Monday, March 14, 2022

Program "Back to School " bersama YBMK KJ (Menteri Kesihatan Malaysia)

 



PROGRAM "BACK TO SCHOOL"
BERSAMA YBMK KHAIRY JAMALUDDIN😎

👨🏻🧕🏻 Terbuka kepada warga  kerja IPKKM, GRED 11-19 sahaja.
🙋🏻‍♂️🙋🏻‍♀️ Mempunyai anak-anak berusia 7 hingga 17 tahun pada tahun 2022.

📌Jika suami dan isteri merupakan warga kerja IPKKM, hanya SATU permohonan sahaja yang akan diterima dan layak diproses.

🔍Permohonan boleh dibuat melalui pautan  ini: 





ATAU melalui borang yang telah diedarkan kepada Ketua Jabatan masing-masing.

⚠️Tarikh tutup permohonan: Selewat-lewatnya atau pada 16 MAC 2022 (RABU) jam 12.30 tengah hari.

✅KEUTAMAAN akan diberikan kepada mereka yang HADIR pada hari SABTU, 19 MAC 2022.


Assalamualaikum,

Kalau ada sesiapa warga KKM yang nak berjumpa Menteri Kesihatan hah jom mai datang. Tapi ikut kreteria seperti di atas lah ya. Kena buat perdaftaran dulu lah ya. 


Monday, March 7, 2022

Selamat Hari Wanita Sedunia


Assalamualaikum,

Buat wanita di luar sana anda adalah begitu berharga. Sebab tu ada Hari Wanita Sedunia. eh Hari Bapa sedunia ada tak. Apa pun sayangilah semua wanita di dunia ini....tiada wanita maka suram lah dunia....hehehehe 

Apa pun aku bangga dilahirkan sebagai seorang wanita. Dan wanita yang paling aku sayangi sudah semestinya Aruah Mak aku serta semua kakak-kakak serta anakbuah aku yang perempuan. Tanpa kalian semua maka pincanglah hidup ku. Hidup Wanita. hehehe



Ya betul.....semua wanita di dunia ini adalah istimewa....jadi jagalah diri anda sekelian. Pancaroba hidup sekarang membuatkan aku kadang takut dengan cabaran buat anak-anak perempuan zaman sekarang. Mudahan kaum keluarga aku dijauhkan lah dari apa juga anasir jahat yang boleh memusnahkan zaman gemilang mereka sebagai seorang wanita. 

Tapi wanita tak asli macam Sajat tu hah tolak tepi ya. Perbuatan dia membuatkan nama wanita ini rosak je. Buat malu kaum wanita je.cheh

Buat semua wanita di malaysia anda begitu berharga. Caya lah......ewah ewah 

KL banjir kilat semalam

 


Assalamualaikum,

wah semalam petang dalam pukul 3 lebih aku tenguk putrajaya dah gelap rupanya kat KL dah hujan lebat dah dan air dah naik. Tu pun masa aku balik pukul 4.30 petang hujan masih turun tapi dah tak lebat sangat jadi aku pun terus redah hujan dan balik. Sekali dengar dalam radio banyak kawasan yang dinaiki air. 

Tenguk kat whatsapp anak buah aku dah risau kat aku kut sangkut dalam banjir tapi dek kerana balik rumah je terus mandi sebab kena hujan jadi tak perasan le gambar dalam whatsapp yang anak buah aku upload. Rupanya-rupanya banyak kawasan dah di naiki air terutamanya kat jalan kuchai lama. Highway NKVE juga. 

Tenguk gambar atas.....agaknya orang semua sedang sibuk bekerja tapi tak sedar air dah membanjiri parking lot kereta....aaduhaiiiiii habis lah kereta cari rezeki dah tengelam.



Yang ni lagi ler.....Allahuakbar. Kesiannya tuan punya kereta. 


Area KLCC....dengarnya laluan kat Masjid Syakirin KLCC pun katanya tengelam. 


Ada ternampak kat video yang dihantar kereta peronda polis pun sangkut dengan air yang cepat sampaikan pemandunya terpaksa naik ke bumbung untuk selamatkan diri.

 


Ini info yang aku dapat dalam whatsapp group. Ya Allah banyak sungguh tempat yang terkesan dek air banjir.


LOKASI DINAIKI AIR.

1. DARI ARAH BULATAN KG PANDAN MENGHALA KE JLN SULTAN ISMAIL. JLN BOLEH DILALUI TAPI PERGERAKAN KENDERAAN PERLAHAN.

2. AIR BERTAKONG BAWAH TEROWONG   JALAN TUN RAZAK , KENDERAAN BERGERAK PERLAHAN 

3. BAWAH  TEROWONG BULATAN CHERAS MENGHALA KE HUKM AIR BERTAKONG KEDUA DUA ARAH 

4. JALAN CHAN SHOW LIN DINAIKI AIR , JALAN TIDAK BOLEH DILALUI OLEH KENDERAAN

5. TEROWONG JALAN MAHARAJA LELA DITUTUP , KENDERAAN DILENCONGKAN KE JLN HANG TUAH

6. JALAN KIAPENG , JALAN RAJA CHULAN DAN JALAN RAJA LAUT BELAKANG BANGUNAN MARA

7. JLN DI MASJID AL –SYAKIRIN KLCC DI NAIKI AIR

8. JLN DANG WANGI 

9. JLN GENTING KLANG DI LENCONGKAN KE BULATAN PAHANG

10. TEROWONG BAWAH BULATAN PAHANG DI NAIKI AIR

11. BULATAN HISHAMUDDIN DI TUTUP

12. JLN KUCHING SUSUR NAIK KE BULATAN SEGAMBUT

13. JLN PARLIMEN KE BULATAN DATO ON

14. JLN SYED PUTRA HALA FEDERAL H/WAY

15. JLN TUN RAZAK HADAPAN SHELL  SEBELUM IJN

16.SUSUR TRAVERS KE JLN MAHAMERU.

17.TEROWONG SMART DITUTUP DIKEDUA-DUA ARAH.

18.HADAPAN NIRWANA KM13.2 ARAH UTARA BESRAYA.

19.JLN CHERAS BELAKANG SUNWAY VILO CITY

20.BAWAH BULATAN PAHANG .

21.JLN SULTAN ISMAIL HADAPAN HOTEL SHERATON.

22.JLN YAP KWAN SENG HALA JLN TUN RAZAK HADAPAN IBIS HOTEL.

23.JLN PINANG JLN KIA PENG.


Banjir di Pantai Timur baru nak surut , banjir kilat di Kuala Lumpur pula. Semuga semua rakyat Malaysia dilindungi dari segala musibah dan bencana.  AAmiin.


Sunday, March 6, 2022

Giveaway Buku Kereta Lembu Dari Melaka oleh www.fairusmamat.com

 



Assalamualaikum,

Rajin pulak aku hari ni nak join GA kawan-kawan. entah angin pus pus mana le yang menyerang tiba-tiba nak join GA. Tapi tujuan utamanya adalah menyokong usaha kawan-kawan. Tu ja. Jadi siapa yang masuk rumah aku hah boleh lah join GA encik Fairus ni. Usahawan muda d'sambal licious yang doknya di melaka negeri bersejarah.


1. Buat posting bertajuk Giveaway Buku Kereta Lembu Dari Melaka oleh www.fairusmamat.com

aku : sedang buat setelah expert buat SR punya GA....hehehehe

2. Muat naik gambar poster di atas ke entri anda dan buatkan link (backlink) ke entri ini.

aku: dah cuba dan jadi memang pergi ke rumah  tuan rumah bukan negara antah berantah aka pasir berdengung

3. Publish-kan posting anda dan tinggalkan komen links di entri ini.

aku: hah dah siap nanti aku publish

4. Terpulang pada anda untuk tulis apa-apa di entri giveaway ini.

aku: tertarik sebab ada tajuk kereta lembu. Almaklumle dolu-dolu pernah naik kereta lembu ...malahan ada nyanyiannya.....kereta lembu dari melaka di tarik pula oleh lembu perkasa....eh betul ke. Masa kereta lembu di komersial kan kat melaka dolu-dolu rasanya ada le aku naik dengan member ke takde cuma ingatan je pernah ingat bahawa dolu2 ada kereta lembu menarik pelancong sekeliling air keroh. Kalau tak silap lah emmm tahun bila aku dah lupa sebab tu aku kata dolu-dolu ianya macam satu bentuk komersial selain dari beca di kawasan pelancongan Melaka.  

5. (Pilihan) bantu tag 1, 2, atau seberapa orang teman blogger anda untuk turut menyertai giveaway ini. Maklumlah, saya ni berblog suam-suam kuku, takut tiada siapa sudi sertai. Tapi sekiranya seorang saja yang sertai, ia tetap pemenang.

aku: sapa -sapa yang masuk rumah aku aku tag dia.....hah sapa yang kena

Ok. Itulah sahaja syarat-syaratnya. Mudah bukan? Jadi, siapalah 2 orang yang bertuah untuk mendapat buku tersebut. Mungkin anda. Ya, anda yang sedang membaca entri ini.

Hadiah :
2 buah buku x 2 orang pemenang. (Pemenang dipilih melalui sistem cabutan bertuah yang terdapat dalam internet)

Tarikh :
Giveaway ini berlangsung bermula 24 Februari hingga 8 Mac 2022.

oittttt dah nak habis dateline ni....naik kereta lembu bila le masanya nak sampai melaka ni dik non oiiiiiii lain le kalau naik jet ke naik otromen ke memang laju berdezup sampai....zam zam ala kazam

Thursday, March 3, 2022

Jom Join Giveaway Syazni Rahim Blog Nak Masuk Tingkatan 1!



Assalamualaikum,

Wah lama dah tak join GA kengkawan. Hah ni tiba-tiba nak join lah. Mana tahu ada rezeki di 1hb bulan Syaaban ni. Apa pun sebenornya nak sokong kengkawan juga walaupun kadang aku ni tengelam timbul rumah kengkawan tapi apa pun kengkawan tetap di hati aku. chewahhhh bukan bodek ya tapi ikhlas di hati nurani ku. hehehehe


Ok tak susah meh jom join ikut step by step yang aku dah buat ni. Jom jom jom jom  heboh heboh eh


 1. Buat satu post entri bertajuk : Giveaway Syazni Rahim Blog Nak Masuk Tingkatan 1!

     aku :  Sedang dalam proses nak buat dan bila post je nanti ting siap doh.


2. Follow Blog Syazni Rahim. 

    aku : dah lama follow bila terjebak masuk rumah kawan yang lain.


3. Letak banner giveaway di atas dan backlink kan ke entri giveaway ini. Kalau tak dapat klik kanan (terutama yang menggunakan desktop), guna Snipping Tool ya!

   aku: mula-mula tak tahu camno backlink tu sekali klik sana klik sini emm tak tahu le jadi ke tak ni. Kalau klik banner pi rumah tuan tanah hah jadi le kalau ke negara antah berantah ampun ya tuan rumah. bab bab changgih manggih ni aku slow sikit belajor maklumle berkarat sikit ingatan hehehe


4. Kalau nak bagi panjang sikit, bolehlah ceritakan entry SR yang mana yang kalian paling ingat? Dan kenapa? (Tak wajib)

    aku: Maaf lah SR entry SR masih banyak tak hadam lagi almaklum le tengelam timbul        sekejap muncul sekejap hilang entah kemana....maaf le yang ni tak pasti mana best...tapi bila kata penulis hah yang ni aku bukak mata sikit almaklumle geng selalu penulis novel apa lagi kalau ulat buku. 

Rupa-rupanya bila belek-belek sidebar SR yang blog dia dah masuk tingkatan 1 aku pun belek le side bar rumah aku lorrrrrr hampir nak sama tahun cuma di hujung tahun je. wah diam tak diam dah nak 13 tahun rupanya blog aku. hehehe...dah tua rupanya eh cam ada idea je nak sambut anibersari kut. Itu nanti lah mungkin boleh jadi idea untuk kongsi rezeki ya. Insya Allah. Mana tahu tahun ni rezeki aku Allah mewahkan.  Aamiin.


5. Selepas selesai semua, bolehlah publish dan submit link entry kalian itu ke ruangan komen di entry giveaway ini.

     aku: hah dah siap nanti aku submit ya SR tunggu aku datang...yeh yeh yeh


6. Tarikh akhir untuk submit link penyertaan kalian ke ruangan komen entry giveaway ini adalah pada 20 Mac 2022!

     aku: hah apa lagi kengkawan meh jom join reramai....yolah weiiii



Bismillahirrahmanirrahim