Wednesday, June 25, 2025

Penukaran kiswah Kaabah

 


Assalamualaikum,

PENUKARAN KISWAH KAABAH
Alhamdulillah malam tadi merupakan hari yang bersejarah apabila Kiswah Kaabah telah ditukar kepada yang baru.
Setiap tahun Kiswah akan ditukar pada musim haji iaitu pada 9 Zulhijjah tetapi kerajaan Arab Saudi telah menukar tarikh kepada 1 Muharram 1447H.



















Kredit FB KUJDT


Seronoknya tenguk upacara penukaran kiswah Kaabah. Patutlah tahun ini tak nampak upacara penukarannya semasa musim haji baru ni rupanya Arab Saudi dah tukar tarikh ke pada awal Muharam.

Kalau lah aku berada sewaktu kejadian ini alangkah seronoknya.

Bila tenguk ni YA Allah mudahan Allah rezekikan aku dapat jemputan Haji dan umrah ke tanah suci mekah pada tahun hadapan. Aamiin. Rindu bila dapat menatap wajah kaabah dan suasana di tanah suci mekah itu. Tak boleh nak ceritakan bagaimana perasaan bila dapat menatap Kaabah buat kali pertama. Tapi yang pasti air mata menitis tanpa henti. Sebak dan gembiranya bila dapat menatap depan mata sendiri. Selalu nampak di tv Al Hijrah tapi kali ni depan mata. Ya Allah syukur Allah rezekikan aku dapat pergi pada tahun 2017 bersama adik beradik dan anak saudara.

Kali ini aku nak pergi lagi tapi kalau boleh sebagai 'Duyufurrahman' pula. Aamiin.

Bagi sesiapa yang belum menjejakkan kaki maka berdoa dan tanamkan lah azam agar dapat ke tanah suci Mekah. Tiada tempat yang bila kita dah sampai kita akan rinduinya walau pun hanya nampak di dalam tv tapi hati meronta nak pergi lagi. Subhana Allah. Allah renjiskan dalam hati kita rasa rindu dan seronok untuk mengunjungi Rumah NYA. Menjadi tetamu Allah tiada ternilai harganya.

Selama ini kita banyak menjelajah ke tempat-tempat lain di muka bumi ini. Melihat dan menghargai keindahan negara orang lain. Jalan sana jalan sini. Kadang kita rasa seronok dan nak pergi lagi. Tapi bila kita dah sampai Mekah dan Madinah perasaan itu takkan sama dengan tempat lain. Dia punya rindu tu emmm tak tahu lah nak habak lagu mana. Memang boleh meremang bulu roma dan air mata menitis bila kerinduan itu menjelma. Allahuakbar.

YA Allah rezekikan aku serta kawan-kawan ku yang membaca dan melihat pemandangan ini agar Kau jemput kami ke Rumah MU YA ALLAH. AAMIIN AAMIIN AAMIIN.

1 comment:

  1. Semoga allah mendengar doa akak...SA doakan hajat akak diperkenankan...bukan untuk akak aje tapi untuk kita semua..semoga ada rezeki menjadi tetamu Allah

    ReplyDelete