Masjid Mahmodiah Kota Bharu
Assalamualaikum,
Ok kita sambung balik cerita jalan-jalan pantai timur. Bila dah sampai Kota Bharu tiba-tiba ada pulak tour guide bercerita berkenaan Kota Bharu. Ikut kan driver bas ada 3 orang termasuk bossnya. Ingatkan salah seorang sekali bila check eh bukan memang orang KB. Rupanya pelancong yang datang akan berurusan dengan MOTAC negeri tersebut. Bila sampai contohnya macam di KB akan ada seorang naik ke bas. Umpama Tour Guide negeri gitu.
Ala lupa nama dia. Dia ada sebut nama dan memperkenalkan diri tapi aku luper. hehehehe dok belakang kan asyik membuta je tapi tak nyenyak2 juga tidurnya. hehehehe
Bas berhenti di tempat Parking bas dimana ianya adalah berdekatan dengan Masjid Mahmodiah dan juga Pasar Siti Khatijah. Sebelum turun semua boleh mandi di Masjid Mahmodiah dan selepas tu berjalan kaki ke Pasar Siti Khadijah. Selesai shopping di Pasar Siti Khatijah naik bas semula dan akan pergi ke Pengkalan Kubur.
Ikutkan kita orang pergi ke Rantau Panjang tapi katanya di situ sudah tidak meriah seperti dahulu sejak PKP. Tapi aku lebih suka ke Pengkalan Kubur sebab boleh cari coklat,
Jadi kena lencungkan ke Pengkalan Kubur lah.
sayup Tour guide negeri Cek mek molek
Depan bilik air perempuan di Masjid Mahmodiah.
Jadi bila bas sampai kat parking Bas apa lagi berbondong-bondong semuanya turun ke Masjid dengan membawa beg pakaian. Al maklumle udah bau asem ketiak sapa busuk......lalalalalalala eh ternyanyi lah pulak.
Ya lah kan nak mandi pagi tadi kat R n R Ajil ramai orang. Sepatutnya kita orang turun kat Masjid Gemuruh tapi kalau tunggu nak sampai emmm memang tak solat subuh le sebab jauh lagi nak sampai. Jadi alternatifnya ialah Masjid Mahmodiah untuk mandi. Bilik air dia luas dan ada juga bilik air untuk mandi. BIla tak ramai orang jadi selesa le sikit.hah pintu depan sebelum masuk bermunge-munge deko dia.
Alhamdulillah dah dapat mandi walaupun mandi kerbau tapi bila dapat air emmm baru rasa best. Sabun takde nasib baik Julie bawa botol sabun emm apa lagi share le semua kontijen orang Bakri. hehehehe Lepas tu sembur minyak wangi udah wangi semuanya marilah kita jenjalan Pasar Siti Khatijah.
Beg baju kirim kat julie sebab dia anto beg baju mak dia ke bas. Jadi aku dan Kak Jal serta wani anak beranak berjalan le ke Pasar Siti Khatijah.
Lalu pintu gerbang ini
Masa Geng Bakri posing ni aku dan Kak jal serta wani dan anak-anaknya dah masuk dalam Istana Balai Besar sebab ada festival tekstil.
Awat semua mandang ke kiri.
Hah masuk sini. Percuma tu tak yah bayor
Kak Jal dan wani posing tenguk pembuatan kain di Kelantan
Tenun kain
Apa saje lah azim tu sampai terjojol matanya.
Lama juga lah Kak jal dan wani membelek kat dalam. Aku lepak kat luar sambil tu jadi tukang ambilkan gambar orang yang posing depan pintu masuk. Panas lit lit masa ni.
Bila rombongan tenguk kain habis bila keluar terjumpa geng yang posing kat pintu gerbang. Jadi kami sama-sama masuk ke Pasar Siti Khatijah.
Masuk je jalan belakang nampak le orang jual tapai ubi. Aduhaiiii sedap ni. Nampak Kak Norra pun macam berminat nak beli. Jadi kami beli share yang besar sikit bekasnya. Boleh makan dalam bas nanti.
Macam-macam ada dalam Pasar Siti Khatijah
Aku ambil video sampaikan lupa nak beli apa sebab dah rambang mata tenguk
Kita orang cuma keliling bahagian bawah je itu pun tak cukup nak tenguk semua. Nampak depa beli aku pun join sama le. Beli dodol aneka warna 2 paket. Lepas tu nampak kuih gelombong buaya. Suka kuih ni beli 3 bungkus. Lepas tu ada le dia tunjuk plum berbungkus warna pulple. Dia kata sedap beli le sebungkus. Rupanya bila balik rasa sedap ko. Viral katanya. Apasal le tak beli lebih. Lupa pulak satu paket tu berapa sebab beli macam-macam benda yang lain.
Keluarga Kak jal. Si napi entah kemana tak nampak bayang.
Selesai tawaf Pasar Siti khadijah semua naik bas dan menuju ke Pengkalan Kubur.
Amboiiii cucu Brunei Kak jal seronok dia main nyorok-nyorok kat belakang dengan Pak Usu dia.
Sebelum sampai ke Pengkalan kubur berhenti di tempat serunding dan seterusnya turun di Masjid di Kg Laut. Masjidnya cantik ukiran kayu dan terletak di tepi sungai.
Oleh kerana ada tempat sesuai apa lagi lah kita orang piknik kat Gazebo dia. Semua makanan orang lelaki tukang angkatkan dan lepas tu depa solat jamak zohor dan asar sekali.
Hah tu dia ko.
Wani tukang potong-potong nasi himpit.
Kita orang pelawa juga Tour Guide Kelantan makan masakan Orang Johor.
Driver kyusuk makan.
Ada sambal tumis lawan dengan rendang ayam serta sambal goreng soohoon.
Karipap pun ada.
Masa depa sibuk solat aku dan wani tukang siapkan makanan. Sambil tu makan le ketupat serta rendag ayam yang Mar masak. Sedap sebab dia buat kering. Kalau basah cepat basi. Jadi bila kering memang sesuai le lepas tu layan dengan sambal tumis Kak jal masak. Seronok piknik ramai-ramai.
Masjid Kg Laut unik kan
Sejarah masjid Kg Laut
Kawasan tebing sungai berhampiran Masjid Kg Laut.
Aku last sekali solat. Sebab sediakan dulu makanan. Sekali bila turun dari Masjid nampak mereka semua dah bungkus barang naik bas. Tak dan nak jalan keliling kawasan tebing sungai.
Jom masuk melontar duit di Pengkalan Kubur. hehehe
Macam-macam ada.
Masa sampai kat sini Kak nong pulak mengirim kaftan. Alahaiiii kena le carik buat kakak tersayang yang menunggu berita kami semua. Almaklumle chief tak jadi pergi.
Ambil video. Lepas tu aku belikan 2 helai Rm50. Kak Jal cari Blaus. Sedang membelek tiba-tiba perut memulas lah pulak. Aku tak tunggu jawapan kak nong terus je belikan mana yang aku rasa warna kesukaan dia. Cepat-cepat bagitahu kak Jal nak pi toilet.
Selesai mencarik ilham dalam bilik air.....perghhh lega. Kalau dalam bas perghhh naya je nanti. Tak sonang duduk dibuatnya.
Jadi bila dah selesai misi mencari coklat. Nasib baik tak pergi jauh dan toilet di pintu keluar. Manakala kedai toilet pun di pintu keluar sebelum jumpa kastam minta cukai. hehehehe
Tenuk coklat emmmm rambang mata. Masuk bakul sekali bayar hehehehehe Takpe bukan selalu dapat borong coklat.
Bila sudah beli dengan 2 beg penuh pelbagai coklat. Sempat lagi jumpa kain batik size besar beli 3 keping. Jumpa Mar yang nak keluar. Aku pun saing le dia dengan anak-anaknya kat pintu keluar. Kastam belek-belek hasil lontaran aku. Kena cukai Rm 10. Bayar le. Entah napa nak bayar guna QR kod bank rimau tak mahu le pulak. Terpaksa le tepek CC. Nak bayar cash tak di terimanya.
Rupanya tinggal kami je yang terlambat naik bas. Yang lain dah sampai dulu. Cepat-cepat campak bawah bas. Lepas ni kena check balik takut terambil orang lain punya.
Julie sempat beli maggi siam punya. 1 pack. Nasib aku tak jumpa kalau tak rembat juga. Boleh buat kerabu maggi.
Ok sambung lagi
No comments:
Post a Comment