Wednesday, November 10, 2021

KL - JB - Tumpat - KB - KL - Hari ke 2 kedai Makan kak Pah Abe Loh

 



Assalamualaikum,

Alhamdulillah dapat kereta sewa je apa lagi Iejay pun set waze. Katanya nak cari makan tapi kedai apa aku tak pasti masa tu. Jadi kita ikut je lah cik waze jalan-jalan ye. Sapa nak contact kereta sewa boleh call no ni 0 16-750 8833. Maaf lah lupa nak tanya iejay sapa nama tuannya. Tapi Iejay cari dalam FB 

                                          Ni nama dia dalam Fb Kereta sewa KB


Tempat yang kita orang  pergi ni dekat Pantai Sri Tujuh. Jadi sebelum sampai kedai nampak le juga laut belah kanan.

Pusing sana pusing sini akhirnya sampai lah tempat di tuju. Aku pun apa lagi lah sampai je cari meja dan terus tuju bilik air. Tak tahan nak terkucil....hehehehehe


Tu dia tenguk tu ulam-ulaman.... Sedap ni kalau yang suka lauk kampung. Rupanya kedai tu femes dengan Ikan Bekok. Mula-mula ingatkan ikan bekok ni ikan macam ikan siakap ke atau sejenis nama  ikan macam yang lainnya sebab aku pun tak pernah dengar ikan bekok. Tapi rupanya bukan.




Iejay dan Anim yang ambil lauk apa nak makan.



Tu dia lauk lunch kami. Ulam kampung. Masak singgang. Telur dadar dan Ikan Bekok gelama laut.  


cendol biasa tapi ada tapai ubi


Ikan bekok gelama laut. Macam ikan gurame kat Indon. 

Ikan tersebut rupanya macam ikan masin atau ikan kering  tapi kata Anim macam ikan pekasam tapi tak letak beras goreng cuma di rendam garam dan di jemur kering. Lepas tu di goreng. Jadi bila makan ada lah rasa masin tapi tak sekuat ikan masin biasa. Sedap juga layan dengan nasi panas dan ulaman kampung. 

Beza ikan bekok dengan ikan kering ialah dia direndam dengan garam dan di jemur selama 4 jam je jangan sampai kering. Jadi ikan tu bila di goreng takde le garing sangat ikannya. Masih tersa lembut ikan dan garamnya tidak terasa sangat. Sedap ko. Kawan aku kat Kelantan nampak status whatsup aku makan ikan bekok terus dia besoknya mencari ikan Bekok. Tapi kat Jeli lah. Ni kiranya ikan  yang speciality di Kelantan le sahaja. Tempat lain ada ke. aku tak jumpa sebab ni lah pertama kali makan Ikan Bekok.

Apa lagi bila lauk pauk tersedia di depan mata masing-masing pun makan dengan berselera sekali. Layan lauk singgang dengan terung didalamnya. Memang my peberet aku ni. Lepas tu ada lauk sayur masak lemak dengan terung didalamnya lagi le aku suka. Singgang tu ikan dia Anim tak makan emm aku le tukang perabiskan.

Lepas tu masa masuk ke kedai kami nampak cendol emmm panas-panas sedap layan. Ambil cendol biasa tapi didalamnya letak tapai ubi lah pulak. Anim tak makan tapai ubi. Aku pulak peberet ni. emm aku le tukang melantaknya. hahahahaha  


Hah tenguk le licin ko kita orang bertiga makan. harga semuanya dalam Rm36 sahaja. 


  Suasana didalam kedai makan. Masa sampai orang ramai dan lauk yang ada dah tak banyak sangat. Tapi bila dah nak balik dah nampak lengang pulak. Maklum le dah pukul 2 lebih. Time makan pun dah nak habis.

Selesai mengisi perut apa lagi.....jom pi Pengkalan Kubur tempat bebas cukai katanya tapi akhirnya kami kena cukai sebab tak reti nak sorok barang lontaran.....emmm nak buat camno redho le ye. 

 

Tuesday, November 9, 2021

Wordless Wednesday -Suntikan dos Booster

 




Assalamualaikum,

Pada 8hb November 2021 sehingga 11hb November 2021 telah diadakan suntikan vaksin Booster dose ketiga Pfizer bagi Staff KKM di Ibupejabat. Dewan serbaguna tingkat 8 telah dijadikan tempat pusat vaksin. 



Alhamdulillah dapat date pada 9hb pukul 12 tengahari. Dan pergi pada pukul 11 lebih. Orang tak ramai dan pada pukul 12 dah dapat suntikan.

Kesan selepas suntikan ialah sengal di tempat suntikan. Dengar sebelum ni ramai frontliner dapat simptom bengkak di ketiak. Manakala member opis aku Dd  bengkak tempat suntikan dan tengahari hari ke dua kesan allergic pula timbul. Bila badan dia semakin gatal dan nak mengaru je doktor kat opis suruh ke klinik dan DD terus je pergi klinik dan  maklumkan pada Mysejahtera.

Siapa yang dapat sinovac kena tunggu 3 bulan manakala yang dapat pfizer kena tunggu 6 bulan sebelum boleh di beri dos booster.

# jaga diri jaga keluarga
# kes baru semakin naik pulak naik sampai 6,000

Monday, November 8, 2021

KL - JB - Tumpat - KB - KL - Naik Keretapi Malam boleh baring kuak lentang

 

Masuk dalam tren terus menuju ke belakang....



Assalamualaikum,

Alhamdulillah bila turun dari eskalator je tren dah menunggu kami. Iejay terus cari coach dan lepas coach tempat makan barulah coach kami.  Masuk je eh tak ramai orang ke apa kami je yang bertiga. 

Friday, November 5, 2021

KL-JB-Tumpat-KB-KL - Hari 1 kena tinggal flight

 


Assalamualaikum,

Alhamdulillah lepas dah balik kampung dapat jalan-jalan cari makan. Kali ni pertama kali aku pi travel dengan Anim. Dengan Iejay dah beberapa kali. Tapi hari pertama lagi kami dah kena tinggal flight. Aduhaiiiii pagi-pagi dah haru biru jadinya.

Mula plan cuti jalan-jalan nak naik keretapi malam ni Iejay lah punya idea. Dia outstation  dengan opismate dia seminggu di JB.  Jadi hari sabtu petang boleh naik train ke Tumpat, lepas tu sewa kereta dan bermalam di Kota Bharu. Balik boleh naik flight. Keretapi tu naik petang dan sampai Tumpat tengaharinya. Kiranya malam tu bermalam dalam train lah. Itu mula-mula cadangan Iejay.

Tuesday, November 2, 2021