Tuesday, April 18, 2023

Majlis Persaraan Ketua Pengarah KKM


Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Persaraan Bakti Disanjung Budi Dijunjung Ketua Pengarah Kesihatan akan diadakan pada ketetapan berikut:

 

             Tarikh          :        18 April 2023 (Selasa)

              Masa           :        3.00 petang

             Tempat        :        Dewan Serbaguna

Aras 8, Blok E7, KKM, Putrajaya

        



Sehubungan itu, semua Warga IPKKM dijemput hadir untuk memeriahkan majlis ini.


Sekian.




Assalamualaikum,


Petang ni akan berlangsung Majlis meraikan Ketua Pengarah KKM Yang akan bersara wajib pada 21hb April ni. Masa ni big boss dan pegawai ada yang sudah hadir. Diam tak diam dah nak bersara Ketua Pengarah kami yang sangat disayangi semua terutamanya warga KKM. 


Maklum lah pancaroba yang melanda semasa Covid 19 memang begitu mencabar terutamanya barisan hadapan KKM. Kalau di ingat-ingatkan memang mencabar sungguh. Dengan dugaan dari pihak pentadbiran atasan yang berebut-rebut nak kuasa. Dengan cabaran penyakit virus Covid 19 yang menyerang bertubi-tubi. Memang sungguh mencabar lah.


Kata kawan aku yang bertugas sebagai sukarelawan di unit CPRC tugas KP macam berkampung kat E7 je hari-hari. Dengan data yang berkenaan Covid 19 dengan makluman pada pemberita. Dengan cabaran vaksin. Huh bukan calang-calang orang boleh tangani dengan team KKM bersatu padu menanganinya. Alhamdulillah kita sudah bebas walaupun belum sepenuhnya dari Covid 19. Walau pun ada kes tapi dalam jumlah yang kecil.


Selamat Bersara Ybhg Tan Sri Dato' Seri Dr Noor Hisham. Semuga Allah memberkati dan merahmati hidup KP kami. Aamiin.    





Ni pegawai wakil dari pejabat kami

4 comments:

  1. Budimu dikenang.
    Teringat sewaktu negara terjejas teruk dengan Covid-19, nampak sangat beliau begitu sibuk memberikan maklumat terkini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah memang besar jasanya nak tangani semua dari pelbagai pihak

      Delete
  2. Memang banyak jasa beliau. Semoga terus diberi kesihatan yang baik dan diberkati Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semuga Allah mamakbulkan doa sal. Aamiin

      Delete