Assalamualaikum,
wah semalam petang dalam pukul 3 lebih aku tenguk putrajaya dah gelap rupanya kat KL dah hujan lebat dah dan air dah naik. Tu pun masa aku balik pukul 4.30 petang hujan masih turun tapi dah tak lebat sangat jadi aku pun terus redah hujan dan balik. Sekali dengar dalam radio banyak kawasan yang dinaiki air.
Tenguk kat whatsapp anak buah aku dah risau kat aku kut sangkut dalam banjir tapi dek kerana balik rumah je terus mandi sebab kena hujan jadi tak perasan le gambar dalam whatsapp yang anak buah aku upload. Rupanya-rupanya banyak kawasan dah di naiki air terutamanya kat jalan kuchai lama. Highway NKVE juga.
Yang ni lagi ler.....Allahuakbar. Kesiannya tuan punya kereta.
Area KLCC....dengarnya laluan kat Masjid Syakirin KLCC pun katanya tengelam.
Ada ternampak kat video yang dihantar kereta peronda polis pun sangkut dengan air yang cepat sampaikan pemandunya terpaksa naik ke bumbung untuk selamatkan diri.
Ini info yang aku dapat dalam whatsapp group. Ya Allah banyak sungguh tempat yang terkesan dek air banjir.
LOKASI DINAIKI AIR.
1. DARI ARAH BULATAN KG PANDAN MENGHALA KE JLN SULTAN ISMAIL. JLN BOLEH DILALUI TAPI PERGERAKAN KENDERAAN PERLAHAN.
2. AIR BERTAKONG BAWAH TEROWONG JALAN TUN RAZAK , KENDERAAN BERGERAK PERLAHAN
3. BAWAH TEROWONG BULATAN CHERAS MENGHALA KE HUKM AIR BERTAKONG KEDUA DUA ARAH
4. JALAN CHAN SHOW LIN DINAIKI AIR , JALAN TIDAK BOLEH DILALUI OLEH KENDERAAN
5. TEROWONG JALAN MAHARAJA LELA DITUTUP , KENDERAAN DILENCONGKAN KE JLN HANG TUAH
6. JALAN KIAPENG , JALAN RAJA CHULAN DAN JALAN RAJA LAUT BELAKANG BANGUNAN MARA
7. JLN DI MASJID AL –SYAKIRIN KLCC DI NAIKI AIR
8. JLN DANG WANGI
9. JLN GENTING KLANG DI LENCONGKAN KE BULATAN PAHANG
10. TEROWONG BAWAH BULATAN PAHANG DI NAIKI AIR
11. BULATAN HISHAMUDDIN DI TUTUP
12. JLN KUCHING SUSUR NAIK KE BULATAN SEGAMBUT
13. JLN PARLIMEN KE BULATAN DATO ON
14. JLN SYED PUTRA HALA FEDERAL H/WAY
15. JLN TUN RAZAK HADAPAN SHELL SEBELUM IJN
16.SUSUR TRAVERS KE JLN MAHAMERU.
17.TEROWONG SMART DITUTUP DIKEDUA-DUA ARAH.
18.HADAPAN NIRWANA KM13.2 ARAH UTARA BESRAYA.
19.JLN CHERAS BELAKANG SUNWAY VILO CITY
20.BAWAH BULATAN PAHANG .
21.JLN SULTAN ISMAIL HADAPAN HOTEL SHERATON.
22.JLN YAP KWAN SENG HALA JLN TUN RAZAK HADAPAN IBIS HOTEL.
23.JLN PINANG JLN KIA PENG.
Banjir di Pantai Timur baru nak surut , banjir kilat di Kuala Lumpur pula. Semuga semua rakyat Malaysia dilindungi dari segala musibah dan bencana. AAmiin.
bukan kl ada terowong SMART yg canggih tu keew.. huhuhu
ReplyDeleteTerowong smart pun tak boleh lawan hujan yang turun dengan lebatnya dengan kuantiti air yang besar. Cepat sungguh air naik
DeleteSEDIHNYA MOGA SELAMAT SEMUANYA
ReplyDeleteTu lah kan sis....kesian mereka yang terperangkap.
DeleteAllahu Akbar.
ReplyDeleteSaya dengar berita banjir ni terus terkenang banjir Disember tahun lepas. Mudah-mudahan tidaklah banjir kilat di KL segera surut.
Cuaca sekarang memang tak menentu. Belum habis pantai timur area KL pulak. Tapi kesian warga KL yang terkena.
Deletemusim hujan sekarang ni..hari2 hujan..
ReplyDeletetu lah hati-hati nohas bila pergi kerja
Deletelagi banyak naik bangunan tinggi, makin kerap banjir
ReplyDeletedah padat sangat sampaikan air pun susah nak lalu keluar tu yang jadi cam tu...agaknya le
DeleteNi ada pulak kejadian tanah runtuh
ReplyDeleteSemoga mangsa tabah menghadapi ujian Allah
Dekat dengan kawasan rumah saya wak. Tu yang berderau juga bila kecuh tanah runtuh. Al fatihah buat yang terkorban.
Delete