Wednesday, October 14, 2026

Perth - Hari pertama sambungan

Assalamualaikum
Alhamdulillah dah balik Malaysia. Ingatkan nak up cerita semasa kejadian tapi nan ado ye. Balik hotel penat Dan besok nak pi lagi jenjalan. Insya Allah Slow2 aku citer ya sebab gambar banyak Dan pening nak letak yang mana. 

OK lepas jumpa kak raja tunggu lah dalam pukul 9 masuk boarding gate. Kenal pulak dengan kak ani. 

Rupanya gate 1 tu masuk untuk naik bas transit ke airplane. Jadi dalam pukul 9 lebih masuk. Baru lah nampak orang kastam scan beg. Aku punya sangkut kat handbag. Bila check balik rupanya eye shadow yg calit guna tangan je. Dia kata cam besi aku tunjuk le. 

Akhirnya lepas dan join semula dengan group. Bila sampai masa naik bas terus dia bawa ke airplane. Naik tangga ko cam naik air Asia. Hehehe
Naik bas transit. Jauh juga plane parking. 
Pertama kali naik Air Batik. Cam biasa bila nak jalan tunjuk ajar ku sifu eh bukan tunjuk ajar keselamatan. Aku punya tali pinggang memang kena extension belt. Opsss terlebih ukuran pinggang. Nyah tak runcing  ye gadang adalah. 
 Dalam beberapa jam perjalanan naik dapat le makan. Kiranya untuk lunch lah sebab sampai dalam pukul 4 gitu. Dapat nasi lemak. Nasi ciput tapi tadi dah sarapan meehoon OK lah. Geng hujung sebelah kak nong order Maggi kari. Tak cukup kenyang
Alhamdulillah 5 jam 55 minit sampai. Ada pengalaman yang mengerunkan masa nak landing. Dia punya jejak roda tu ya Allah menakutkan sungguh lepas tu bila plane laju sangat dia punya brek sampai kan aku punya kaki ikut brek sama. Brek angin gitu ingat naik keter ko. Fuh scary sungguh lah. 

Nasib sampai perth tak guna tangga kalau tak huhuhu. Dah sampai perth. 
Dia punya changgih semua guna sistem. Yang ni kena layan buat kalau tak tak lepas masuk dalam. Slip kuning tu dengan kad kedatangan disertakan bersama. 
Ambil luggage Dan jumpa pihak kastam. Mendebarkan sungguh. Sapa yang declare food line lain. Nasib baik kita orang tinggal semua cili sos lah rte food lah ikan bilis krispi lah sebab tak mahu kena bukak beg kena check. Jadi terus je line tak declare apa2. Kad kedatangan dengan slip kuning tadi dia ambil. 

Luas Airport dia. Jumpa tourist guide Rafis Di sini Dan terus pi ke tempat bas. 

Yeh perth aku datang. Cerah sikit mata setelah asyik berkabus je cuaca malaysia.
Bas kami akan naik sepanjang 5 hari. Pemandu wanita Maria Mendes eh takle Maria je aku tau. 
Cuaca mendung tapi OK lah Cerah mata tenguk kalau tak berkabus je
Nurin tour dari malaysia
Ini jadual waktu solat. Tenguk tu pukul 4 dah masuk subuh. Rupanya waktu Perth dengan Malaysia sama. Cuma waktu solat cepat. Jadi kul 6 dah gelap ko. Kul 8 dah boleh tidur lepas isyak. 
Alhamdulillah dah sampai hotel. Hotel mercure. Nurin dah beri kunci dalam bas jadi terus je cari bilik. Kat lift kena scan kad Dan pilih tingkat berapa. Kita orang bilik 601.
Tadaaaa besor ko. Kat hujung tu tempat letak beg pungah baju nak pakai besoknya Dan tempat solat. 
Cepat2 solat jamak zohor Dan asar. Lepas tu magrib Dan isyak sebab kul 7 kena turun balik pi lunch. 

Masa ni kejadian tidak di ingini terjadi. Beg kak nong tak boleh bukak. Aduhaiiiiii mana nak cari cutter. Poning ooo poning. Aku citer dgn kak nong aku dah pernah alami lupa pin no kat kunci nasib baik boleh bukak sejak kejadian tu aku lock Mangga kat zip antara zip beg. Ni sekali kak nong yang kena. Gelabah habis ko tak kan pakai baju seminggu huhuhu. 

Lepas tu adapter aku tak boleh guna kena beli adapter baru lah. Aduhaiii itu yang penting sekali untuk charge phone Dan powerbank.

Tapi tak boleh fikir apa dah kul 7 kita orang pi makan dulu kut Perut dah Kenyang datang ilham macamana nak setel problem. 
Pi makan chicken parmagiama. 
Tempat makan malam. Lupa ambil gambar depan kedai. Dah lapar. Sedap chicken dia tapi salad tu masin kalau tak licin. Makanan kat Perth ni portion dia banyak tau. Sayang juga tak habis tapi tangki dah penuh. 

Citer dengan p3 anak kak raja tentang adapter. Dia pun sama jadi turun je bas lepas dinner terus pi cari kedai. Katanya ada kedai berdekatan hotel. 
Sampai hotel kita jalan cari convinience stor sebab universal charger aku tak boleh masuk. Ni nampak kedai India. Kedai Balti
Jumpa akhirnya. Pilih belek takut salah beli. Nasib baik jumpa.

Yg belah kanan adapter yang aku beli. Nasib baik boleh guna extension wayar tu. Yang tengah tu adapter universal yang aku guna. Tak boleh masuk sebab pin masuk dia kecil. Harga aud 15.99. Test kat bilik OK yahooo tak payah beli lain. Tapi kedai tu kata kalau tak boleh guna boleh pulangkan balik. 

Kak nong pinjam gunting orang hotel. Nak tunggu besok orang hotel tolong nak jalan pakai baju apa Hehehe. Alhamdulillah upil boleh bukak sikit jadi lah yang penting boleh korek baju dalamnya. 

Baru boleh tidur kalau tak pusing dong ah. Tapi malam pertama tak nyenyak tidur asyik terjaga. Entah apa le yang aku risau padahal tilam empuk je tu

Suasana malam Bandar perth. Gambar enche rafis yang bagi. 

No comments:

Post a Comment