9 Disember 2025, hari yang menjadi detik yang penuh makna apabila 9 orang anak-anak yang mengalami kelewatan perkembangan sosial dan komunikasi berjaya menamatkan perjalanan pembelajaran SOCIAL THINKING selama 10 minggu. Kehadiran Pengarah Hospital Putrajaya, YBrs. Dr. Suraya binti Amir Husin meraikan Majlis Graduasi ini telah menambah semangat dan senyuman semua.
Program “Social Thinking” ini dirangka untuk membantu anak-anak memahami dunia sosial di sekeliling mereka melalui kemahiran seperti:
Graduasi ini bukan sekadar satu majlis; ia adalah simbol keberanian, ketabahan, dan perkembangan yang ditunjukkan oleh anak-anak ini.
Setiap sesi dipenuhi aktiviti interaktif, permainan berkumpulan, dan simulasi situasi sebenar supaya pembelajaran lebih menyeronokkan dan mudah difahami. Melihat mereka ketawa, berkawan, berusaha memahami emosi orang lain—itu adalah hadiah terbesar buat kami.
Kami berharap kemahiran yang dipelajari akan terus membantu mereka dalam kehidupan harian, meningkatkan keyakinan diri dan hubungan dengan rakan serta keluarga.
Setinggi-tinggi penghargaan buat graduan kecil kami, ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan tanpa jemu, serta Ahli Terapi Cara Kerja dari Unit Terapi Cara Kerja Hospital Putrajaya yang komited sepanjang program ini.
Semoga usaha kecil ini membawa perubahan besar dalam perjalanan mereka. 
Tahniah, anak-anak! Kami bangga dengan setiap langkah kalian. 
Ucapan penghargaan buat semua
Mereka yang terlibat
Wah dah konvo gitu. Cantik spec dik
Alhamdulillah sudah berjaya
Gembira adik ni terima sijil
Adik-adik bersama keluarga
Assalamualaikum,
Baru tahu ada program social thinking yang di anjurkan oleh HPJ. Rupanya ada anak-anak yang menghadapi masalah lambat perkembangan sosial dan komunikasi. Cucu saudara aku ada 2 orang yang terlebih aktif dan lambat dari segi pertuturan. Jenuh lah mak bapak dia hantar sekolah khas.
Yang cucu kak nong lagi lah kat kelas khas tu di ajar bagaimana nak membuat kuih muih, baking dan sebagainya. Bila balik rumah atuknya pantang kat dapur nak membuat kuih muih lah. Habis dia campur bahan yang ada kononnya nak buat kuih. Lepas tu dia punya aktifnya pantang pintu terbuka nak keluar rumah je. Yang takut tu sebab pintu pagar tu dekat jalan raya yang sibuk dengan kenderaan. Maklumle duduk tengah bando Melaka. Nasib baik lah dia takut dengan abang dia. Abang dia bawak rotan je kelam-kabut dia melilau cari jalan nak menyorok. heheheh Orang lain semua dia tak takut. Aduhai








alhamdulillah dah graduat tahniah anak2 cekal timba ilmu drpd2 guru KKM yg prihatin
ReplyDeleteJenuh juga nak konvo anak-anak ni
DeleteBagus jugak siap ada konvo diorang ni.. ni yg terapi di HPJ je ke? semuanya speech delay atau ada masalah lain jugak?
ReplyDeleteRasanya yang ni special untuk sosial thinking je. Yang lain ada juga cuma tak pasti macamana.
DeleteAmboi, kemahen yg sorang tu siap pakai ala² tarakucha cha cha, hihi. Tahniah ya anak². Semoga masa depan kamu gemilang dan terbilang.
ReplyDeleteDia punya spek dari jauh dah nampak warna hijau
DeleteBest la semua siap ada konvo. Tahniah anak2 hebat!
ReplyDeleteCabaran buat murid dan ibu bapa serta pengajar
DeleteBagusnya program gini. Anak² ni dapat juga merasa diraikan. Syabas 👍🏻
ReplyDeleteCantik la warna tema depa, nice combo
Tu lah bagus juga buat anak-anak di raikan walaupun mereka bermasalah
Deletesemoga dipermudahkan urusan mereka... amin
ReplyDeleteAamiin
Deletewah bagus program ni.
ReplyDeleteAkak pun tak tahu ada program ni rupanya
DeleteBagusnya HPJ prihatin...SA setuju program ni bagus untuk diteruskan bagi membantu anak- anak yang memerlukan...
ReplyDeleteJabatan yang berkenaan yang membuat program yang sesuai untuk membantu
DeleteBagusnya program macam tu. Cuma ramai ibubapa tak tahu kot adanya program sebegini anjuran hospital.
ReplyDeleteKadang dia buat rawatan di hospital yang boleh tahu adanya program cam tu
Deletetahniah buat adik2! tinggi betul dr lelaki tu ye
ReplyDeleteSayup
DeleteProgram Social Thinking ni lebih kepada membentuk cara berfikir yang positif, saling memahami dan menghormati antara satu sama lain.
ReplyDelete