Tuesday, August 29, 2023

Markah Eksa IPKKM

 



Assalamualaikum,

Ingat tak aku citer pasal audit Eksa dalaman dan luaran sebelum ni. Hah kalau audit dalaman memang cerewet tapi opis lama aku aduhaiiiii sedih sebut opis lama. Kena move on ni kalau tak asyik teringat-ingat pejabat lama yang penuh aktiviti dan memori. Opis lama aku dapat markah tinggi.

Kemudian audit luaran pula. Audit eksa yang di komen dan tak betul. Kali ni bila merangkumi semua bahagian di Perancangan yeh kami dapat markah tinggi. Kerja kuat semua bahagian inilah hasilnya. 

Nanti aku akan rindu momen-momen eksa di pejabat lama. Mana taknya asyik kena audit tiap-tiap tahun sampai dah bosan semuanya.  hehehehe 

Kat HPJ ni banyak audit. Audit koding lah audit KPI lah audit casemix lah. Seminggu aku kerja join audit koding IKN. Dah lama tak buat koding jenuh juga nak buka buku ICD 10 yang tebal tu. Nasib baik team ramai membantu. Minggu ke 2 pulak dah ada audit HPIA. Dah le aku orang baru. Yang di audit tu pulak nanti akan menjadi tanggungjawab aku. Hush berdebor-debor rasanya.  Nasib baik boss baru aku dengan Hana yang dah expert walaupun baru juga bertugas di HPJ. Jadi semuanya dapat menjawab soalan. Akhirnya HPIA Rekod lulus. Yeh

Akan datang tak tahu apa lagi audit yang aku kena harungi.

4 comments:

  1. Replies
    1. Audit dalamannya cerewet wak sebab tu levelnya tinggi. Tapi bila audit Luaran asalkan ikut term Eksa hah ok je. Tu yang agaknya perancangan dapat markah tinggi sebab level audit dalaman tinggi.

      Delete