Tuesday, April 29, 2025

Jamuan raya Jabatan

 


Assalamualaikum,

Alhamdulilah akhir syawal opis kita orang dapat adakan jamuan raya .  Main dish ada soto, lontong, satay, laksa, rendang ayam, lemang. Sedap sangat apa lagi lodeh yang Hanim masak pekat sungguh kuahnya. Aku kan orang johor jadi lontong lah jadi pilihan pertama makan sebelum tetamu sampai. hehehe isi perut dulu dengan juadah raya. Lemang yang cc mila order sedap sangat. Dah besar lepas tu lembut. Memang sedap lah. Kita orang siap suruh cc mila simpan no talipon orang yang jual lemang tu untuk tahun hadapan pulak. Sedap kan jadi prepare awal lah. Nak bagi makan orang mestilah yang sedap-sedap.

Majlis bermula pukul 11.30 pagi. Jadi pagi tu siapkan lah makanan yang telah kami rancang. Soto hasil tangan Ana, Kuah lodeh hasil tangan Hanim. Aku cuma bawa nasi impit je. Sebab nak layankan dengan rendang ayam dan kuah lodeh hanim. Sambal kacang ada sebab beli satay. Aku buat air sprite detoxs....sedap rasa segar sangat. Tapi yang best sebab ada orang sponsor cendol. Emm memang sedap le. 

Ila buat puding...sedap sangat . Tahu begedil dia besar intinya. Layan dengan sambal kicap emmm. yum yum yum. hehehe



Kuih saki baki raya. Boleh lah buat raso-raso,


Desert dia emmm memang menambahkan gula dalam badan. Ala cekali-cekali raya kan. 


Hah tahu bergedil dia memang sedap, Kena repeat order lah 



Cream puff 


Pelbagai kek coklat dan kek pisang.


Main dish laksa. Kuah dia sedap. Tapi sebab dah layan lontong dah kenyang. 


    Ni posing ramai-ramai setelah majlis selesai dan dah tapau makanan yang ada untuk bawa balik. Seekor kumbang dibalik bunga-bunga yang banyak.




Alhamdulillah dapat kami meraikan dan beramah mesra dengan staff HPJ yang selama ini kami berurusan. Mendapat pujian dari tetamu yang mengatakan makanan sedap belaka terutamanya lodeh Hanim. Laksa pun dapat pujian.  Oleh kerana ada jabatan lain juga buat jamuan jadi ada yang sudah kenyang jadi datang sebentar menjamu makanan. 

Walau begitu ada doktor forensik tu kita orang perhatikan memang mencuba semua juadah kami. Main dish satu ke satu menu dia rasa. Lepas dah makan main dish keluar untuk merasa desert pulak. Apa pun seronok bila tetamu enjoy makanan yang kami sediakan.

Bila macam ni InsyaAllah tahun depan menu apa pulak akan jadi santapan tetamu. Mudahan semua Staff Rekod kami Allah murahkan rezeki agar dapat menjamu lagi tetamu di tahun hadapan. Walaupun penat tapi seronok bila tenguk tetamu makan dan enjoy. 

Selamat hari raya semua. eh dah habis lah..... terlajak raya lah ya. 

20 comments:

  1. SA esok cmpany punya Terlajak Raya open house kat M Resort hotel....tapi kejap jer la pukul 12pm sampai 4pm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah bestnya jamuan raya kat hotel. Mesti makanan sedap

      Delete
  2. Seronok makan beramai-ramai...kadang-kadang tak sedar dah menambah makanan banyak kali woooo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu apa lagi yang peberet. eh dalam tak sedar menambah lagi.

      Delete
  3. Banyaknya menu jamuan raya. Cheese tart nampak sangat menarik! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hasil perbincangan semua staff. Itu yang paling awal habis.

      Delete
  4. Raya Zulkaedah dah kita hari ni kan hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu pun terlajak raya lagi di tempat lain. hehehe

      Delete
  5. sedap2 menu...lontong kuah pekat mmg layanzz...byk kek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah layan lontong je dah kenyang. Kek-keknya semua suka

      Delete
  6. Replies
    1. Warganya ramai sis. Banyak yang menolong membawanya

      Delete
  7. Meriahnya jamuan raya.
    Rasa nak selit sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amie kalau dekat boleh tapau. hahahaha main hulur tepi pintu je

      Delete
  8. Isssh kak, saya yg melihat dari foto saja, dah drooling sangat nih membayangkan sedapnya 😄😄😄.

    Memang lah lontong itu baru mantap kalo kuah lodeh pekat dan gurih. Sayaa sukaaaa. Lalu pakai topping lain , beuugh lupa menu lain dibuat 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila fanny tulis macamni akak pun rasa macam nak suruh depa masak lagi. hehehehehe

      Delete
  9. Seronok sangat tengok kawan2 dengan jamuan Raya di office, tumpang sama2 rasa meriahnya suasana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sini meriah. Banyak jabatan yang meraikannya. Kalau ada yang menjemput kita orang dtg ramai-ramai

      Delete
  10. ni rasanya saya ada sekodeng kat kak notie punya whatsapp status. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboiiiii akak pun skodeng sal. hahahahaha

      Delete