Thursday, June 2, 2016

Floria 2016 - Bonsai dan Kemboja



Assalamualaikum,

Wah rajin bebenor letak entry pasal bunga. Boleh buat tajuk tertentu lah pulak ya. hehehehe. Takpe layan je mata memandang ya.

Selain daripada pertandingan gubahan dan lanskap terdapat juga pertandingan Bonsai. Fuh cantik dan mahal ko. Cuma lanskap pada tahun ni macam kureng cantik. Tahun lepas serata tepi tasik tu, lanskapnya cantik-cantik. Bila malam dengan lampu memang menawan lah pemandangan di tepian tasik. Kali ini macam tak banyak peserta yang ambil bahagian.  


Floria 2016 - Bunga-bunga Kekwa pelbagai warna



Assalamualaikum,

Cerita pasal Floria lagi. hehehehe tengah seronok melihat bunga berkembang jadi nak share dengan semua. Bagi cuci mata kasi berwarna warni gitu. Apa pun enjoy.


Floria 2016 - Deko recycle



Assalamualaikum,

wah cerita pasal Floria tak habis lagi ko. Hehehehehe sebab banyak sangat yang cantik. kali ini aku nak cerita tentang barang-barang terbuang yang telah di reka bentuk menjadi taman yang cantik. Yang ini ada pertandingan. Antara sekolah-sekolah. Aku tak ingat nama sekolah dan tak pasti samada sekolah area KL dan Putrajaya je ke atau seluruh Malaysia. Main click je kamera. Apa pun memang creatif pelajar-pelajar kita.


Floria 2016



Assalamualaikum,

Ada sesiapa dah pergi Royal Floria di Putrajaya? Ianya dah bermula hari Jumaat yang lepas iaitu 27 Mei 2016 dimana bermulanya cuti sekolah pertengahan tahun. Dan setelah balik kampung dan bercuti apa lagi terus ajak akak Jal kat Tangkak datang melihat dan mencuci mata.


Tuesday, May 24, 2016

Konvensyen Rekod Perubatan Hari 4




Assalamualaikum. Hari ini hari last di Langkawi. Cerita semalam boleh jenguk di sini

Sebelum pergi sarapan, siap kemas barang-barang buat kali terakhir. Pergi 1 beg balik 3 beg. Hahahaha macam le tak tahu kalau pi Langkawi memang beranak-pinak le beg. Siap bawa beg Anti maling sebagai spare. Padahal sebelum pergi taknak shopping sangat. Sekali hah ko beli coklat tak cukup tangan. Hari ni check out pukul 12. Flight pukul 2. Aku balik saing dengan Linda satu Flight. Manakala Kak Jue dan Effa balik petang.