Assalamualaikum,
Setelah selesai meeting dan jamuan pada paginya acara bertukar-tukar hadiah buat pada petangnya. Yang ini semua tak sabar. Almaklumlah bagi hadiah pada orang lain lepas tu dapat hadiah baru.
Seronok pulak bila melihat hadiah-hadiah yang di bagi oleh staf lain.
Ini hadiah yang di kumpul sebanyak 19 orang.Posing dulu sebelum bermula acara
Puan hanum bersama hadiah yang dikumpul
Seronok tenguk
Hadiah pn ana pada pn Wawa. Dapat carpet katanya.
Yang ni hadiah cc su pada Encik Shaiful.
Besor tu hadiah Pn Hanim buat Zira
Yang ni best sebab alia bagi 2 hadiah. Untung Pn eva dapat 2 hadiah
Yang ni kelakor. Aishah dapat hadiah dari Pn wawa. Hadiah kerusi camping. Ramai yang tersuka bila tahu. Aishah lah yang untung.
Ni hadiah aku untuk Ila. Tahun lepas pun rasanya Ila dapat hadiah daripada aku.
Sebenarnya aku dapat no Pn Mar tapi sebab hadiah yang tinggal hanya lida punya jadi aku twist ambil hadiah Lida. Lida ambil hadian Pn Mar. Aku dapat periuk masuk telur. Macam-macam boleh buat.
Part last lah paling best. Unboxing hadiah.
Cuma yang tak sedap tu ada lah pulak staf yang bagi hadiah barang yang dia dah tak guna lagi dan dia tak memerlukan lagi. Tak patutlah kan. Orang bagi hadiah baru ko bagi second hand pulaknya. Kalau ye pun dah tak nak pakai jangan lah di buat hadiah tukar-tukar hadiah ni. Kalau yang menerima dapat tahu, tak ke kecil hati orang tu. Masalahnya barang harga RM 30 pun dah cantik dan lawa. Ni barang lebih-lebih ko tak pakai ko bagi kat orang. emmm memang tak patut le kan. Apa pun semuga tahun hadapan jangan ada lah pulak kes macam tu lagi. Acara ni bermula tahun lepas. Bila dah seronok sambung tahun ni pulak.
Alhamdulillah majlis selesai dengan jayanya dan semua gembira.

.jpeg)







Lahai ada pulak ye yang spesis bagi barang terpakai. Tak patutnya. Kena buat syarat hadiah mesti yang baru bukan yang terpakai.
ReplyDeleteManusia kan macam-macam ragam. Ada juga spesies yang macam tu.
Deletesaling memberi n menerima hadiah eratkan ukhuwah tapi hadiahnya biar elok2
ReplyDeleteNiat yang betul jadi tak betul akhirnya disebabkan segelintir manusia
DeleteBest juga buat acara bertukar-tukar hadiah begini cuma janganlah beri barang yang kita tak mahu.. LZ rasa nak cadangkan kepada officemate buat macam ni juga laa..
ReplyDeleteHah buat. Memang seronok tapi kena letakkan syarat2 tertentu supaya adil buat semua.
DeleteTahniah semua dapat hadiah
ReplyDeleteSemua dapat wak takde yang dapat. Nanti nangis tak dapat hadiah. hehehe
DeleteBest acara tukar² hadiah ni...
ReplyDeleteSeronok. Suka-suka kan akhir tahun
Deletebestnya tukar2 hadiah! dapat eratkan ukhuwah bila buat benda camni
ReplyDeleteBetul tu.
DeleteWah!! Bestnya acara macam ini..
ReplyDeleteTapi tu lah.. Ada pula manusia perangai tak bagus.. Kalau beli barang baru, berapa je pun.. Dekat shopee tu melambak yang murah-murah.. Dekat pasaraya pun sama.. Ish.. tak patutlah dia buat macam tu..
Tu lah ada juga orang macam ni. Agak-agak le kalau nak bagi pun. Bukannya mahal sangat sekarang. Ada je yang murah tapi berbaloi dapat
DeleteSeronok dan ceria muka masing², dapat hadiah. Bagus, dapat eratkan silaturrahim.
ReplyDeleteSeronok time unboxing
DeleteBestnya ada sessi tukar2 hadiah ni..kat opis SA macam biasa la SA x dijemput utk program2 ni...hahahah
ReplyDeleteAlalala sedih nya baca ayat SA.
DeleteJamuan akhir tahun bersama kawan-kawan memang seronok, tambah pula dengan sesi tukar hadiah. Kenangan manis sebelum melangkah ke tahun baru 🎉
ReplyDelete