Wednesday, December 10, 2025

Lawatan Industri Universiti Tun Hussien Onn (UTHM)

 


9/12/2025 - Lawatan Industri Daripada Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) ke Hospital Putrajaya (HPj).

Hospital Putrajaya berbesar hati menerima kunjungan daripada pelajar Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi, UTHM.
Delegasi lawatan telah disambut oleh YBrs. Dr. Zahurin binti Ismail, Ketua Jabatan Radiologi HPj. Pelajar yang menyertai lawatan ini adalah daripada Program Sarjana Muda Sains Fizik Gunaan. Delegasi lawatan diberi pendedahan tentang penggunaan sinaran mengion dalam peralatan klinikal serta aplikasi perlindungan sinaran ketika bekerja.
Semoga perkongsian dua hala ini mampu memberi ilmu pengetahuan yang baru kepada para pelajar dan berjaya dalam pelajaran supaya mampu untuk menyumbang khidmat dan pengalaman kepada semua rakyat Malaysia.


Tu dia tempat nak x-ray. Peralatan semakin canggih.


Testing nak X-Ray. Comel pulak baju yang dikenakan tu.


Mesin-mesin yang ada di Jabatan tersebut


Baru kali ni aku tenguk. Kalau dulu buat x-ray time lapor diri hanya yang biasa je.


Perubatan semakin bertambah baik teknologinya.


Ni macam scanner je. Hanya yang Pakar sahaja yang tahu maknanya.

Sesekali kena buat praktikal di Hospital ni. Boleh pelajari macam-macam. Bila dah kerja nanti lagi macam-macam jumpa.

Banyak pengetahuan yang di pelajari oleh pelajar-pelajar.



Hish takut juga ni nak masuk bawah bulatan tu.


Dr Zanuri Ketua Jabatan Radiologi


1 comment:

  1. Mesin X ray pun dah canggih sekarang kan kak...x macam yang dulu...

    ReplyDelete