Thursday, December 18, 2025

Alhamdulillah rezeki Pagi Jumaat


Puding pelbagai rasa. 


Lontong Darat. Sebekas RM10. 


                                        Puri dan sambal sardin. Hasil air tangan Pn Liza dan suaminya.


Assalamualaikum,

Apa kabar semua. Semuga semuanya dikurniakan kesihatan yang sihat dan dipermudahkan urusan.

Alhamdulillah pagi ni bersarapan Lontong Darat Hasil air tangan PA Pik. Lepas tu Dr Nafisah yang sedang membuat research berkaitan dengan sistem di KKM belanja puding pelbagai rasa. Sedap. Ada perisa oreo, coklat, sumi.  Dah kenyang makan Lontong Darat Pn Liza pula datang bawa Puri dengan sambal sardin. Wow peberet ni sambal sardinnya dengan banyak bawang lagi. Memang yummy le. 

Bagaimana pula dengan sarapan kalian semua. Selamat bersarapan dan bekerja ye. 



Terkini: CC mila belanja nasi Arab. Sedap sungguh. Tapaw dulu untuk lunch sebab dah kenyang makan lontong darat. TQ cc mila. Semuga bertambah rezekinya. Aamiin

Sunday, December 14, 2025

Layan Autumn in my heart bukan drama korea ya

 

Assalamualaikum,

Banyak-banyak musim aku suka musim bunga dengan musim luruh sebab keindahannya tidak dapat di bayangkan berwarna-warni indahnya. Kita layan daun warna warni ye

Segmen Refresh Bloglist

 


Assalamualaikum,

Ada tetamu baru jenguk rumah kita jadi kita pun balas balik pi Rumahnya bila dah terjebak ke rumahnya sekali tenguk ada segmen refresh bloglist hah apa lagi kite pun mencuba lah nasib mana tau termenang ke  dan tersenarai.  Hai rezeki kan Allah yang beri. Apa pun ini juga dapat menambah kan ukhwah antara Bloggers semua. Rasa meriah lah pulak bila selau ke sana ke sini malahan kadang ikut dan jenguk sana sini. Apa pun semuga semua bloggers tetap meriah dan anggun semuanya. hehehehe

Tuesday, December 9, 2025

WW: Keseronokan Bekerja ABCDEFGH


 Keseronokan bekerja bukan sahaja membuat kita lebih bersemangat, malah meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja. 
Jom amalkan tip ABCDEFGH ini untuk kekal seronok bekerja! 💪  

Keseronokan bekerja bukan datang daripada suasana semata-mata, tetapi bermula daripada hati dan sikap kita sendiri. Bila kita memberi yang terbaik, kita juga akan menerima yang terbaik. 🌟

Sunday, December 7, 2025

Blog Perfomance Tahun 2025

 


Assalamualaikum,

Ada sekali tu masuk blog Mim blogger Serawak ternampak le ni. Oh ada ye boleh kaji performance blog kita. Jadi mencuba lah masuk https://gtmetrix.com/ sekali bila tenguk status.....wow Grade A ko. Macam tak caya je prestasi mendadak macam ni. 

Macam  kita orang , orang gomen hujung tahun adalah sibuk dengan menilai prestasi perfomance kerja. Masuk Hrmis pun kadang jem sebab macam-macam nak update. Bila buat ni oooo seronok pulak. Tahun depan kena rajin dan creative mencari cerita nak share dalam bloglah macam tu. Padahal kadang takde idea dan cerita pun merapu meraban tapi ok lah kan janji kita mencoret rasa. hehehehe 

Aku tak tenguk detail secara terperinci cuma test simple je malahan tak jadi ahli pun tapi bila tenguk dapat A wah bersemangat nak berblog tu makin menaik le. Semangat tu kadang pasang dan surut. Apa pun terima kasih ye geng blogger semua sebab selalu jenguk rumah aku. Nanti ada rezeki lebih lagi aku share ye. 

Hadiah Kalendar Customised GA Mummy Ayu sudah di terima

 


Thursday, December 4, 2025

Mengimbau kenangan Bermusafir di Muka bumi ini

Bersama Kak nong, Kak Anim dan Kak jal sewaktu umrah 2017 di Jabal Rahmah.

Mesej Integriti buat warga KKM


 

Wednesday, December 3, 2025

Adakah anda akan menjalani pembedahan?


 Assalamualaikum,

Bagi mereka yang akan menjalani pembedahan kalau ada penyakit atau ubat yang alergic sila beritahu Doktor ye sebab ianya akan mempengaruhi dan juga membawa risiko kepada pesakit. Sebab tu bila kita jumpa Doktor, doktor akan tanya history penyakit yang kita ada sebelum apa-apa tindakan dia nak buat. Darah tinggi ke kencing manis ke sakit jantung ke apa juga masalah kesihatan kena maklumkan dahulu pada Doktor. Sekurang-kurangnya ianya maklumat penting sebelum rawatan boleh diberi. Apa lagi kalau kes kecemasan.  


Rancakkan Madani bersama Malaysiaku


 

📅 Tarikh: 5-7 Disember 2025 (Jumaat – Ahad)
🕘 Masa: 9:00 Pagi – 10:00 Malam
📍 Lokasi: Perkarangan Dataran Putrajaya, Putrajaya

Jom singgah dan sertai kami!


Assalamualaikum,

Sesiapa yang berada di Putrajaya boleh lah meriahkan event ni. Ada macam-macam aktiviti disediakan. Moh ler kiter...