Monday, October 16, 2017

Kedai Makan Denor Cafe, Alor Star


Assalamualaikum,

Hah sambung semula cerita kat Alor Star. 

 Bila dah borong sakan kat Pekan Rabu, kita orang pun balik tapi sebab belum makan tengahari Driver Ijad bawa kita orang tempat makan sedap. Denor Cafe yang menjual nasi campur dan Ikan bakar. Masuk ke kedai....ramai orang sedang memilih makanan. Kita orang pun jadi teruja tenguk ikan bakar dia......nampak sedap beb. Kita orang konvoi 2 kenderaan, Pajero Ijad bawa Encik Rusli, Kuchai dan Bob. Manakala Driver Azmi bawa aku, Liza dan Kak Gayah. Terpaksa ambil 2 transport sebab bawa barang banyak.  

                   Hah nampak tu. Pelbagai jenis ikan bakar ada terjual. Yang tak tahan tu tenguk ikan keli dia besar-besar, dengan kuah percik fuh....telan air liur tenguk.

Masa mula-mula tenguk makanan pelbagai jenis, Liza bisik-bisik kat aku nak share ikan Keli bakar tu. Aku kata ok je sebab rasanya aku cuma nak rasa ikan bakar dia je taknak makan nasi. Tapi akhirnya Liza tak jadi share, dia ambil seketul ikan manakala aku tala 2 ekor ikan dengan ayam.

                      Macam-macam jenis ikan bakar yang terdapat. Ayam bakar percik pun ado.


                     Selain daripada Ikan bakar ada juga masakan lain. Aku nampak pajeri Terung, kalau banyak lagi rasanya memang aku ambil tapi sebab tinggal 2 ketul...terus tak jadilah.

         Hah tenguk tu Ikan keli bakar dia....emmmm Besor ko....masa ni sedang pilih nak makan ikan apa?

 
               Orang ramai sungguh masa ni tak cukup ruangan nak membelek makanan yang ada.

                 Ulam-ulaman pun ado. Sambal asam dia pergghhhh jempul memang sedap

     Akhirnya pilih punya pilih aku ambil ikan keli bakar, ikan kembung bakar dan Ayam percik. Terdapat juga air sirap yang sedap. Boleh ulang-ulang minum sebab kata Liza free. Kalau order air special mungkin kena bayar. Ni nak tau berapa harganya. RM 11 je tau. Murah sungguh.

Nampak tu punya banyak air asam aku kaut dengan tomato dan bawang....perghhh Ikan keli dia emmm memang sedap hingga menjilat jari. Tamak ambil yang besar. Dengan daging ikan yang lembut lah dengan kuah percik dia yang sedap lah. Licin aku makan. hahahahaha tak payah lauk lain. Belasah ikan 2 jenis dan ayam seketul dah konyang.

                        Tenguk tu orang datang tak putus-putus. Ada je pelanggan baru.


       Hah tenguk tu Ikan keli berderet-deret di bakar. Rupa-rupanya bakar dulu Ikan keli tu. Lepas ikan dah masak baru dia salut kuah percik. Sebesen ko kuah percik dia.

  Selesai makan dengan hati yang puas sambil teringat-ingat kelazatan Ikan keli bakar dia, kita orang pun teruskan perjalanan balik Putrajaya. Masuk van, dah kenyang, lepas tu hujan dalam perjalanan apa lagi sedap le kita orang ngorok. hahahahaha Kalau keluar suara berdengkur emmmm layan je lah telinga ye.

  Kita orang berhenti kat R n R Tapah, buang air, solat lepas tu beli air, sambung semula perjalanan dan sampai KL pukul 6 lebih. Oleh kerana hari Jumaat, selalunya traffik memang berganda jemnya, Encik Azmi driver Bhg Khidmat Pengurusan jenuh lah cari jalan alternatif, cilok sana cilok sini, ada sekali tu  terlalu pulak Jirat cina kat Sg Besi, seram rasa hati sebab jalannya sunyi. Bila dapat lepaskan diri masuk MEP fuh lega, akhirnya sampai Putrajaya pukul 8 lebih. Alhamdulillah selamat sampai rumah pukul 9.30 malam.      

4 comments:

  1. Next time kalau p Alor Setar boleh singgah ni. Terliur pagi-pagi tengok ikan keli bakar. Favourite tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sal....wajib singgah sedap sangat sampai sekarang akak dok teringat-ingat...dah lah sedap lepas tu murah lagi

      Delete
  2. Replies
    1. Anak ikan pari ikan tuka di bakar pun sodap

      Delete