Friday, April 10, 2026

Modus operandi scammer di HTA - Muda-muda dah jadi scammer

 1. Seorang pembantu tadbir kontrak MyStep berumur 28 tahun di Hospital Tunku Azizah KL didakwa menipu sekurang kurangnya 187 doktor pelatih dalam jabatan pediatrik.



Kronologi kes

1. Seorang pembantu tadbir kontrak MyStep berumur 28 tahun di Hospital Tunku Azizah KL didakwa menipu sekurang kurangnya 187 doktor pelatih dalam jabatan pediatrik.

2. Jumlah keseluruhan duit yang terlibat lebih RM47,000 dalam tempoh kira kira 2 setengah tahun dari September 2023 hingga Mac 2026.
3. Modus operandi ada dua cara. Pertama, dia minta doktor pelatih bayar RM900 kononnya kerajaan terlebih bayar elaun Imbuhan Tetap Khidmat Awam selama 3 bulan pertama housemanship.
4. Dia tunjuk dokumen bertajuk “Bayaran Balik Emolumen Terlebih Bayar PPS” dan minta doktor tandatangan. Sebenarnya dokumen itu palsu, diubah daripada dokumen gantian cuti rehat.
5. Dia beri pilihan bayar RM900 secara tunai dalam sampul atau scan QR code masuk akaun peribadi dia. Kebanyakan mangsa terus bank in ke akaun peribadi dia.
6. Cara kedua ialah scam bayaran kursus Neonatal Resuscitation Programme (NRP). Dia beritahu kursus itu wajib dan kena bayar RM40 atau RM45, padahal kursus itu sebenarnya percuma.
7. Dia buat semasa orientation housemen. Dia briefing seorang diri dan tidak benarkan doktor pelatih keluar bilik sampai semua bayar sama ada cash atau QR code ke akaun peribadi dia.
8. Seramai 187 orang bayar untuk NRP scam, jumlah kira kira RM8,210. Untuk scam RM900 pula, 42 orang jadi mangsa dengan jumlah kira kira RM39,000.
9. Kebanyakan doktor pelatih percaya sebab dia admin yang urus hal HR, dan mereka sangat sibuk kerja klinikal, jadi tidak sempat atau tidak terfikir untuk semak betul betul.
10. Scam ini terbongkar apabila dua doktor pelatih pergi semak dengan Unit Gaji dan HR, dan baru tahu borang RM900 itu dokumen palsu.
11. Sekurang kurangnya 13 laporan polis telah dibuat, dan pembantu tadbir tersebut telah ditamatkan kontrak.
12. Dia mengaku ini kali pertama dia buat dan alasan keluarga ada hutang along, dan berharap kes ini boleh diselesaikan secara senyap tanpa masuk berita. Buat adik² HO.. kalau nak bayar apa-apa bayaran semak dulu bukan main tranfer buta gitu ja pakai akaun personal. Kena bayar pakai bank draf tau..pastu bukan atas akaun personal.

Kredit FB

Assalamualaikum,

Baru-baru ni adalah terbaca pembantu Tadbir scam Doktor-doktor yang baru bekerja. Bukan sikit-sikit tau dia buat malahan sudah 2 tahun dia buat kerja. Kalau ada doktor tu tak check yang form yang dia sign tu masuk terus akaun scam tu sudah tentu seronok dia makan duit haram.

Ya Allah takut sungguh aku tenguk budak-budak sekarang mencari rezeki. Sanggup ko tipu hanya kerana nak duit banyak. Orang kerja bertungkus lumus cari rezeki macam doktor muda tu kerja bagai nak rak tengah on call lah kerja shift lah kadang sampai stress kerja banyak hanya nak mencari rezeki ni tiber pembantu tadbir scam Doktor muda ni. Aduhaiiiiiii

Dah le kerja My step je bukannya kerja tetap. Tapi aku tak puas hati sungguh. Memang kena berhentikan tapi kalau dah sabit kesalahan tu hah bior dia masuk penjara lepas tu blacklist kan nama sampai susah nak cari kerja di tempat lain. Boleh gitu. Nampak macam teruk sangat aku punya hukuman. Tapi sekurangnya boleh jadi ikhtibar pada anak muda sekarang supaya fikir masa hadapan yang masih panjang lagi yang ko perlu hadapi. Tak terfikir ke bila benda ni berlaku nama mak dan ayah pun terbabit sama. Lepas tu orang pandang serong. Bagus nya tu duit dia tibai tu pulangkan balik pada yang berhak. Konon nak cari duit nak bayar hutang Along. Dah ko berhutang dengan Along bayar lah sendiri kenapa nak scam duit orang lain yang tidak bersalah.

Dah le kehidupan sekarang ni terlalu banyak scammer mencari mangsa. Aku pun risau juga ni. Ye lah penat je cari rezeki kumpul duit untuk masa tua tiber kena scam habis duit Ya Allah dijauhkan lah hendaknya dari semua musibah yang tersebut. Risau tau sebab orang sekarang bukan fikir halal ke haram janji masyukkk.

Semuga rezeki yang kita terima setiap hari itu halal toyiban ye. Dan semuga tiada dijauhkan lah daripada membuat sesuatu yang menyusahkan orang lain. Apa pun hidup ini ada balasannya. Apa yang kau beri itulah yang kau dapat. Semuga kita tidak menganiaya orang lain dan hidup dengan tenang sahaja.


2 comments:

  1. dunia kini sarat dgn maslahah n penipuan berhati-hati tiasa moga dilindungi ALLAH

    ReplyDelete
  2. Teruk dh keadaannya sampai nekad menipu...aduhaiii

    ReplyDelete