Masjid 8 kubah di Jerteh Terengganu
11.9.2025 - 13.9.2025
Trip Kecil Keluarga Bakri ke
Kelantan - Terengganu
Selesai perkara wajib..
Kami menuju ke Pengkalan Kubor
Sempat la pusing dalam masa sejam sebelom pagar sempadan tutup.
Seterusnya dalam perjalanan ke Terengganu,
Kami singgah Keropok Lekor kat Kuala Besut.
Disebabkan ada permintaan famili,
Kita singgah ke Masjid Lapan Kubah di Kampung Raja, Terengganu.
Selesai y wajib, singgah ke tapak ekspo makanan bersebelahan tapak Jambatan Angkat, untuk tapau makan malam.. seterusnya checkin hotel di K.Terengganu pada jam 11.30mlm utk rehat.
Assalamualaikum,
Dah habis melontar dan dah kena cukai kat Pengkalan Kubor emmm marilah kita pulang ke pangkal jalan. eh... hehehe Masuk je bas dan balik ke Terengganu hujan lebat sepanjang jalan. Apa lagi dah penat bershopping semuanya tidur nyenyak dengan hujan lagi.
Tapi sebelum tu bacalah WA Kak nong. Dia kata kaftan Kelantan tak cantik. Aduhaiiiii kakak aku ni. Jadi aku kata takpe cuba cari kat waqaf Che yeh. Sekali rupanya Waqaf Che yeh tak singgah sebab kami kena sampai kat hotel di Terengganu malam ni. Kita orang akan bermalam di Terengganu pada malam ni . Kiranya satu hari ni round area Kelantan je sebelum ke Terengganu. Nampak gaya kena cari kat Pasar Payang Terengganu le nampaknya.
Hujan lebat memang sedap le tidur lagi pun tak nampak apa pun kat luar. Jadi bila bas berhenti eh kat mana ni. Masa ni masih mamai lagi jadi turun le ramai-ramai.
Kat tepi jalan nampak kedai jual keropok lekor dan keropok pelbagai jenis. Kat sini kita orang beli keropok lekor baru siap di goreng. Sekeping rm 1. Hah beli lah buat kudapan dalam bas.
Beli juga keropok lekor yang panjang dan belum masak. Ni boleh bawak balik rumah. Nampak juga keropok keping ikan tamban. Dia kata beli 5 free 1 hah apa lagi aku pun borongle oleh2. Nak cari yang jenis paket kecil tapi tak ada jadi beli je lah yang size besar.
Kat sini pun ada jual macam-macam produk ikan. Tapi aku tak masuk sebab nampak ada kedai sebelah buat keropok lekor dan sudah di goreng serta bau gorengan keropok lekor terus tuju kat situ. hah yang kat atas tu.
Ingatkan singgah kat Losong rupanya bukan. Ni kat Besut kiranya sempadan Kelantan dan Terengganu.
Dah kenyang makan keropok lekor teruskan perjalanan.
Kami berhenti untuk solat jamak di Masjid 8 kubah. Aduhaiii sebelum pergi aku dah tanya julie singgah tak masjid ni sebab dia kat Terengganu. Julie kata kena tanya Driver le lalu tak. Jadi masa pergi memang tak lalu sebab lalu highway. Jadi masa balik lah dapat singgah sebab lalu jalan laut.
Tapi yang buat aku frust sebab dah malam baru dapat singgah. Jadi tak dapat lah melihat keindahan masjid ini yang serupa vibes di Moscow dia punya masjid tu dengan jelas seperti waktu siang. Tapi akhirnya redho je lah janji dapat solat kat masjid ini walaupun ianya tak nampak dengan jelasnya kubah dia yang cantik sebanyak 8 Kubah. Tu kalau siang hari memang cantik tau. Boleh ootd pakai baju Aladin atau Jasmine sebab macam citer zaman dolu je. Walau pun tak sampai Moscow dapat posing depan ni pun jadi lah. Dengan doa semuga dapat singgah lagi di waktu siang. Aamiin.
Masjid ni di Jerteh Terengganu ya. Tapi feeling-feeling le dah sampai Moscow gitu. hehehe Takpun kita berangan le naik carpet terobang dalam citer Alladin....zam zam ala kazam....zoom
Suasana di dalamnya. Masa kami sampai baru masuk magrib jadi solat magrib dan isyak sekali . Masa tu dengar le ceramah yang diadakan. Seronok juga mendengar ceramah yang diadakan tapi sebab nak sampai kat Bandar Kuala Terengganu terpaksa le tinggalkan setelah selesai solatnya.
Hadirin yang hadir. Mungkin orang kampung berhampiran agaknya.
Dekat bahagian luar ada pulak tempat untuk posing. Masa masuk tak nampak sebab gelap. Sekali julie petik suis hah posing le sekejap
Alamakkkkk ada orang ngitip lah pulak.
Dapat juga selfie dengan lampu dari phone julie kalau tak emmm golap jo
Kalau siang mesti cantik kan. emmm Mudahan ada rezeki singgah lagi.
Hah sesiapa yang ke Terengganu jangan lupa singgah Masjid 8 kubah ni ye. rugi woooo kalau tak singgah.
Kami meneruskan perjalanan sehingga sampai di Bandar Kuala Terengganu. Singgah kat ekspo Makanan berhampiran dengan Jambatan Gantung untuk beli makan malam. Aku kenyang lagi dah makan keropok lekor kat Besut jadi malas le nak turun.
Cantik suasana di Jambatan Gantung ni.
Selesai menapau makanan malam kami pun dibawa ke Hotel Ming Paragon. Lega sangat bila dah dapat kunci dan masuk bilik. Aku dok dengan Kak Jal. Makanan dalam bas semua angkut bawa bilik kita orang. Makanan yang tinggal pun habis kena angkut bawa masuk bilik hotel sebab Pemandu bas nak bersihkan bas untuk perjalanan besok pulak. Bagus Pemandu bas kami sebab setiap seat di letakkan plastik sampah supaya bas terjaga kebersihannya. Jadi selesai makan boleh buang dalam plastik sampah. Jadi bila bersihkan senang je angkut sampah.
Dah nak dekat pukul 12 malam bila masuk bilik. Fasiliti dia kureng sikit mungkin sebab hotel badget kut. Tapi takpe yang penting dapat luruskan badan atas tilam yang empuk ini.
Dapat mandi dengan selesa dan buat air panas. Layan kopi 3n1 yang kak Jal bawak. Lepas tu apa lagi ngorok le setelah malam semalam tidur dalam bas yang tidak selesa. Kali ni dapat tidur dengan nyenyaknya. Yeahhhh
No comments:
Post a Comment