Thursday, April 4, 2024

Alamak .....dah nak raya

 


Assalamualaikum,

Alamak.... alamak ....alamak.....dah nak raya.

Aduhaiiiii sekejap sangat masa berlalu. Ingat hari tu baru nak sambut Ramadan....pejam mata pejam mata eh ..hari ni dah 25 Ramadan. Allahuakbar



Apa pun Selamat menyempurnakan Ramadan dan Selamat Hari Raya.


Semalam buat photo shot untuk kad Raya Jabatan Rekod.....hah tadaaaaa buat depan kaunter je. Sampai 2 kali ambil gambar sebab yang pertama kali buat ada patient nak buat Lapuran Perubatan. Siap tolong ambilkan video lagi. Tapi bila di tenguk balik ramai tak puas hati. Jadi buat lagi sekali , siap ada video alamak alamak lagi. Tengah hot rupanya lagu tu. Sebab catcy kan lagunya. Adalah sikit kemeriahan di hari raya.


Ok di kesempatan ini saya memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bicara dan bahasa dalam apa jua yang saya buat. Kut bicara bergurau tapi ada yang terkucil hatinya harap maaf lah ye. Kita tak tahu hati orang. Kalau boleh scan dan tahu takde nya orang kecik-kecik hati kan. Apa pun semuga silaturahim kita di alam maya ini berkekalan hendaknya.

Tak sabor nak balik kampung dan cuti raya. Yak yak yeh. Hati-hati di perjalanan ye.   

6 comments:

  1. selamat hari raya maaf zahir batin

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Aidilfitri..
    Mohon Maaf Zahir dan Batin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya maaf zahir batin. Seronoknya raya di perantauan.

      Delete
  3. Kak notie, selamat idul Fitri yaaaa ... Minal Aidin wal Faizin ๐Ÿค—. Minta maaf yaa kalo ada Kata2 saya juga yg mengguris hati ๐Ÿ™

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya juga buat fanny sekeluarga. Samalah kita bermaaf-maafan semasa lebaran

      Delete