Tuesday, August 29, 2023

Hari last day berkhidmat di IPKKM

                                     Bergambar ramai-ramai sebelum aku balik.

Assalamualaikum,

Aduhaiii sedihnya nak tinggal kan tempat mencari rezeki begitu lama selama aku berkhidmat di Ibu Pejabat KKM. Setelah melapurkan diri pada 24hb Julai di HPJ, aku mohon tangguh kerja untuk 2 minggu. Jadi hari last kat PIK adalah pada 4hb Ogos 2023. Kiranya sekarang dah nak dekat sebulan aku berkerja di Hospital Putrajaya. Nak mencoretkan citer ni pun aduhaiiii sedih wo.

Tapi aku letakkan kat sini memori aku last bekerja di PIK dan Bhg Perancangan. Hari Jumaat tu ada juga gotong royong Eksa tapi sebab nak selesaikan kerja yang tak habis sebelum memulakan kerja di HPJ jadi tak join depa lah.

Petangnya bila dah pukul 4.30 petang bersalam-salaman lah dengan semua orang. Dari belakang sehingga ke depan. Sampailah jumpa ex boss aku Dr Nuraidah. Lepas tu punch kad. dah macam acara nak pencen je. Aduhaiiiii hati didalam tak tau nak cakap macamana. Rasa nak banjir tapi aku tahan dan kuatkan hati. Lumrah adat di dunia kan. 

Berjumpa dan berpisah adat manusia biasa. Hilang di mata di hati tidak lupa. Berdoa lah kita agar aman dan sentosa. Semuga panjang umur kita kan berjumpa pula.  Ada pegawai yang kata ala....bukan jauh noo Parcel E dengan HPJ. Masih di putrajaya. Tapi walaupun dekat tapi dah tak sama jika tidak berkerja dibawah jabatan yang sama.  Apa lagi kawan-kawan kat belakang. Teman kala ngantuk kala sedih kala gembira kala usik mengusik. Macam-macam lagi kami harungi bersama. Sudah tentu aku akan merindui geng belakang. 
 
                                                    Last day punch kad di PIK....huhuhuhu



Work station aku. Ni tempat ke 3 aku, Mula-mula kat depan. Lepas tu bilik kaca tengah dan akhirnya di belakang. Walaupun belakang tapi seronok sebab kita orang selalu sakat menyakat kacau mengacau. Tangan berjalan buat kerja tapi mulut berkicauan usik mengusik. Cam tu le selalu. Nanti kalau senyap hah semua tengah sibuk le tu. Nanti yang lain rasa ngantuk usik Matron usik DD usik Iza, usik Anee, usik Erine. Hish rindu aku suasana itu

                             Dalam lif nak ke tempat parking. Depa hantar aku balik. Sayang semua


Miss uolss

Sayonara PIK

4 comments:

  1. bila dah lama bersama..nak meninggalkan tu memang sakit. semoga selesa ditempat baru tau kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Di tempat baru pun ok dan baik-baik semuanya. Tapi rindu kawan lama di opis lama.

      Delete
  2. Hurmm mau tak mau mesti sedih juga kan .. Sbb dh lama bersama.. Lagi2 kalau satu ofis tu serasi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geng lama dan sekepala tu yang sedih nak tinggalkan.

      Delete