nak naik kerja tapi teringat kerja tak siap. Apa lagi awal tahun memang banyak nak buat. emmm monday blues le ni.

Raya cina macam biasa le dapat lagi kumpul adik beradik. Kali ni hanya akak kat rawang dan Ijan kat melaka. Dan seperti selalu agenda potong pokok memang tak miss. Kali ni pulak potong pokok mangga yang dah mati. Pokok tu mati secara senyap. Tenguk-tenguk dah kering dari hujung pokok samnpai ke bawah. Agaknya akar dia kena makan anai-anai kut. 

Jadi untuk mengelakkan daripada dia tumbang sendiri kena lah usahakan supaya dia tumbang juga. Bahaya sebab dekat dengan bangsal tempat kereta.  Kali ni kami buat secara betul bukan semborono macam dulu.  Macam masa ni Tragedi di cuti raya cina lagi

Dah lah pagi raya cina hujan lebat. Nasib baik bila dah siang kurang hujan tapi sekejap hujan sekejap berhenti. Cuaca mendong je. Tahun ni memang musim hujan. Selalu raya cina musim panas berdenting. 

Adik dah bawa gergaji manakala Hisham dah bawa tali. Jadi bila di gergaji belah sini sikit lepas tu gergaji sebelahnya. Tali di pasang supaya boleh di tarik pokok ke tempat yang selamat. Gitu sebenarnya kaedahnya. Bukan di gergaji laju-laju lepas tu bior tumbang. Hah gasak le hentam apa. Tu yang selalunya terjadi. Tapi sebenarnya nak tumbang kan pokok ada taktik yang betul supaya tidak menghempap benda lain. Dan selamat pada semua.    







Tenguk pokok buah sukun simpang perenang tumbuhnya jadi tebang le.



Pokok sukun yang adik tebang ni sebanarnya tumbuh sendiri. Pokok dia cepat je tumbuh mengalah gitu. Dahan dia lembik. Bila dah mengalah hah bila nak petik buah emmm sayup nun tinggi di awan. Tapi kalau dapat yang tua di goreng lepas tu makan cecah sambal kicap. emmm mantap beb. Lagi time hujan-hujan. 



Chief aka kak nong memantau adiknya tebang pokok. Mana tahu hempap kawasan orang ke. 


Hah sekarang aku tayang-tayang makanan yang di pot luck. Ni tapai pulut. Kena buat sebab request anak saudara tertua yang suka. Jadi nanti dia kena bawa Kak Ijah maknya aka  akak yang tua bersama.

Nak lebih meriah paginya aku rebus ketupat segera. Lepas tu buat ayam masak merah dengan lodeh. Yeh jom raya. hehehehe dah macam hari raya lah pulak. 

 

Kak jal bawa ketupat palas dengan rendang ayam.


Jaja pulak bawa nangka. Sedap tapi tak boleh makan banyak-banyak. Angin pus pus nanti.


Lauk raya.....raya cina hehehehe


Nasi ambeng beli masa sarapan. Bekas biru tu cocktail Meri bawa. 


Ayam goreng dengan murtabak singapore, orang Tanjung agas bawa. Kak limah anak beranak sampai lambat. Katanya otw tapi kok tak sampai-sampai. 



Entah apa yang di gelakkan. Anak saudara dengan mak saudara. Alhamdulillah jaki bawa maknya bersama. Kami sebenarnya tau Kak Ijah dah rindu adik beradiknya tapi kita orang tak berani ambik bawa ke Bakri nanti kalau jadi sesuatu anak-anaknya salahkan kami. Padahal Maknya dah rindu adik beradiknya. Kak Ijah sekarang sejak Abang Ipar dah meninggal selalu sakit dan tidak sihat. Tu yang kadang selalu  tanya kabar. Lepas tu dah mula lupa ingatan. Kesian bila tenguk Kak Ijah.


Kak ijah dan Kak Limah. Kakak kesayangan kami.   



Cocktail meri bawa. Dah siap bancuh. 


Makan dengan tapai pulut pun sodap. Aiskrim takde layang dengan cocktail pun jadi.


Alhamdulillah walaupun tak semua ada kali ni yang ramai cucu Kak Limah dan cucu Kak nong. Tu tengah nak potong kek birthday.


Suka tenguk muka Kak Ijah senyum gembira dapat jumpa adik beradiknya. 


Sambil makan sambil bersembang.


Kek untuk yang lahir bulan 1 dan 2. Advance terus sebab birthday kak nong 1hb 2 ni.



Cucu kak nong bukan kira janji potong kek. Tu yang tak sabar nak tiup lilin.




Dapat kek terus senyap


cucu kak Limah pun sama. Agaknya budak-budak memang suka kek kan. Bukan kira kek coklat ke red velvet ke janji ke.

Alhamdulillah Hari Ahad raya cina kami dapat berkumpul ramai-ramai lagi. Mudahan Allah kurniakan rezeki kesihatan buat semua adik beradik aku agar dapat berkumpul ramai-ramai lagi. Syukur Allah atas nikmat yang Engkau beri. Alhamdulillah

  








8 comments:

  1. Meriah berkumpul macam ni. Berbaloi menempuh jalan jem

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabtu kuar awal sebelum pukul 9 katanya. Sekali sampai Kajang kete dah banyak. Redo je lah. Kampung udah memangil-mangil

      Delete
  2. berkumpul & makan2 mmg best...Alhamdulillah, cuti panjang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi tu lah asyik hujan je berkubang dalam rumah le tak leh buat aktiviti luar

      Delete
  3. Best betul! Raya apa pun memang kena ambil kesempatan kumpul bersama keluarga. Ingat dulu dalam entri Notie cerita pasal tebang pokok, tertimpa bumbung dapur ke bumbung apa heheheheee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun lepas punya raya cina amie. Memang ada aura negatif sebab dah 2 kali bencana menimpa kita orang bila time raya cina. Ni pun belajar dari kesilapan dulu. Jadi tiada musibah yang melanda.

      Delete
  4. Betul-betul meriah nie..
    Sedap betul sukun goreng cicah sambal kicap, tapi susah sangat nak jumpa kat sini..
    Tapai tu makan sejuk-sejuk, layan.. Nangka tu memang tak boleh makan banyak.. Sat lai berangin je.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila berkumpul adik beradik memang meriah alhamdulillah. Nangka tu peberet tapi emm kena jaga tak boleh balun banyak-banyak nanti angin pus pus satu badan tapi tu le yang susangnya sebab peberet....huhuhu

      Delete