*ITINERARY DAY 3*
*Full Lancelin Tour*
🕌 4:25AM Subuh
🍽️ 6:30AM Breakfast at hotel (Waktu breakfast 6:30AM - 8:15AM)
👥 8:15AM Kumpul di lobby
🚌 8:30AM Depart to Pinnacles & Lancelin Sand Dunes
🍽️ Picnic Lunch at Harold Park Lancelin
🕌 Solat Jama’ at Al- Majid Mosque
🍽️ 5:30PM Dinner at Belmont Kebab & Pizza
📌 Reminder
- Sila pakaian yang sesuai sekiranya ingin sewa sand board (seluar, kasut, etc.)
- Esok kita akan solat Jama’ (Zohor-Asar) di masjid. Boleh bawa kelengkapan solat terus seperti telekung.
- Jangan lupa charge wifi pocket, phone, powerbank, barang eletronik yang lain.
- Sila pastikan passport & barang berharga disimpan dengan baik. Tak perlu untuk bawa passport semasa aktiviti.
Assalamualaikum
Aduhaiii hari ke 3 baru nak up citer. Kali ni awal sikit sebab nak pergi tempat jauh. Bawa telekung sekali sebab tak sempat sampai hotel seperti semalam.
Sarapan pulak macam biasa. Lupa ambil gambo tapi ingat tapau air jus dan croissant sedap. Wajib tu. Hehehe
Perjalanan jauh tak ingat sampai pukul berapa. Tapi berhampiran dengan laut.
About Pinnacles Desert
Pinnacles Desert, a striking natural wonder nestled within Nambung National Park in Western Australia, enchants visitors with its surreal landscapes. This unique desert showcases limestone formations, known as pinnacles, rising dramatically from the golden sands. Standing like ancient sentinels, these weathered pillars reach heights of up to five meters, creating an otherworldly scene.
Formed over thousands of years through the erosion of seashells, the Pinnacles Desert unfolds across vast expanses, offering an immersive experience of the natural forces shaping our planet. The park’s diverse ecosystems also harbor an array of wildlife, including emus and kangaroos, providing a captivating blend of geological wonders and Australian biodiversity.
As one explores the desert’s labyrinthine trails, the juxtaposition of the eerie pinnacles against the vivid sky paints an unforgettable tableau. Recognized for its geological significance, the Pinnacles Desert invites adventurers to delve into the mysteries of time and nature, making it a must-visit destination in Australia.
Kalau ikut cerita Rafis tempat ni dulu lautan. Tapi entah berpuluh tahun kejadian dia air laut kering dan terhasil lah kejadian yang begitu unik sekali.
Tak dapat bayangkan waktu dulu macamana ek. Sebab pantai dengan tempat kejadian yang kami pergi ni jauh juga. Tapi dalam bas nampak juga sayup lautan nun di sana.
SubhanAllah kebesaran Allah yang menjadi kan rupa bumi macam tu.
Kawasan dia besar dan ada juga yang naik jeep tapi kena bayar lebih lah. Kita orang turun dan jalan slow slow sebelum sampai tempat yang di tuju.
Yang geram tu banyak juga bunga sedang berkembang.
Orang dah ke depan aku dok ralit ambil gambar bunga sambil jalan lenggang kangkung. Ala ode ode lembu patah tanduk eh.. Tersasul plak nyanyi sambil lenggang kangkung. Hehehe
hah tenguk le ni macam nak terjebur dalam rangkulan pokok bunga. Biasakle aku ni pantang nampak pokok bunga berkembang.
Depan aku ada sepasang suami isteri. Suami tukang ambil kan gambo isterinya. Banyak juga posing. Sekali aku tunjuk le posisi yang cantik bila ambil gambo.
Lepas tu aku cakap kat isteri dia kita ni selalu ambil gambo orang lain cantik tapi bila orang ambil gambo kita huh ala kadar je. Isteri dia tu cepat2 setuju kata aku. Suami dia bengang je bila aku cakap cam tu. Adehhhh lupa plak tanya nama couple tu. Lupa plak ambil gambo candid pasangan tersebut.
Bagus juga peringatan yang di beri agar dapat terpelihara tempat tersebut.
Semakin dekat tapi bila belek kamera eh mana lagi gambo. Rupanya time posing guna phone kak nong dgn nurin. OK kita gembur balik gambar lain.
Yang bertiga depan tu anak beranak. Hah couple belakang tu yang aku citer tadi. Tapi yang sweet tu suami dia layan je kerenah isteri dia. Sweet lah kan.
Pasir dia halus gebu. Macam je sebab aku tak rasa pun pasir tu eh pegang. Ade pulak main rasa rasa pasir. Lapor ke gamaknya.
Yang lain tak nampak bayang dah naik ke atas kut. Kita orang tak berani pi jauh takut nanti lambat pulang ke sarang eh ke bas. Aku kan jalan slow depa jalan laju bagaikan arnab dengan kura2. Hah gitu le kaedahnya.
Sekali masa aku dengan kak nong berposing datang minah saleh tegur kita orang. Nama dia Helen datang dengan famili dari Melbourne rasanya.
Apa lagi sakan aku berpeluk posing dengan dia. Tapi dia macam cuak juga bila aku peluk kuat.
Hah macam ni aku peluk. Mau tak minah saleh tu cuak. Ya lah entah sapa2 tiber peluk kuat camtu padahal pertama kali gitu. Aku bukan apa nak tunjuk kan betapa harmoninya org mesia sampai posing peluk sakan camtu.Nasib baik Helen sporting.
Gambar yang nurin share jadi kecil napa ye. Ni gambar Awin dan suami. Awin orang batu pahat dan suami dia kerja kat kerteh orang tganu. Orang minyak gaji besor. Kak nong citer Awin beli kasut mahal kat Perth tapi berbaloi sebab kat mesia mahal harga dia.
Awin rajin join kita orang bila 3 geng bersembang.
Yang ni pun kaki travel ni. Kaki posing pun ya. Masa dalam flight pergi si Dirah yg baju hijau tu senyap je sebelah kak nong. Tapi lepas kejadian aku posing tak ingat dunia lepas ni rajin dia tegur aku. Tang tu nanti aku citer.
Ini Amer. Student di University di cyber Jaya. Macam hero citer korea kan. Tinggi tau. Mak dia comel je. Mak ngah dia tak pernah nak menegur kita org tapi mak amer ni peramah juga. Selalu terdengar mak dia mencari amer sebab amer kadang jalan sorang2.
Bila belek gambar takde gambar group ramai masa kat sini sebab masing2 dah ke mana tak tahu dan tak nampak. Oleh kerana aku Dan kak nong dah puas kat situ terus je balik semula ke tempat bas tapi belok ke kanan sebab ada tempat atau macam galeri kecil tentang tempat ini.
Galeri dia kecil je. Lepas tu kat luar ada tempat shopping souvenir. Masa ni aku jumpa sabun buatan local. Best sebab ada macam2 campuran bauan Dan sabun dia padat. Harga dia offer 3 buku 15aud. Aku dah pegang dan kemudian cari keychain. Sedang belek keychain Rafis nampak aku pegang sabun. Dia kata kat Fremantle boleh dapat murah. Jadi aku pun pulang balik sabun tu kat tempat dia lepas tu baru nak bayar keychain yang aku dah pilih. Bila cari kak nong rupanya kak nong dah bayar. Ya sudah.
Selesai semua kita orang baik bas pi tempat lain pulak.
No comments:
Post a Comment