Monday, June 23, 2025

Bahasa Perubatan kat hospital KKM

 




Assalamualaikum


KOD BAHASA ! yang selalu doktor guna kan bila bercakap atau menulis di Hospital yang korang kena tahu !

1 - CA
CA bermaksud Cancer / kanser .
Yelah setiap kali kalau ward round tak nak lah sebut perkataan kanser tu berkali kali depan pesakit . Ditakuti dapat menjatuhkan moral dan semangat pesakit .
Contoh nya - This patient known case of Lung CA .. Bla bla bla bila berborak depan pesakit .

2 DIL
DIL bermaksud “ Death In Line” Kalau tukar ke bahasa melayu .. “ Hampir Maut / Mati “
DIL ni digunakan bila kesihatan pesakit dalam keadaan yang teruk( Terminally ill ) , tidak dapat diselamatkan lagi , Atau pun harapan terlampau tipis .
Selalunya bila kita sebut DIL ni , sekali gus kita dah tau status pesakit tu ..

3 CPR
CPR ini adalah cardiopulmonary resuscitation .. Satu prosedur tekan dada yang dilakukan untuk selamatkan pesakit yang secara tiba2 hilang degupan jantung .

4 DNR
DNR bermaksud Do Not Resuscitate
Iaitu keadaan dimana doktor menyarankan ahli keluarga supaya pihak kesihatan tidak perlu CPR jika pesakit tiba2 tidak sedar dan mengalami dengupan jantung yang terhenti .
Ini Kerana keadaan pesakit yang terlalu teruk menyebabkan CPR itu tidak akan berjaya .

5 BID
BID bermaksud ” Brought in Dead “
Ini bermakna pesakit yang meninggal sebelum / Ketika dalam perjalanan ke hospital .
so bila berborak dengan staff kesihatan , Bila dorang sebut BID .. secara automatik kita semua tahu .. Yang kita tak perlukan persiapan rapi untuk menyambut kedatangan pesakit kerana pesakit yang sedang dalam perjalanan telah pun meninggal sebelum sempat menjejak pintu kecemasan zon merah di Jabatan kecemasan .

6 TLC
TLC bermaksud “ Tender Loving Care “
TLC ni adalah salah satu singkatan especially bila kita manage pesakit kanser yang tiada harapan , Mahupun tiada lagi oprtion bantuan dari segi perubatan medikal yang boleh diberikan di hospital .
Selalunya kita akan sebut kepada ahli keluarga ..
“ TLC “ .. apa yang ahli keluarga boleh buat ialah bawa pulang pesakit kerumah dan memberi sepenuhnya “ Tender - Kelembutan , Loving - Kasih sayang , Care - Penjagaan “
So bila dekat fail pesakit ada Tulis TLC ni , kesemua petugas kesihatan tahu yang tiada lagi pengurusan rawatan yang aktif kepada pesakit

7 NBM
NBM - Nil by mouth
bermakna pesakit tidak boleh mengambil apa apa jenis makanan atau minuman melalui mulut .
NIL- Tu membawa maksud Kosong “ Nothing “
“ Nothing by mouth “
Korang mesti selalu nampak signange NBM dekat katil pesakit kan ?

8 SP,SM
SP ni single parent , ATAU SM , Single mother .
Selalunya label ni ada dalam nota fail pesakit untuk menunjukkan status seorang ibu yang bakal melahirkan bayi dalam nikah / Luar nikah tanpa suami yang sah / Meninggal dunia / cerai .
Jadi dengan ada nya label Single mother ni jadi pegawai kesihatan dapat menguruskan ibu selepas lahir dari segi bantuan welfare kerana ditakuti banyak kes buang bayi memandangkan ibu tadi tidak mempunyai suami sama ada meninggal atau pun suami yang tidah sah dan tidak berdaftar .

9 TCA
TCA - Bermaksud “ To Come Again “
Maknanya tarikh follow up yang akan datang , yang selalu korang tengok dalam kad follow up tu ..
10 STI ..
STI boleh membawa kepada dua maksud
1- Soft Tissue Injury
2 - Sexually Transmitted Infection
Tapi sekarang kita gunakan STD - Sexually Transmitted Disease untuk mengelakkan kekeliruan .. . Pesakit yang dijangkiti oleh Syphilis , Ghonorrea / chlamydia .
STD ini selalu dijumpai oleh group2 lelaki / Para suami yang baru pulang dari thailand setelah puas bermain ping pong di peringkat antarabangsa . 😂
Ada Banyak lagi .. Tapi ..
Ini lah sedikit sebanyak singkatan yang sering digunakan di hospital . Harap maklum

Credit to FB owner (lupa catat nama)


Hah tu dia ko banyak sungguh istilah dalam medical ni terutamanya yang bekerja di sepital. Kalau kat kelinik kesihatan, terms dia tak banyak sangat sebab kebanyakannya pesakit luar yang menerima rawatan jadi lingkungan bahasanya tidak seluas kalau berada didalam hospital.

Sebagai staff rekod kita orang lagi lah banyak ayat pendek macam tu malahan ada satu set Abbreviation untuk rujukan kami kalau ianya muncul semasa kami membuat koding penyakit. Lagi satu tulisan doktor yang kadang kita orang gelar tulisan cacing. dia punya nak cepat kadang nampak macam satu tarikan ayat tapi sebenarnya diagnosis penyakit. Kalau yang expert tulisan doktor hah tahulah apa yang Doktor tu tulis.

Kita orang dulu ada satu senior AMRO yang dah pencen sekarang ni , yang kerja kat Jabatan Rekod HKL. Penyakit yang tak pernah jumpa atau jarang ada semuanya boleh jumpa di HKL sebab ianya kira satu Hospital terbesar dalam Malaysia. Lagi satu Hospital Umum Sabah dan Hospital Kota Kinabalu.

Dia punya expert koding tu bila kami yang tak terer atau pun kurang paham maksud atau kod dia bila tanya je tap dia bagi jawapan koding yang betul (tak payah tenguk buku ICD 10 untuk merujuk kod yang betul) apa lagi kalau melibatkan MVA dan fracture dimana ianya memerlukan 2 kod iaitu satu kod penyebab dan satu kod sakit. Fuh memang tabik spring2 lah kami yang junior ni sebab terernya dia bila bab koding. Mana taknya kalau dari mula kerja dah start kat HKL sehinggalah naik pangkat pun kat situ sampai lah jadi YB. Hah berpuluh tahun ko sebab tu dia expert.

Kalau terer lagi boleh bangkang kalau Doktor bagi diagnosis penyakit yang salah. Kita orang kat rekod ni kadang terfikir kenapa lah kat Universiti semasa student perubatan tidak di ajar bagaimana memberi diagnosis yang betul dan koding icd yang betul. Ni kat hospital baru nak tunjuk. At least bila mereka dah masuk dalam lapangan benda ni dah tak susah dan semakin mahir. Tapi sapa lah kita yang nak membuat solution untuk atasan sebagai penambaikkan kerja di masa hadapan. Apa pun sebagai penjawat awam terima lah seadanya. Kerja kerana Allah sambil mencari rezeki yang halal.

1 comment:

  1. Taufik dalam banyak banyak bahasa doktor...Panadol je yang faham hahahahaha

    ReplyDelete