Thursday, June 14, 2012

Musim Buah sudah tiba


Assalamualaikum,

  Wah musim buah sudah datang terutamanya King Of the Fruit iaitu Buah Durian. Hari tu masa balik Tangkak, Julie ada juga ambil buah durian kat rumah mak. Dapat lah juga rasa 2 biji..nampak dalam guni 4 biji terus je kopek depan rumah kak Jal sebab didalam rumah ada orang tidak suka baunya.

 La ni pulak kalau aku lalu jalan Ceras baru selepas roundabout je nak naik ke jalan menuju ke Taman Saga adalah kat tepi jalan gerai buah-buahan. Sikit punya sibuk orang datang mengerumuni sebab buah tengah banyak dan murah. Main longgok-longgok je malahan macam pesta pulaknya. Rasanya buah datang setiap hari dan bila baru sampai apa lagi ramailah yang berminat nak beli. Ada yang terus kopek kat situ sambil menikmati kelazatan buah durian. Ada yang memilih untuk di bawa pulang. Huh jeles sungguh aku melihatnya sebab tidak dapat melayan tekak yang teringin nak makan. Kalau ada geng memang aku belasah je makan kat tepi jalan tu tapi takde lah tu sebab  cam terkonang-konang. Nak beli kalau bawa balik alamatnya kena hamput akak aku yang tidak suka baunya yang kuat. huhuhuhu sian tau kat aku yang teringin nak melantak dorian ni. Tahun lepas tertunai bila ada jualan makan sehingga santak di Taman warisan Putrajaya bertemankan kak Temah dan Kak ariyati yang juga peminat durian. Tapi tahun ni takdak la pulak.

Tenguk tu dari jauh lagi dah berderet kenderaan parking berhampiran menyinggah nak beli durian.


Geram sungguh melihat buah yang menambun setinggi gunung ni.

   Kat kampung pulak yang dah berbuah durian je manakala buah rambutan masih hijau lagi. Cuma ada sepokok je kata Julie yang dah masak iaitu rambutan jambu batu rasanya yang rendang sepokok di depan rumah mak. Buah Pulasan masa last balik berputik tapi kata julie belum masak lagi. Maybe dah nak dekat puasa nanti kut. Tapi yang aku perhatikan buat masa ni hanya buah durian je yang melambak-lambak orang jual di tepi jalan. manakala buah rambutan aku tak nampak la pulak. Apa pun Bulan Julai nanti sebelum puasa nak balik kampung. Yehaaaaaaa.

Wednesday, June 13, 2012

Layan orkid ya

Rimbunan orkid

    Assalamualaikum semua. Aduhaiiiii tengah poning buat kojo, mata pun dah berpinor tenguk pc ni. Kali ni kita layan orkid la ya. Buat penyegar mata yang sedang sengsara memandang data. Sesekali layan tenguk orkid emmm rasa macam otak pun jadi ceria dan berwarna-warni lah pulak. Ala orang pompuan kan kalau kata tak minat bunga huh tak tahu le aku nak kata apa tapi memang ada pun yang tak minat malahan kata menyemak lah pulak. Aduhaiiii kalau jenis camtu tak tahu le aku nak kata apa.. Tapi pada aku pula aku suka melihat kecantikan sesuatu bunga itu sebab bila kita memandang bunga yang pelbagai jenis dalam hati akan terdetik... Subhanallah.... Ya allah...begitu besarnya ciptaan tuhan yang mencipta pelbagai jenis orkid dan warna. Malahan warna bunga yang pelbagai warna-warni itu bagaikan mewarnai alam sekitar dan sekeliling kita. Chewah macam pencita alam lah konon. hehehehehe.

   Gambar orkid ni aku tembak masa Putrajaya Floria tahun lepas. Malahan terdapat juga pertandingan deko taman bagi sekolah rendah dan menengah yang mengambil bahagian. Malahan aku pergi sampai 3 kali sebab seronok dan tak puas walaupun cuaca panas sampai rasa bagaikan mendidih otak kepanasan. Tapi bunga punya pasal apa pun jalan je. hehehe. Ni tak lama lagi ada Flower Garden kat Putrajaya. Aku nampak dia dah pasang papan banner kat tepi jalan. Kalau tak salah pada 30hb Jun sehingga 8 Julai 2012. Yes aku suka dan mesti masuk dalam agenda nak pergi tenguk bunga. Jadi pada sesiapa yang menyukai bunga jom kita serbu ramai-ramai ke Putrajaya ya. Aku ingat lepas balik kerja nak serbulah kalau hari minggu orang ramai sangat tak boleh nak menembak gambar bunga. Ok kita layan orkid ya jom jom jom.

Orkid ni mahal tapi cantik sebab bunganya jenis tebal. Mahal ni kalau beli yang dah berbunga. 

Spesies yang sama macam diatas tapi warna merah. Purple diatas tu cantik kan.

Pelbagai warna orkid buterfly

Orkid ni cantik. Akak aku kata orkid butterfly. Banyak warna rupanya.

Tenguk tu sepasu RM133 harganya.

Macam corak rimau je kan.

Orkid yang ni cantik sebab bunganya besar tapi bila berbunga dia tak tahan lama. Ada setengah orkid bila berbunga boleh berminggu-minggu tau. Tu yg seronok je bila tenguk orkid yang di tanam berbunga. Pokoknya jenis rendah je dalam pasu.

Macam diatas tapi warna lain.

Ni pun macam sama seperti diatas tapi lain warna

Ni macam jenis lama dimana bila berbunga bertangkai-tangkai dan lama bunganya. Ada satu jenis macam yang ini warna biru dan patern macam kala jengking.

   Bila tenguk orkid ni teringat masa dulu-dulu masa mak aku tanam orkid di depan rumah. Ada berbaris-baris pokok jenis yang sama tapi jenis orkid lama pokok tinggi berwarna biru. Malahan dek kerana banyaknya orkid tu ada pula orang nak membelinya. Memang banyak lah kalau orkid tu berbunga malahan boleh dapat beberapa dozen tangkai bunga. Tapi masa tu aku kecil lagilah ingat-ingat lupa berapa harga mak aku jual orkid tu tapi sesekali petik huh banyak juga. La ni dah tak ada lah cuma ada sebaris orkid depan rumah mak aku tapi takde le banyak sangat sehingga boleh di jual bunganya.

Wednesday, May 30, 2012

Cafe Full House di Sunway Giza Mall


    Salam 1 malaysia semua. OK hari tu aku dah citer kan yang kita orang pi serbu besday fahrin ahmad kat Full House cafe. Ok kali ni nak bawa jenjalan sekitarnya yang sweet sangat gaya style English cottage. Tapi yang aku paling berkenan dan suka ialah kereta cononit warna pink yang terletak di depan pintu masuk cafe. Sweet sangat gaya ala-ala gegurl gitu. Kalau dapat bawa jenjalan di pesisiran pantai mesti syiok kan sambil di sapa hembusan  sepoi-sepoi angin laut. Chewah jiwang karats la pulak. hehehe  

    Ni tangga dari bawah menuju ke tingkat 2. Masa aku pi Korea tahun lepas pi lah lokasi rumah Full House, memang teringat tangga ni sebab rumah tu pun ada tangga juga dan penuh dengan galeri poster di dindingnya. Apa lagi lah poster pelakon-pelakonnya seperti Rain dan Song Hye Yo. Cantik kan tangga dengan penghadang kayu tu. 

Ni pula deko tempat makan di tingkat bawah. Masa ni kita orang kat tingkat 2 buat pendaftaran nama. Bila tenguk susunatur yang kemas terus mata tertawan.

Ni pula decoration tempat majlis besday Fahrin. Susunan kerusi serba puteh dan di selang-selikan dengan belon warna biru sebab mengikut tema warna biru.

Ni pula tempat berehat sambil bermain snooker, emmm ye ke snooker. Lupa lah pulak apa nama permainan ni. Tapi aku suka penghadang berpagar tu. Agak-agak kalau nak buat penghadang camtu kat mana ye nak cari tukangnya. Tapi ianya cantik kalau rumah kayu tapi kalau rumah batu tak boleh ke?

Aku suka almari yang tersusun tu ala-ala gaya rumah mat saleh atau orang panggil English Cottage.

Ni pula balkoni tempat hidangan disediakan. Lupa lah pulak nak posing nun di hujung tu. Dah balik lepas tenguk balkoni ni baru menyesal napa lah tak posing kat situ. hehehehe Apa lagi nampak tiang di hujung tu hah. Ni kalau nacha tahu mesti dia kata tak boleh posing di balik tiang nanti kena denda RM25. Lorrr orang bukan buat aksi tarian tiang ler.... nak posing je dibalik tiang. hahahahaha

Susunan bunga yang begitu teratur di tingkat bawah.

  Ni lah rupanya Cafe Full House di depannya. Ada pintu Gerbang besar lagi di main entrance dia. Tajuk Full House dia tu bertukar-tukar warna. Sebab aku perasan bila belek-belek gambar yang kita orang posing napa masa aku posing warna lain dan bila belek yang lain warna lain rupanya lampunya berwarna-warni dan bertukar-tukar warna. Apa pun memang cantiklah cuma kita orang tak menjelajah sangat tempat cafe bawah. Segan nak menceroboh hanya kerana nak ambil gambar. cuma dari segi makan aku tak pasti lah kat cafe bawah hidangannya menyelerakan atau tidak. Cuma masa majlis fahrin tu ada spageti tapi takde kuahnya. Atau mungkin ianya tidak menepati selera aku. Masakan dia ala-ala western tapi dah terkucil pulak ala-ala melayu lah pulak.    

Ni lah peta camno nak pi Sunway Giza mall ni. Sebenarnya dalam Sunway Giza Mall tu banyak benda boleh di lihat tapi kerana tak sempat dan dah nak balik takde lah kita orang pi cuci mata tenguk apa yang ada. Tapi tu lah kalau tenguk peta tu cam sonang je nak pi situ tapi bila dah kat jalan huh adakah kami yang yang tidak pandai baca tanda jalan. Alahaiiiiii takpo lah pengalaman jalan-jalan cari pasal. hehehe

Mercu tanda Sunway Giza Mall


Friday, May 25, 2012

Besday Fahrin Ahmad d Full House Cafe

Bersama Fahrin Ahmad

  Assalamualaikum semua.Wah teruja sungguh ni nak citer bahawa aku dah bertentang mata dengan pelakon Fahrin Ahmad, my faveret actor. Alkisahnya sebenornya besday dia pada 9hb Mei tapi hanya dapat dibuat sambutan bersama fannya pada 20 Mei 2012. Pada tahun 2010 temanya warna merah, masa tu aku tak tahu pun kalau fan dia buat celebration Besday Fahrin. Kali ni dapat tahu awal terus je booking Nacha untuk join bersama dan kali ni temanya warna biru lagi ler aku suka. I like blue color ok but not kepala biru. hehehe. Sempat juga ajak Eila tapi dia ada kelas la pulak. Sian Eila... teruja juga bila aku ajak tapi bila tenguk jadual kelas huh tersama date la pulak.

  Oleh kerana Cafe Full House tu aku tak tahu letak di mana walaupun Johan kata kat Kota Damansara tapi kami berdua memang tak penah lagi ke sana. Jadi sebelum pergi tu google ler dulu mana tempatnya dan printle petanya. Dalam google map memangle nampak senang je tapi bila realitinya di jalanan, masuk je Sprint Highway bila tenguk signboard jalan bersimpang siur kami dah mula pening. Huh kenyang juga ler pagi tu aku makan hon kereta orang belakang sebab teragak-agak nak masuk lane, lepas tu beri signal sekejap terus je pusing ke kiri ler ke kanan ler masuk simpang. Alahaiiiiii gigih sungguh ni nak jumpa Fahrin. At last setelah puas makan langsat jumpa juga Giza Mall. Yessss.

 Rupanya Full House ni memang lawa lah decorationnya. Aku rasa macam pernah di tayang kat tv tapi tak ingat bila. Dia macam ada konsep citer Full House Korean drama je walaupun aku tak nampak poster Rain didalamnya. Kami sampai 15 minit lagi ke pukul 11. Nasib baik keluar rumah pukul 9.30 sebab dah agak kami akan tercangak-cangak mencari jalan almaklum ler takde GPS. Ni kalau lambat alaaahaiiiiii. Selepas pendaftaran di tingkat 2 kami terus tuju tingkat 3 dimana acara di langsungkan dan oleh kerana orang belum ada lagi kami terus tuju meja yg di depan pentas supaya senang nampak Fahrin. hehehehe. Semangat sungguh.

Dah gaya macam nak terima anugerah je.

  Majlis bermula dalam pukul 11 lebeh. Fahrin berucap sedikit mengalu-alukan peminatnya. Dan berharap majlis berjalan dengan santainya mengikut aturcara yang telah disediakan. Kalau boleh tak payah lah ikut protokol sangat sebab padanya dengan gaya santai dan mesra alam dapat mengeratkan lagi kemesraan bersama peminatnya yang sentiasa mendoakan dan memberi dorongan dalam kerjayanya.

Berucap sedikit buat peminatnya

Acara meniup lilin besday kek

Jenuh sungguh tiup padamkan lilin kek ini, sampai berasap-asap dan mengambil masa juga nak padam lilinnya. Ni kek ni kalau dipotong bagi peminatnya makan gerenti semuanya ikut dia balik pasai apa.... hehehehe paham-paham sendiri ler ye.

Ni kek pertama ( Kemungkinan pihak urusetia yang sediakan)

Ni kek Ke Dua (dengar kata ada peminat yang bagi)

Ni Kek Ke Tiga ( yang ni pun katanya peminat yang bagi kek aiskrim.
Berasap-asap air batunya sebab baru keluar dari peti sejuk- bentuk Love lagi tau)

Ni meja kita orang yang juga menang dalam games mencari barang. Apa pun meja kita orang sporting n saling bekerjasama. Entah dapat hadiah apa tak tahu le.

    Cantik kan kek ini ada gambar FA bersama emaknya. Malahan Johan yang menguruskan event ni rupanya adik dia dan juga merangkap Pengurusnya. Malahan ramai juga keluarga FA yang hadir iaitu kakaknya dan anak saudaranya. Bila tenguk FA bersama anak saudaranya dapat di lihat FA sangat penyayang dengan keluarganya.

    Hahaha dah berceloreng dah muka hensem Fahrin, apa lagi lah dah kena denda main game ala-ala Super Spontan tapi kali ni pertanyaan spontan dan siapa yang menjawab pertanyaan dia kalah. Hidung calit warna hijau, pipi keduanya calit warna merah dan dahi warna hitam guna alat solek peminatnya.
Ni lah adik Fahrin iaitu Johan aka pengurusnya.

  Selain daripada acara makan-makan terdapat juga karoeke dimana pada mulanya Fahrin menyanyi lagu cari Jodoh nyanyian Wali. Kita orang gelak lah sebab memang tepat lah untuk Fahrin yang sedang mencari jodoh. Apa pun kita orang mendoakan semuga Fahrin bertemu jodoh dengan perempuan yang baik dan solehah. Amin. Malahan terdapat juga peminat dari Singapura yang turun KL dan kebetulan pula besdaynya hampir iaitu 10hb Mei. Amboi dapat penghargaan nyanyi bersama tu. Selain dari itu di tunjuk juga slaid berkenaan scuba diving dimana kemungkinan selepas ni acara scuba diving bersama Fahrin bagi sesiapa yang berminat sebab kata Fahrin selain daripada berlakon dan menjadi duta produk dia juga suka scuba diving. Acara berakhir dalam pukul 3 lebeh sebab pada petang tu ada game Ragbi di padang UPM. Patutlah acara yang sepatutnya pukul 12 dicepatkan 1 jam rupa-rupanya kena lawan Ragbi. Patutlah....  
                       
Gambar beramai-ramai bersama peminatnya.

   Seperti biasa sebelum balik mestilah posing bersama Fahrin. Apa pun sepetang bersama Fahrin menyambut besdaynya memang hapeninglah. Yang kelakor tu dah makan makanan yang disediakan tapi entah tak menepati selera atau aku dah kenyang tenguk Fahrin sekali setelah hantar Nacha balik di Stesyen LRT Bandar Tasik Selatan singgah warung beli nasi goreng. hahahahaha Balik kelaparan tapi sepetang yang sungguh mengembirakan. Apa tak nya jadi retis sekejap. hehehehe 



Sunday, May 13, 2012

Pesta Buku Lagi

Kek Pavlova

 Kisah pesta Buku lagi. Kali ni aku pegi Sabtu dan Ahad pada minggu akhir. Selagi pesta buku tak habis selagi ada hari free memang aku terjah. Ni pun nasib baik ler putrajaya dah jauh dari PWTC. Kalau dekat masak ler aku hari2 dok bertandang seperti masa aku kerja kat Bangunan Perkim dulu. Time rehat je asyik dok menerjah. La ni hanya hari minggu je lah.

  Dan pada hari Sabtu pula dengar khabarnya ramai geng yang turun. Nina Suria aka Kak Mon dan Klavu dari Brunei, Pink dari Kedah dan Eita Asyta dari Penang. Seronok sangat nak jumpa mereka dan terasa betapa manisnya ukhwah yang telah terjalin selama ini hanya kerana melalui Blog dan novel. Kadang rasa macam mimpi je hanya melalui talian internet tit tot tit tot dah terjalin ukhwah tersebut walaupun tidak mengenali secara berdepan namun hanya selalu berbual bicara melalui talian sudah terjalin ukhwah tersebut. Ajaibkan teknologi zaman sekarang.

 Sebelum tu aku dah order kek velvet dan Pavlova dari Irma. Jadi dari rumah terus tuju rumah dia. Mula-mula memang Irma nak pegi Pesta buku juga malahan aku ajak bersama tapi last minit dia kena pergi kursus menghias kek jadi tak dapat ler join. Selalu tengok kat blog dia kali ni yehaaa dapat rasa. Lepak dan letak kek kat booth Js selepas tu pukul 12 lebeh ke pentas utama melihat pelancaran Buku Hikayat Hang Tuah karya terbaru kak su.

   Booth JS pada pagi tu penulisnya adalah Ruby, dan 2 penulis seorang dari Singapore, yg susah sgt aku nak sebut namanya sebab panjang sangat. Pagi tu nasib baik cepat ambil Buku baru Ruby Mr Right buat Ann sebab tak lama kemudian rupanya bukunya habis. Kira masa aku ambil tu tinggal tak sampai 5 buah. nasib cepat kalau tak huwaaa nangis aku. hahahaha

Pink , Kak mon dan Klavu dif terhormat yang datang dari jauh. Special tu sampai dok depan tu.

Sebelum acara bermula apa lagi sempat lagi tarik nacha posing bersama dengan dif-dif terhormat. Susah wooo nak dapat berkumpul camni.

Gadis dan token dari Adiwarna memberi bingkisan comel buat yang hadir

Yeh seperti biasa bila dapat berkumpul beramai macam ni apa lagi lah posing time. Seronok sangat dapat berkumpul beramai-ramai. Hanya pesta buku je dapat jumpa macam ni.

   Habis acara di pentas apa lagi balik booth JS potong kek pula. Ni kek velvet. Sebelum tu potong kek pavlova. Sedapnya kek tersebut. Dengan buah-buahan segar sepeti strawberry, markisa, anggur hah nak tenguk apa ada diatasnya tenguk atas ya pada kek yang belum di potong tu. Semua kata kek pahlova sedap almaklumler semuanya baru pertama kali rasa. Nampak gaya lain kali kena order lagi ni. Kek velvet sedap juga tapi pada aku cepat muak. Dapat sehiris dah cukup bila makan banyak2 jadi muak. Tapi warnanya memang mengancam.

                                                 Bersama orang brunei dan Kedah di Booth JS.
Tunggu Eita lambat sangat sampai dari Penang sebab lepas tu semua bersurai balik. Aku pulak pi booth Karangkraf pula sebab ada buku baru Kak Anis Ayuni baru keluar. Nak minta kak anis sign tapi kak anis pi solat jadi tak dapatle aku signature dia pada buku barunya.Lambat sangat aku pun terus balik.

Dr H. M Tuah Iskandar di Booth Karangkraf. Aku suka tenguk bajunya sebab warna biru dengan tie biru. Lawo tienya.

Hari Kedua iaitu hari ahad dan last pergi lagi. Kali ini aku terserempak dengan akak dan Anisa. Akak aku dah teruja memborong buku. Dia tak tahu adiknya tiap-tiap tahun tak miss terjah. Sekali pergi berbondong2 buku di borongnya.

   Hari kedua pula dan hari last Pesta Buku , aku banyak lepak kat tingkat 2 pula. Oleh kerana semalamnya dah ramai yg turun ingatkan org Bonai ada lagi datang rupanya kata kak Su depa pi shopping kat Jalan TAR. Dok kat meja sebelah booth cenderahati dok ngok ngek dgn Kak su dan Nawwir sambil menjeling booth Adiwarna depan pintu masuk Dewan. Kali ni aku dah set nak cari Buku Kak Norash, Creative, Mimi Afinie dan Kak aina emir buku barunya dan last buku Fauziah Ashari dan JS kalau sempat. Tapi rupanya cuma dapat Buku Kak Norash, Mimie Afnie dan Kak Aina Emir. Buku Fauziah serta Booth Js aku tak dan terjah sebab dah nak balik dan tak sempat nak pi booth lagi.  

Habis sessi terjah Booth Tingkat 2 keluar je nampak Eita bersama yang lain baru nak jenguk booth. Sempat lah bergambar bersama Eita, Ruby, Lia, Lara, Wan dan kawan Eita.

  Pukul 5 lebeh aku dah nak balik sekali depa ajak pi minum2 dulu kat Riverside. Pertama kali ni masuk makan kat dalam. Nampak eksklusif tapi Ya allah lambatnya service. Aku, Lia dan Lara order Keow teow Hoo Fan dan minum ABC. Lama sungguh hidangan nak sampai jadi sembang mak limah je lah. Eita malam tu dah nak balik Penang bersama kawannya naik train pukul 9. Jadi habis makan tu terus ke KL Central lah.

                                                Tada..... abc aku hah ko penuh semangkuk.
  Nampak memang menyelerakan sampaikan Lia pun orde sama. Mula-mula aku dah offer makan bersama sebab nampak banyak dahle harganya dalam Rm 8 semangkuk besar ni. Tapi tiba-tiba je Lia dah orde tapi dia punya buah nampak lagi banyak. hehehe Last-last lia tak habis pun makan manakala aku punya nasib baik ada lara yang tolong sama-sama habiskan. Banyak woooo tapi memang sedap lah ABCnya.

Keow Teow Hoo Fan.... memang sedap tapi kalau cepat masak dan hantar lagi sodap.

                                                           Ni nasi goreng eita.

  Tapi kesiannya eita dah la nasi goreng dia yang paling last, sekali dah makan separuh bila selak daun pisang di bawahnya ada rambut panjang berjela. Dia pun panggil lah manager tunjuk bahan bukti. Nasib dia dah makan separuh jadi oleh kerana dah kenyang dia minta ganti desert. Depa ganti desert buah-buahan. Tapi ayat yang tak boleh blah tu manager dia kata hah jangan gaduh-gaduh lagi. hahahahahaha Agaknya dia bengang dengan meja kita orang asyik je mengadu. Lambat lah nak itu nak ini lah. Lepas tu banyak komen lah. hehehehe memang adegan sebabak sungguh meja kita orang. Selesai makan kami mpun berpisah. Ieta dan kawannya ke LRT, Aku, Lara dan Lia ke Hentian Putra. 

Ni borong hari Ahad

Ni borong hari Sabtu

Ni pula borong hari Ahad sebelumnya. Hah ko 28 buku. Ada 1 dapat free di Booth Karangkraf. Moral of the story selauler terjah Pesta buku supaya perpustakaan di rumah semakin penuh. hehehehe