Tuesday, April 18, 2023

Berita gembira dari Perdana Menteri ke 10

 


Gambar ambil daripada Astro awani news


Sidang media khas PM:

1. Tol rahmah percuma 19/4-21/4 & 24/4

2. Diskaun khas untuk pengusaha Menu Rahmah

3. PDRM beri khas kadar khas bayaran saman untuk kesalahan tahun 2022 dan sebelumnya mulai 21/4-21/5. Kadar saman RM50

4. Jabatan Penjara akan laksanakan orang bebas berlesan - penghuni penjara beragama Islam seramai lebih 1000 orang

5. Harga simen pada kadar berpatutan untuk pemaju rumah mampu milik berharga <RM300k - pengurangan harga rumah sehingga RM5k

6. Kerajaan akan menambah peruntukan sebanyak RM250 juta lagi untuk penyelenggaraan Jalan Persekutuan

7. Kelepasan am tambahan - sekiranya tarikh 1 syawal pada 21 April, maka 24 hari kelepasan am tambahan. Sekiranya syawal jatuh pada 22 April, maka 21/4 adalah hari kelepasan am tambahan.


Ni aku dapat dari group whatsupp pejabat.  Apa yang pasti besok balik kampung toll free ye kengkawan. Besok dah cuti sekolah. Mesti jem ni. Tu pun dengar citer hari ni tol Gombak dah jem. Dah banyak warga kota balik kampung.  


Jom balik kampung. 



6 comments:

  1. Alhamdulillah.
    Memang berita gembira! Moga terus berrahmah!

    ReplyDelete
  2. selamat pulang ke kampung, kak notie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sal. Dah balik KL semula dah

      Delete
  3. Alhamdulillah.. Semangat semua balik ke kampung.. Meriah raya tahun ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah dapat kumpul ramai-ramai lagi

      Delete