Sunday, December 14, 2025

Layan Autumn in my heart bukan drama korea ya

 

Assalamualaikum,

Banyak-banyak musim aku suka musim bunga dengan musim luruh sebab keindahannya tidak dapat di bayangkan berwarna-warni indahnya. Kita layan daun warna warni ye



Kuning warna daun cantik bila semuanya berwarna kuning


Warna merah juga cantik bila banyak daunnya merah


Daun kuning semuanya. Lepas ni gugur jadi gondol


Yang ni cantik kan. Merah sangat Mak ngah


Gabungan warna merah dan kuning


Indah sungguh ciptaan Tuhan


Tu dia sayup ko tinggi menjulang

Autumn, 28/10/2016, Nami Island, South Korea
😍😍😍
By Z Hil Mi

Cerita korea Autmn in my heart pun sodap.  Korea pernah buat filem mengunakan perkataan 4 musim. Yang aku start terjebak ialah Winter Sonata. Layan kat tv3 rasanya masa tu. Lupa dah waktu-waktu dia start datang ke Malaysia.  


Hah ni aku tanya Ai. 

Filem Korea 4 Musim merujuk kepada Tetralogi Endless Love arahan Yoon Seok-ho, iaitu empat drama klasik Korea yang popular (Autumn In My HeartWinter SonataSummer ScentSpring Waltz) yang mengandungi tema cinta, kehilangan, dan musim sebagai latar belakang utama, menjadikannya ikonik dalam genre melodrama Korea. 


Senarai Drama 4 Musim (Tetralogi Endless Love):

  1.  Autumn In My Heart (2000): Musim luruh, kisah cinta pertama dalam siri ini.
  2. Winter Sonata (2002): Musim sejuk, meneruskan kisah cinta tragis, sangat popular di Asia.
  3. Summer Scent (2003): Musim panas, membawa kembali pelakon utama dari Autumn in My Heart.
  4. Spring Waltz (2006): Musim bunga, penutup manis kepada siri ini. 


Ciri-ciri Utama:
  • Tema: Cinta, takdir, kesedihan, dan nostalgia.
  • Muzik: Menggunakan muzik klasik sebagai lagu tema instrumental yang ikonik (cth. Moonlight Sonata, Clementine).
  • Pengaruh: Menjadi pendorong utama "Gelombang Hallyu" (Korean Wave) ke seluruh Asia. 
  • Jika anda mencari filem atau drama Korea yang bertemakan musim, siri Endless Love ini adalah siri klasik yang paling terkenal dan dicari-cari. 

29 comments:

  1. Winter Sonata dengan Autumn In My Heart je pernah layan dulu.

    ReplyDelete
  2. Kita tak layan citer Korea hehe ..
    Teringin nak tengok dedaun merah kuning semua tu depan mata. Mudah-mudahan ada rezeki la utk Sy :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah ada rezeki nanti. Kat malaysia pun ada juga bila musim daun pokok getah luruh.

      Delete
  3. Autumn In My Heart ni mmg top list.. antara kdrama yg mula² sy layan dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Citer Kdrama yang legend My girl , full house ,cofee prince, sad love song.

      Delete
  4. Saya pun suka musim luruh. Tengok daun² bertukar warna. Pernah tengok Winter Sonata je.

    ReplyDelete
  5. Cuya tak layan sangat drama korea, sesekali je.

    Moga ada rezeki Cuya menjejak kaki ke luar negara satu hari nanti. Aamin

    ReplyDelete
  6. Jarang sangat tengok Korea. Cantiknya warna daun tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah terlampau banyak sangat dah tak tahu nak tenguk citer apa

      Delete
  7. Tengok cerita awal drama Korea memang sedih akhirnya. Rasa diripun jadi melankolik.
    Sekarang cerita cinta Korea gembira akhirnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Drana korea walaupun dengar lagu je tanpa kata-kata dah sedih apa lagi kalau citer sedih. Sekarang macam-macam genre ada. layan dengan tak layan je

      Delete
  8. SA pernah tengok Winter Sonata dengan Autumn In My Heart kalau x salah..tapi lama dah kan citer tu...mana nak carik balik ni...SA suka musim bunga dan musim luruh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Winter sonata tu 20 episod. Adik akak gigih beli CD dia. Entah mana dia letak nak tenguk pun takde CD Drive

      Delete
  9. Drama korea yang pertama sekali saya tengok adalah Winter Sonata, masa tue pinjam VCD dari kawan dan hampir-hampir nak beli full set drama nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 20 CD kalau nak tenguk. Jenuh tapi best citer dia

      Delete
  10. dalam banyak2 musim, saya paling suka autumn!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Autumn dengan spring. berbunge-bunge semuanya

      Delete
  11. dulu layan beriya autumn in my heart

    ReplyDelete
  12. Autumn in My Heart dan Winter Sonata antara drama Korea yang jadi kenangan sampai sekarang. Walaupun dah berulang kali ditonton, rasa dia masih sama. Korea masa musim bunga memang nampak cantik dan romantik 🌸

    ReplyDelete