Assalamualaikum,
Sebelum masing-masing bercuti hujung tahun jadi pejabat buatlah meeting penutup serta majlis hari jadi bulan 7 sehingga 12. Selain daripada tu agenda yang paling best ialah tukar-tukar hadiah. Ada juga yang terlebih hadiah buatlah pulak happy hour hadiah. Saje suka-suka. Memang seronok apa bila masing-masing gembira.
Mula-mula meeting dulu pukul 9. Bila meeting nak habis dalam pukul 11 lebih terus buat acara potong kek birthday. Lepas tu makan. Dan akhirnya adalah agenda tukar-tukar hadiah dan happy hour.
Birthday gegerl
Ni hadiah happy hour. Semua dapat.
Senyum hanim dapat bantal empuk bukan 1 tapi 2.
Ni ingatkan bantal peluk rupanya carpet. Suka santha.
Shu dapat yang pn hanum punya hadiah.
Liza dapat bekas air cantik
CC mila lagi seronok dapat tilam narita yang empuk. Kata dia emm lagi kuat le dia berdengkur. Semua gelak.
Seronok semua dapat hadiah. Yang paling best tilam narita, bantal empuk dan carpet. Boleh bentang dan buat tidur bila hari jumaat. Apa lagi tempat kita orang ni memang sejuk kadang macam dalam peti sejuk gitu. Jadi memang best le bila dapat hadiah macam ni.
Time unboxing le paling havoc. Semua bukan main meriah dan suka
Ni yang aku dapat dari Pn Mar
Yang ni hadiah happy hour.
Semua gembira dengan hadiah masing-masing. Bila macam ni hari Keluarga kena jadikan lah untuk tahun hadapan. Tentu lagi seronok. Boarding time dengan buat acara bowling pun best kan.
Semuga tahun 2025 banyak lagi aktiviti yang kami dapat adakan. Semuga yang manis-manis sahaja buat tahun hadapan. Semuga aduan Sispa juga berkurangan. Aamiin.
wah meriah majlisnya best masing dpt hadiah brthday
ReplyDelete