Tuesday, August 29, 2023

Hari last day berkhidmat di IPKKM

                                     Bergambar ramai-ramai sebelum aku balik.

Assalamualaikum,

Aduhaiii sedihnya nak tinggal kan tempat mencari rezeki begitu lama selama aku berkhidmat di Ibu Pejabat KKM. Setelah melapurkan diri pada 24hb Julai di HPJ, aku mohon tangguh kerja untuk 2 minggu. Jadi hari last kat PIK adalah pada 4hb Ogos 2023. Kiranya sekarang dah nak dekat sebulan aku berkerja di Hospital Putrajaya. Nak mencoretkan citer ni pun aduhaiiii sedih wo.

Tapi aku letakkan kat sini memori aku last bekerja di PIK dan Bhg Perancangan. Hari Jumaat tu ada juga gotong royong Eksa tapi sebab nak selesaikan kerja yang tak habis sebelum memulakan kerja di HPJ jadi tak join depa lah.

Petangnya bila dah pukul 4.30 petang bersalam-salaman lah dengan semua orang. Dari belakang sehingga ke depan. Sampailah jumpa ex boss aku Dr Nuraidah. Lepas tu punch kad. dah macam acara nak pencen je. Aduhaiiiii hati didalam tak tau nak cakap macamana. Rasa nak banjir tapi aku tahan dan kuatkan hati. Lumrah adat di dunia kan. 

Berjumpa dan berpisah adat manusia biasa. Hilang di mata di hati tidak lupa. Berdoa lah kita agar aman dan sentosa. Semuga panjang umur kita kan berjumpa pula.  Ada pegawai yang kata ala....bukan jauh noo Parcel E dengan HPJ. Masih di putrajaya. Tapi walaupun dekat tapi dah tak sama jika tidak berkerja dibawah jabatan yang sama.  Apa lagi kawan-kawan kat belakang. Teman kala ngantuk kala sedih kala gembira kala usik mengusik. Macam-macam lagi kami harungi bersama. Sudah tentu aku akan merindui geng belakang. 
 
                                                    Last day punch kad di PIK....huhuhuhu



Work station aku. Ni tempat ke 3 aku, Mula-mula kat depan. Lepas tu bilik kaca tengah dan akhirnya di belakang. Walaupun belakang tapi seronok sebab kita orang selalu sakat menyakat kacau mengacau. Tangan berjalan buat kerja tapi mulut berkicauan usik mengusik. Cam tu le selalu. Nanti kalau senyap hah semua tengah sibuk le tu. Nanti yang lain rasa ngantuk usik Matron usik DD usik Iza, usik Anee, usik Erine. Hish rindu aku suasana itu

                             Dalam lif nak ke tempat parking. Depa hantar aku balik. Sayang semua


Miss uolss

Sayonara PIK

Aktiviti Hari Kemerdekaan di KKM


Assalamualaikum,

Menjelang akhir-akhir aku berkhidmat di Perancangan eh banyak pulak aktiviti menyambut bulan Kemerdekaan di buat di Ibu Pejabat. Macam-macam pertandingan dibuat.

Telah diadakan pertandingan keceriaan Ruang Pejabat . Pa Hanim sampai buat ot dengan bahagian admin nak buat deko-deko hari kemerdekaan tu. Akhirnya tada.....dapat tempat ke 3. Tak rugi Pa Hanim buat ot. hehehe




Semasa juri datang membuat penjurian


                                        Deko-deko yang dibuat di ruangan Eksa di pejabat Admin



Ada yang guna bahan terbuang



Yang ini dibuat dari bekas telur. Cantik kan. Kalau ada kawasan yang besar. Ini cuma ruang jalan ke admin jadi jalan dia sempit.



Selain daripada ruang kecerian pejabat ada juga pertandingan barangan terpakai. Perancangan dapat tempat ke 5. Tapi aku tak nampak mana satu yang di pertandingankan. 



MAsa aku dah memulakan tugas kat Hospital Putrajaya eh ada pulak pertandingan kereta berhias. Laaaa awat le dolu-dolu takde buat sambutan kemerdekaan begini meriah seperti tahun ini.

Macam biasa Bahagian perancangan amsuk juga. Dapat tempat top 10. Ok lah kan. Semua masuk semua menang.   

                                                             Cantik pulak kereta jabatan



Perarakan dibuat di depan cafe antara terdapat bulatan parking di situ. Antara e6 dan e7 serta e10 dan e 11. Tempat tu aku selalu park sebab dekat dengan pejabat. Tapi nak dapat tempat tu kena awal lah. Tau je lah masalah parking kat Parcel E kan meruncing. 

Bersemangat bila tenguk sambutan yang begitu meriah.

Yeh Merdeka Merdeka Merdeka


Saturday, August 26, 2023

Penutupan jalan di area Putrajaya sempena Hari Kebangsaan

 



Assalamualaikum,

Tahun ni sambutan kemerdekaan akan di buat di Putrajaya. Hah meh le datang beramai-ramai ke putrajaya ye. 

Bila buat acara gemilang macam ni apa lagi jalan akan di tutup. Acara yang terpenting mesti lah gemilang kan.

Jadi siapa-siapa yang ada urusan di Putrajaya kena pastikan jalan-jalan mana yang boleh di lalui. 

Kalau tenguk ni hah start pada 27hb sehingga 29hb Ogos sebab acara raptai akan dijalankan.  




Yang ni pula pada hari kejadian iaitu 31hb Ogos 2023. Yeh merdeka. Dah 66 tahun kita merdeka ye. Al fatihah buat pejuang kebangsaan yang terkorban semasa menuntut kemerdekaan dahulu. 


Update terkini



Ni aku dapat dari kawan yang duduk putrajaya. Semangat dia datang pagi-pagi nak tenguk raptai Hari Kebangsaan. Sebab dia kata mungkin nak cuti balik kampung masa 31hb tu jadi dapat tenguk awal dah seronok.


Acara raptai berlangsung pagi tadi.


Untngle matron siew dapat tenguk lebih dekat. Kalau betul-betul kejadian emm kena cari port best pun susah.   




Seronok dan bersemangat tenguk acara perbarisan.


MERDEKA ERDEKA MERDEKA


Saturday, August 5, 2023

Video yang dibuat khas untuk diri ku


 

Assalamualaikum,

Video ni di paparkan semasa majlis perpisahan. Jadi aku letak sini untuk kenang-kenangan.  Kalau rindu aku tenung le videa ni😭😭😭😭😭



Ni lagu yang akan buat aku nangis sampai banjir ni depan pc. Dulu aku bagi kat Lizah....sekarang aku bagi untuk diri ku sendiri.......huwaaaaaa


Majlis Perpisahan buat diri ku


 

Assalamualaikum,

Hari Isnin yang lalu opis aku buat majlis meraikan aku dan juga perpisahan buat diri ku. huhuhu. sambil tu sambut birthday Bulan Julai dimana ada seramai 9 orang tapi ada yang tidak ada. Malahan ada yang date  sederet   iaitu dari 15hb sehingga 18hb. Hari-hari wish member birthday.