Wednesday, September 17, 2025

Sambutan Bayi Hari Malaysia 2025 Peringkat Hospital Putrajaya

 

                                                            Bayi Hari Malaysia


17/9/2025 - Sambutan Bayi Hari Malaysia 2025 Peringkat Hospital Putrajaya

Hospital Putrajaya (HPj) telah menyambut 20 bayi yang dilahirkan pada 16/9/2025 bersempena Sambutan Hari Malaysia 2025. Bayi Hari Malaysia HPj 2025 ini terdiri daripada 11 bayi lelaki dan 9 bayi perempuan, di mana bayi paling awal dilahirkan pada jam 1.23 pagi dan yang terakhir dilahirkan pada jam 9.06 malam.
Satu majlis telah diadakan bagi meraikan bayi-bayi yang dilahirkan di hari yang bertuah ini. Pihak Bank Rakyat Cawangan Presint 15 Putrajaya bersama pihak Ahli Lembaga Pelawat HPj (ALP HPj) telah berbesar hati menaja sumbangan bagi majlis tersebut. YBrs. Encik Mohd Zailani Bin Mohamed Nor, Pengurus Cawangan Bank Rakyat Presint 15 turut berbesar hati menaja kek sambutan Hari Malaysia. Pihak ALP HPj yang diketuai oleh YBrs. Prof. Dr. Abdul Rashid Bin Abdul Rahman selaku Pengerusi ALP HPj berbesar hati untuk menaja sumbangan berbentuk hamper barangan bayi. Pihak penyumbang telah disambut oleh Pengurusan Tertinggi HPj, yang diketuai oleh YBrs. Dr. Hariati Binti Jamil, Timbalan Pengarah Perubatan I, HPj.
Turut berlangsung, majlis penyampaian hadiah bagi para pemenang Deko Merdeka HPj. Pertandingan ini telah berlangsung sepanjang bulan Ogos yang lalu, yang melibatkan Bahagian/Unit/Wad di HPj yang telah menghantar borang penyertaan. Penilaian telah dijalankan secara telus oleh ALP HPj sendiri. Tahniah kepada semua para pemenang.


Ibu-ibu anak Hari Malaysia


Timbalan Pengarah 1 Dr Hariati bersama wakil dari Bank Rakyat cawangan Presint 15 dan Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat HPJ 

                                               Meraikan majlis dengan ada kek birthday



Kedua ibu dan bapa Anak Hari malaysia bersama Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat HPJ


Dapat hadiah dari Bank Rakyat.


Mereka yang hadir

                                      Semua yang hadir bersama ibu dan Anak Hari Malaysia



Penyampaian hadiah deko Hari Merdeka



                                   Seronok dapat hadiah semasa pertandingan Deko Hari Merdeka


3 comments:

  1. cantiknya Dr Hariati tu!
    rezeki anak hari malaysia dapat hadiah

    ReplyDelete
  2. Seronoknya anak2 Hari Malaysia dapat hadiah dari Bank Rakyat

    ReplyDelete