Monday, November 3, 2025

Kursus Penjagaan Kerohanian Pesakit di Masjid Putra

                                                      




KURSUS PENJAGAAN KEROHANIAN PESAKIT 2025

30 Oktober 2025 | Masjid Putra, Putrajaya
Penjagaan kerohanian pesakit menjadi antara aspek penting dalam proses penyembuhan menyeluruh. Ia membantu pesakit mencapai ketenangan jiwa, menerima rawatan dengan lebih positif serta menguatkan semangat ketika berdepan ujian kesihatan.
Program anjuran Hospital Putrajaya ini dirasmikan oleh Dr Mohammad Khairol Anwar bin Yusop, Timbalan Pengarah Perubatan II. Kursus memberi tumpuan kepada pendekatan holistik yang menggabungkan rawatan klinikal bersama sokongan rohani dan emosi.
Para peserta dibimbing oleh YM Dr Raja Khairul Arief bin Raja Kahalid dari Unit Spiritualiti dan Kesihatan Hospital Sungai Buloh yang merupakan perintis penubuhan unit ini di hospital kerajaan. Melalui sesi perkongsian dan latihan, peserta diberi pendedahan tentang teknik mendengar secara reflektif, komunikasi berempati dan kaedah penjagaan kerohanian pesakit.
Unit Pemulihan Kerohanian terbukti berkesan membantu pesakit menghadapi tekanan emosi dengan lebih baik serta memberi kekuatan dalaman untuk terus berjuang melawan penyakit. Usaha ini menyokong matlamat Hospital Putrajaya untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang seimbang dari segi fizikal, mental dan rohani.


Slide yang dibentangkan


Staff HPJ yang terlibat


Macam-macam jenis terapi



Agaknya ini sessi bersama pesakit dengan staff bagaimana memahami emosi pesakit


Penceramah jemputan



Aktiviti yang dijalankan


Banyak ilmu baru di perolehi sebab ini ada lah kursus baru





Dr Khairul yang mewakili Pengarah merasmikan kursus

Bergambar beramai-ramai bersama penceramah dan Dr Khairul

1 comment:

  1. Bagus program begini. Selain rawatan ubat-ubatan, of course emosi dan semangat pesakit juga perlu dijaga dan diberi perhatian.

    ReplyDelete