Monday, July 23, 2012

Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak



Assalamualaikum semua.

   Wah dah masuk hari ke 3 kan kita berpuasa. Sekejap je dah 3 hari. Tapi sempat lagi lah nak mengucapkan selamat berpuasa pada semua sahabat handai-taulan yang mengenali saya. Semuga puasa kita sebulan ini mengandungi barakah dan bukannya hanya penat berpuasa tanpa mendapat pahala puasa. Apa pun semuga bertambah amal ibadah di bulan yang mulia ini. Amin.

  Seminggu out station di Terengganu 4 hari lepas tu balik je hari Khamis malam sampai rumah, pagi Jumaat terus ke Cameron Highland pulak huh sungguh terasa penatnya. Nasib baik hari Jumaat ke Cameron Highland tu memang aku nak pergi jadi selepas selesai membuat pemantauan di Hospital habis juga pada pukul 3 lebeh. Sempat lagi tu merisik tentang Dr Fahmi Shukur atau nama penanya Hafiez emm ingat-ingat lupa nicknamenya tapi dia peminat Hlovate. Rupanya Dr Fahmi bercuti menjenguk isterinya di Perak. Dan oleh kerana hari Sabtu di isytiharkan bermulanya Awal Ramadan jadi bila balik KL memang jem lah. Ramai yang balik utara nak menyambut awal Ramadan di kampung. Dan yang peliknya ramai juga yang masuk KL sebab kat hentian Tol Jalan Duta jem. Alamatnya aku sampai rumah dah pukul 8 lebeh. Sempat juga singgah di Kea Farm beli strawberry, sayuran, buahan, keledek. Singgah di Cameron Valley kebun teh beli lah teh perisa strawberry. Ada satu paket dalam Rm 9 lebeh mengandungi teh dengan pelbagai perisa buah-buahan. Aku dah rasa 1 yang perisa limau manis. Emmm not bad juga lah. Selalu aku beli perisa starawberry nak cuba perisa lain pulak. Apa pun kopak juga ler kat Cameron Highland. Almaklum ler dah lama tak pergi dah banyak berubah. Nanti nak buat projek ler hujung tahun ni nak ajak kak Jal pergi jenjalan. Hari tu macam kak Jal ada bercerita nak pergi Cameron Highland. Huh cadangan baik tu. Kena panjangkan lah hujung tahun ni. Apa pun Cameron Highland tunggu saya ya. Nak bersantai pulak di Tanah Tinggi cameron Highland sambil petik teh. hehehe

Wednesday, July 11, 2012

Wordless wednesday 3


Yeh dapat jalan-jalan cari pasal di Shenzhen, Hongkong dan Guangzhou 6 hari 5 malam sungguh menyeronokkan. Cerita lanjut nanti ya sebab kena outstation mengelilingi Pahang nak selesaikan kerja sebelum puasa. Lepas tu minggu depan kena pergi Terengganu emmmm busy sokmo ni.


Monday, June 25, 2012

Jenjalan Korea 2008 Bhg 2

Ni model kawasan tempat bermain ski.

Ok kita sambung balik bahagian ke2. Selepas selesai di pasar ikan, kami terus mendaki ke pergunungan sebab besoknya nak main ski. Kami di bawa ke Hotel Q. Masa kami sampai hari dah malam dan salji baru turun sedikit. Cuaca di luar emmmm memang sejuk lah.

Kali ni dapat makan nasi goreng tapi kimci memang wajib ada. Setelah 2 hari dah suka kimci ikan bilis dan kobis tu ok lah juga. 

Yeh dah ado salji. Tapi burrrrrr angin kuat tak leh lama-lama posing. Seronok main salji macam pasir putih.

Sarapan kat Hotel Q kira eksclusif lah almaklumlah ramai pelancong yang datang. Dah sedia nak main ski ni.

                                                        Layan salji dulu huhuhu

Epal merah begitu mengiurkan 

Sekeliling hotel dah penuh dengan salji yang turun  malamnya dengan lebatnya. Masa kita orang sampai petang tu sebenarnya salji belum banyak. Tapi semasa selepas makan malam dan sebelum masuk bilik kita orang jalan dulu dan masa tu nampak salji turun bagai hujan renyai-renyai. Seronok kita orang berdua walaupun tak tahan dengan angin yang sejuk. hehehe nampak sungguh jakun kan.  

Aku dan wan

Huh sungguh susah sungguh nak pakai baju untuk ski bagi skala besar macam aku ni. Almaklumle orang korea kan kecil2. Tapi sebab pertama kali cari juga baju yang boleh muat walaupun kira dah size besar dan sendat sebab seluar tu hanya pass masuk tapi tak boleh tug in dalam kasut ski. Tak pe lah janji aku boleh melaram pakai pakaian ski walaupun tak ado size sesuai. hehehe. Posing pun jadilah ye walaupun nak gerakkan kasut ski tu huh jenuh tak bergerak2. Sebelum main kami diajar macamana nak gerakkan kasut ski tersebut.  
Kawasannya tak jauh nun naik ke atas tu dan zoom turun ke bawah. Oleh kerana tempat tu curam  disediakan jaring di tepinya  takut orang terbabas. Kereta kabel turun kebawah ada tapi tak jalan. Tak tahu kenapa.

Ada gaya pemain ski tak? Huh gaya je lebeh meluncur pun tak gerak. hahahahaha

Semua beriya-iya nak meluncur. Ada yang terjatuh lah ada yang tak gerak lah dan macam-macam gaya. Apa pun sepagi bermain ski oklah. Janji dapat main salji.

Ni macam bunga kobis tapi rupanya bunga. Cantik bila banyak terdapat ditanam di tepian jalan. Bila Banyak-banyak dan sewarna ditanam cantik tau.

Selepas checkout hotel dan nak turun ke seoul pula kami singgah pula di  factory outlet. Macam Factory outlet kat Johor tu hah apa kenamanya. Tempat pelbagai barangan jenama pelbagai jenis boleh didapati. Aku dan wan cuma berjalan saje , nak beli huh duit won mahal beb 2 kali ganda duit kita jadi jenjalan cuci mata je lah.

Ambil nama je lah hahahaha.

Legoland. Hah johor nanti ado. Jom pi Johor.

Berpeluk dengan wan sebab sejuk. hahahaha jangan fikir bukan-bukan ya. 

Ni lunch kita orang. Tak ingat apa tapi rasanya fish n chip. Dapat air kopi panas-panas emmm sedapnya.

                                        Lepas tu kita orang pergi belajar macamana nak buat kimci.

                                                    Tadaaaa jadi dah kimci kita orang. Yummy 

  Lepas tu kita orang mencuba memakai pakaian tradisonal rakyat korea dan bergambar beramai-ramai.

  Chewah lupa siapa nama opismate wan yang lelaki tu dah macam raja korea dengan gundiknya. Ajeee

   Ikutkan jadual  kita orang pergi ladang buah strawberry tau petik buah tapi sebab lama kat factory outlet lepas tu bila sampai kat perkampungan buat kimchi tu dah nak malam. Bila dah buat kimchi lepas tu posing gambar pakaian tradisional lagi dah tentu lah dah malam. Jadi oleh kerana tak dapat petik strawberry agent Apple Tour tu dah lupa siapa namanya kalau agent tour di korea tu aku ingat Mr Park. Dia bagi beberapa pack bungkus strawberry untuk di rasa. Ya allah sedapnya dah lah besar buahnya lepas tu juicy sungguh. kalau gigit tu meleleh jusnya di tepi bibir. hehehehe berdrama sungguh aku. Tapi memang sedap strawberry korea. Manis bersari. Tapi huh mahal. Tak ingat satu pack tu di jual berapa won. Oleh kerana cap pangkah (free) memang ler sedap hahahahaha.

Akhirnya sampai bandar seoul. Depan hotel casaville dimana kaunter pendaftaran hotel di tingkat atas sekali dan hanya bilik untuk tidor je tiada tempat makan. Kita orang makan di luar je dengan tempat best-best. Ok sambung bhg 3


Jenjalan Korea 2008 Bhg 1


Assalamualaikum semua. Nak flashback balik kenangan semasa pertama kali jejak kaki pi korea. Masa ni aku ikut wan bila Opis dia buat tour jenjalan satu opis pi korea bersama keluarga masing-masing. Dalam trip tu hanya aku dan wan je muslim yang lain semua cina. Depa pakai pakage Apple tour. Memang mahal  harganya sebab hotel dan tempat yang kami pergi semuanya class-class sebab kata wan  boss dia memang nak rehat sambil makan, tak kira mahal asalkan makan best, tempat pun best, janji berbaloi-baloi pergi sesekali. Bila wan ajak aku apa lagi  nak jelah  sebab memang my dream nak pi korea sejak terjatuh cintan dengan Kdrama iaitu winter sonata. Jadi pi time musim winter sambil mengimbau kenangan citer winter sonata. Tapi ya ampun pegi time winter sejuk ya amat sampai ke tulang kering gitu. Walau orang kata orang macam aku ni banyak lemak tak rasa sejuk tapi tak boleh cakap memang teramat-amat sejuk bawah 0 darjah celsius beb. Tak boleh tahan apa lagi bila ada angin lagi lah gigilllllll. Keluar je dari airport Incheon terus angin dingin menyapa sampai ke tulang kering. Cepat-cepat naik bas sebab dalam bas ada heater. Baru rasa panas sikit sambil menikmati pemandangan sekitar bandar seoul.

Hari pertama kami sampai terus pi makan. Hah ni ler pertama kali belajar pakai chopstick. Macam makanan kat atas tu periuk besar tu digaul mee serta sup dan makan panas-panas. Sambil makan dengan kimci. Pertama kali makan kimci emmm ok lah. Tapi kimci ikan bilis kami ratah sampai habis. Sejuk-sejuk lapor perut.

Tempat pertama pergi ialah studio MBC dimana tempat pengambaran Dae Jang Geum atau Jewel in the Palace. Best cite klasik zaman dulu-dulu ni. Seronok tenguk dia menata hias seni hidangan.

Macam pergi tempat shoting drama zaman korea. Tenguk reban ayam huh klasik sungguh.

Pelakon Hero dan heroin yang sweet bila mereka bercinta.

  Selepas tu kami pergi Nami Island dimana lokasi Drama Winter Sonata di jalankan. Setelah Drama tersebut menjadi femes Nami Island telah dijadikan lokasi pelancongan sebab dek kerana Winter Sonata orang semua nak pi Nami Island. Tenguk pohon yang berderetan yang begitu cantik. Kalau nak tahu macamana rupa kena tenguk Winter Sonata. Anda akan terpesona melihat keindahan lokasi tersebut.

Ada unggun api dapat lah memanaskan badan sekejap.

Timbunan salji ais yang terbentuk


Hari Kedua kita orang pergi ke Mount Seorak. Tapi sebab dah musim sejuk pemandangan sekelilingnya tak berapa best sangat. Sebab daun dah gugur. Kalau tenguk musim autumn memang cantik bila daun-daun pokok disekeliling mount Seorak ni bertukar warna sebelum menjadi gondol. hehehehe 
Depan tugu Seoraksan National Park. Emm pasai apa Beruang jadi tugu ek.

Setiap hari makan memang penuh meja. Samada boleh masuk atau tidak je tekak ni.

Lepas tu kami pergi ke pasar basah. Menjual makanan laut segar-segar dari laut. Ikan, sotong dan macam-macam jenis yang tak penah nampak pun ada. Dia ada yang segar2 dihiris terus dimakan. Samada di cecah dengan arak atau ada lah sos yang disediakan tak pasti pulak sosnya macamana. 

Makanan hasil bahan laut.

Segar-segar dari laut semuanya.

Sempat lagi tu posing dengan polis Korea. hehehehe


Pelbagai jenis hidupan laut di jual. Meriah sungguh pasar tersebut. Tenguk ikan segar kalau boleh bakar sedapnya.

Ok kita sambung bhg 2


Layan bunga Ros pulak ya

    Assalamualaikum semua. Ok hari tu kita dah layan orkid kan jadi kali ni  kita layan bunga ros atau nama klasiknya bunga mawar. Macam lagu Alleycats sekuntum mawar merah sebuah puisi di bulan Februari.... hehehe nak berjiwang karats lah pulak tapi tak kena time sebab  dah bulan Jun , kalau bulan februari tu ok kut sebab mawar merah ni  ianya sinonim dengan hari kekasih. hah masa tu mencanak harga sekuntum bunga mawar. emmmm agaknya tukang tanam bunga Ros ni yang dok mencanang hari kekasih ni kut sebab boleh lakukan dan lariskan jualan bunga ros mereka. Agak aku lah ya sebab takan le tak leh guna bunga lain selain daripada bunga ros.

  Pada Floria tahun lepas tema pada kali ini ialah bunga Mawar atau Bunga Ros. Nama saintifiknya aku tak tahu ye kengkawan, hangpa goggle ler sendiri ek. Masa pergi Cameron Highland dulu pergi lah kat valley Bunga Ros tapi kita orang terlambat sampai sebab dah petang dah tutup pagar tapi dapat ler juga nampak dari celah jaring bunga-bunga berkembangan. Huh cantik dan wangi sungguh. Dan masa kat Floria ni di buat satu kawasan ditanam semua jenis bunga Ros. Alkisahnya rupanya banyak jenis ye. Ada yang kecil dan ada yang besar. Tapi selalunya warna merah. Warna putih dan kuning ada juga tapi tak banyak. Tapi kalau kat obersea terutamanya tempat 4 musim atau udaranya sejuk huh memang bunga mawar dia besar-besar, hish geram sungguh, rasa nak gomol-gomol je tapi sayang dapat cium bau je. Masa aku kat UK sempat juga pi Regents Park dan ada kawasan bunga ros tapi masa tu dah tinggal sedikit sebab dah banyak yang gugur sebab dah nak masuk musim autumn. Kalau musim bunga huh memang agaknya aku terus tergam kat tepi pokok dia kut dok ralit tenguk bunga mawar yang berkembang mekar. Aduhaiiiiiiii Ok. Kita layan bunga ros ye. Huh sekejap bunga ros sekejap bunga mawar tapi kesimpulannya sama ya. hehehehe 


Jenis ni cantik sebab warna merah sedikit di hujung bunga. Tapi kelopak dah relai ni


Yang ni jenis kecil

Yang ni pun sama


Species kuning yang tak banyak jenis

Mawar merah buat mama.

Kawasan yang disediakan untuk pelbagai jenis bunga Ros.