Tuesday, August 25, 2026

Trivia Merdeka Doktor Perubatan Moden Melayu Pertama

Assalamualaikum
Wow baru tahu ada Doktor Perubatan Melayu pertama Di negara kita. Bagaimana agaknya cabaran dalam perubatan kita waktu itu ya. Ialah masa tu peralatan perubatan bukannya canggih macam sekarang. Malahan bangunan hospital pun masih ada lagi bangunan zaman jepun yang sudah uzor Dan perlukan perubahan. 
Macam kat muar tu bangunan hospital semakin sesak Di belakang terutamanya dengan parking yang selalu merupakan masalah utama di mana juga hospital di malaysia ni. Macam nak syorkan je bangunan lama di hadapan tu Di runtuhkan untuk bangunan  parking bertingkat. Tapi mana ada budget nak buat. Bangunan lama tu pun menempatkan pelbagai fasiliti lain. 

Lepas tu bangga juga ada Doktor Wanita pertama. Mungkin cabaran lebih agaknya sebab zaman dulu mana ada anak perempuan melayu  menjadi Doktor seperti sekarang yang begitu ramai. Dulu banyak doktor China atau India atau bangsa asing. Malu bila nak check bila doktor lelaki yang kita jumpa. Sekarang boleh jumpa doktor perempuan melayu Dan mudah untuk rawatannya. Semuga perkhidmatan perubatan Di Malaysia semakin maju Dan semakin ramai doktor yang berkaliber dalam menangani cabaran perubatan global

14 comments:

  1. Betul tu Kak Notie, cabaran doktor zaman dulu memang jauh berbeza dengan sekarang. Respect sangat kat perintis-perintis perubatan Melayu dulu. Bab parking hospital (terutamanya hospital lama) memang isu sejagat betul, dari dulu sampai sekarang selalu jadi masalah utama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya bila projek hosp baru buat juga publik parking agar ianya tidak menjadi masalah utama akhirnya

      Delete
  2. Patut diwar-war lagi sumbangan mereka ni, boleh jadi inspirasi utk kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat pemangkin generasa sekarang. Tapi sekarang para doktor sedang burn out sebab bean kerja yang banyak. Doktor tak cukup.

      Delete
  3. Semoga doktor² yang terbeban sekarang terus kuat.. harap² kerajaan akan betulkan sistem..aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin kesian kan. Macam makin teruk je beban mereka. Tak tahu dah camne nak tolong

      Delete
  4. Membayangkan orang dulu2 kalau gi belajar jejauh... telefon takde, nak balik jenuh bukan ada ketapi laju, bus laju bagaikan. Kental betul droang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah dugaan zaman dahulu yang serba kekurangan.

      Delete
  5. Harap lebih ramai lagi doktor wanita di Malaysia terutama di wad bersalin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah ramai dah doktor perempuan malayu.

      Delete
  6. alhamdulillah baru tau sejarahnya orang kita memang hebat sejak dahulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka semua orang yang hebat perintis perubatan moden

      Delete
  7. Mencabar sungguh kan sebab zaman dulu tak ade teknologi canggih. Bukan mudah nak dapat gelaran tu. Tokoh-tokoh yang hebat.

    ReplyDelete
  8. Sy kagum betul dengan orang dulu² yg pandai² ni la lagi² kalau mereka dari golongan susah. Tapi, doktor dulu² lagi nampak kan ketokohan dia tu.

    ReplyDelete