Alhamdulillah dah hari ke 2. Malam tidur tak lena sebab malam pertama kan. Pukul 4 dah jaga. Terus siap Dan turun untuk aktiviti hari ke 2.
Ni yang aku ambil. Ada Kentang ada beans ada sayuran. Scrumble egg pun ado.
Tapi cruissont dia sedap. Bila dah habis ganti baru panas lagi. Roti Bakar pun ada tapi makan ni pun dah Kenyang. Calit dgn cheese. Lepas tu ada mix juices aduhaiii sedapnya. Aku bawak tumbler lepas tu Tanya staff cafe boleh tak isi banyak dalam tumbler untuk aku bawak jalan. Dia kata boleh jadi setiap hari aku top up. Layan mix juices je tiap hari kecuali hari sabtu sebab pagi lagi dah kuar jalan.
*Caversham & City Tour*
🕌 *4:25AM* Subuh
🍽️ *6:30AM* Breakfast at hotel (until 8:00am)
👥 *8:00AM* Kumpul at lobby
🚌 *8:15AM* Swan Valley (Visit Caversham Wildlife Park)
🚌 *11:15AM* Visit Margaret River Chocolate Factory & Windurra Honey
🍽️ Lunch at Charco’s Huntingdale
🌷 Araluen Botanic Park
🏨 *3:30PM* Return to hotel
🍽️ *7:00PM* Dinner
Kalau ikut itinari ni pi Araluen Botanic Park. Tapi pi ladang strawberry ko. Best sangat.
Tepi hotel tapi ada cermin aku ambil gambo depa dah kumpul ramai depan hotel siap ambil gambo lagi.
Masa ni kak nong dah kat depan hotel. Jumpa Kak raja dari perak dan kak ani dari klang. Depa ni memang best. Sebab boleh jadi group mesyuarat tingkap ko. Hahaha tapi Kak Raja tu memang best dan kelakor.
Masa masuk kawasan Caversham wildlife Park nampak pulak kereta terbang. Tesla dah testing kereta terbang dia setelah bertahun tertangguh.
Masuk sini sebenarnya banyak gambo tu yang jenuh nak letak satu satu dlm draft. Kita tak reti nak comply kan gambo banyak dalam satu set. Huhuhu
Masa ni orang ramai kat Booth ticket tapi group kita org rafis dah kautim dengan staf jadi lalu pintu lain. Jadi masa peluk koala takde orang kacau kita org. Lepas tu baru ramai depa masuk.
Masuk je ada koala besar sangat. Rafis suruh kita org masuk cepat. Nanti last boleh posing kat koala terbesar ni.
Koala ni asyik tidur je. Nak pegang pun kena ada cara juga tapi hang memang comel sokmo. Rasa nak gomol je. Hahaha. Bawak balik boleh ada kang yang kena denda dan tinggal.
Hahaha kanak remaja purba pun nak posing juga. Eleh suka hati aku yang penting posing. Hang kutuk aku... Nanti tanak tawan.
Ni kandang lain. Eleh kunun malu ye bila nampak ramai orang tenguk dia. Ke hang merajuk koala. Hehehe. Pemalu sokmo asyik tidur makan tidur makan tapi awat hang comel sokmo.
Sekeliling park dia aku dan kak nong geram tenguk bunga dan pokok bunga warna merah. Nanti aku tepek semua bunga dalam n3 ya. Ni kalau letak sini habisle gambo binatang tercicir lah pulak.
Staff bagi makanan suruh letak tapak tangan dan sua kat mulut dia. Nanti dia makan. Geli juga bila kena mulut dia. Ko jangan ngences kat tangan aku kangaroo. Naya pak kasi kang.
Kawasan yang penuh dengan kangaroo.
Hah selalu tenguk 4 kaki ni jadi 2 pulak. Dah jadi samseng kampung dusun ke.. Selalu rebut gerlfren ek
Lepas pi tenguk kanggaro tenguk show pukul 10. Sebab tu Rafis asyik suruh cepat je sebab tak mahu miss time show pukul 10pagi.
Cantik kan bunga merah atas tu.
Masa mula masuk aku duduk area bawah dan depan dgn kak nong sekali bila show dah start tiber ada anjing. Anjing ni khas jaga kambing biri2. Dia tunjuk le camne anjing tu kejor sheep tu masuk kandang.
Masa mula masuk aku duduk area bawah dan depan dgn kak nong sekali bila show dah start tiber ada anjing. Anjing ni khas jaga kambing biri2. Dia tunjuk le camne anjing tu kejor sheep tu masuk kandang.
Bila anjing masuk depa semua naik ke atas tinggal aku sorang. Lepas tu ramai pulak masuk dan duduk dengan aku kat depan.
Dia cerita tentang perusahaan sheep Dan bagaimana bila musim memes in bulu tiba. Apa peralatan yang digunakan Dan Macam2 lah lagi. Ada show juga bagaimana menjaga sheep yang banyak di ladang yang luas.
Show bagaimana mesin bulu sheep. Sheep tu sonyap jo bila kena mesin bulu dia. Bila dah siap alhaiiii keding rupanya ko sheep.
Barisan sheep yg belum di mesin dgn sekor yang dah togel. Tak malu yek nampak body. Aurat tu sheep. Hehehe
Lepas tu di panggil budak2. Di kasi susu botol. Tak lama kemudian baby sheep datang. Ya Allah menonjol nonjol susu botol kat tangan budak tu. Haus sungguh. Bila habis dia balik semula ke kandang.
Akhirnya dapat posing dengan mu mama Koala.
Comel jew kangaroo di situ.
ReplyDeleteBiri-biri bila dah towel barulah nampak kurus cekeding kan.