Sunday, November 23, 2025

World Anti Microbial Resistance Awareness Week 2025

 



๐Ÿ“ข SAMBUTAN WORLD ANTIMICROBIAL RESISTANCE AWARENESS WEEK (WAAW) 2025
PERINGKAT HOSPITAL PUTRAJAYA
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan 18 hingga 24 November setiap tahun sebagai World Antimicrobial Resistance (AMR) Awareness Week, bertujuan meningkatkan kesedaran global mengenai isu kerintangan antimikrob (AMR) dalam kalangan orang awam, profesional kesihatan dan pembuat dasar.
Tahun ini, tema WAAW 2025 adalah:
✨ “Act Now: Protect Our Present, Secure Our Future” ✨
Bagi menyokong usaha ini, Jawatankuasa Antimicrobial Stewardship Hospital Putrajaya telah menganjurkan pelbagai aktiviti menarik melibatkan warga hospital, para pelawat serta orang awam. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk:
๐ŸŽจ Pertandingan mewarna
๐ŸŽฒ Pelbagai permainan interaktif
๐Ÿงผ Demonstrasi teknik basuh tangan yang betul
๐Ÿ”ฌ Sesi mengenali mikrob melalui mikroskop
๐Ÿ“… Tarikh: 20 November 2025 (Khamis)
๐Ÿ•˜ Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
๐Ÿ“ Tempat: Lobi Utama, Hospital Putrajaya
Program ini berlangsung dengan sangat meriah dan menerima penyertaan yang amat menggalakkan daripada semua lapisan pengunjung. Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan memberikan sokongan terhadap penganjuran sambutan ini.
๐Ÿ’™ “Every Hospital Has a Story. Every Action Protects a Life.”

Lepas je perhimpunan bulanan yang kami anjurkan bersama jabatan PSY dan O&G, aku singgah le kat hospis cari sarapan. Sekali rupanya ada event ni kat Lobi. Pn Shu kata ada hadiah emm apa lagi cubalah nasib. Seronok juga macam-macam ada aktiviti dia.


Yang ni best. Part baling 3 bola kecil dapat warna apa. Aku cuba dapat warna merah rasanya. Syiok juga melontar bola kecil. Cepat je dia melekat kat board tu cam magnet gitu.


Yang ni aku tak cuba. Cuma dengar pendengaran pasal basuh tangan je.


Teringat zaman sekolah dulu time slot biologi atau kimia. Buat ujikaji sains. Tenguk cell dalam daun ke apa dah tak ingat.

Bagus bapak ni abwa anaknya supaya berminat dengan sains


Pembersihan tangan dan semuanya lah memang penting apa lagi petugas kesihatan.


Buat ujikaji dalam ceper ni dulu pun seronok kan. Tenguk pembesaran bahan yang di ujikaji.


eh ada pulak gambo aku terselit. Masa ni nak cuba silangkata. Jenuh le mencari ke kiri ke kanan atas bawah. Belum jumpa rentak manjang tak jumpa ayat. Bila dah start dapat eh buat lah 10 soalan dapat hadiah Frame dia bagi. Hadiah macam-macam dia bagi terpulang pada stok yang ada. Ni pun aku dah lambat juga mencuba

Kyusuk tu mencari ayat silang kata



Budak-budak seronok le kalau mewarna



Aku dapat tudung masa baling bola ala-ala baling dart manakala dapat frame menjawap silang kata. Frame tu bagi opismate.

No comments:

Post a Comment