Thursday, April 9, 2026

Terima hadiah daripada Blogger SK

 



Assalamualaikum,

Alhamdulillah semalam balik kerja eh dapat 2 hadiah. Satu dari SK dan satu lagi sebab kuat komen di blog CCL.

Tersebut lah kisah .....toyibbbb seminggu sebelum tu dapat email SK hantar minta alamat....toyibbbb eh apa ni dah macam scene seniman bujang lapok lah pulak. hehehehe 

ok lah sebenornya aku segan bila SK minta alamat rumah ni sebab kalau buat camtu mesti ada benda dia nak hantar. Sekali dah hantar 2 hari yang lalu dia tanya dapat apa-apa tak sebab katanya barang yang di hantar macam kena sidai. Aku kata guna syarikat apa. Kalau J & T dan pos emm biasanya depa hantar je kadang masuk letak kat pangkin didalam kalau dah biasa hantar barang,  kadang letak atas pagau je kalau benda kecil. Selalunya kadang kat rumah tak ada orang jadi benda tu aku terima je.

Rupanya yang hantar tu agaknya banyak barang nak kena hantar sampaikan tak sempat sampai rumah aku. Dan semalam comel je dia letak atas pagar luar rumah. 

Sekali bukak ya Allah comelnya 2 kotak aku dapat iaitu bookmark Al Quran. Allahuakbar.... seronoknya aku terima pemberian menghubungkan jambatan ukhwah antara aku dengan SK nun di JB tu hah. Boleh lah digunakan bila membaca Al Quran nanti. Semuga saham tersebut dapat pada SK. Aamiin. 

Terima kasih selautan terbentang nan luas sepanjang Laut China Selatan dan Selat Singapura aku ucapkan. Terima kasih juga ukhwah yang terjalin selama ini. Alhamdulillah juga di temukan dengan orang baik-baik sepanjang aku berblog dan menambahkan kawan di arena blog ini. Walaupun tak pernah bertentang mata apa pun syukur atas persahabatan yang terjalin ini. 

Jadi siapa yang belum geng dengan SK hah kena terjah blog Alam Sari di Tanah Jauhar aka SK dan jadi geng tau bukan hanya singgah tapi buat dek aje. hehehehe 

Apa pun jutaan terima kasih sedalam Lautan Hindi. hehehehe 


  

2 comments:

  1. Wah, dalam Lautan Hindi kalahkan Laut China Selatan ye Notie.
    Apa pun Alhamdulillah dan tahniah dengan kehadiran bookmark al-Quran yang cantik comel sepasang tu dari insan berhati mulia di Tanah Jauhar itu.

    ReplyDelete
  2. Wah..kak notie dapat hadiah dari tanah Jauhar laaa....cantik bookmark Al-Quran tu....

    ReplyDelete