Saturday, January 2, 2010

Majlis kahwin Norsharida & Azam

   Majlis kahwin ida dibuat malam hari kat selayang. Mula-mula tu bila dia orang ajak pergi ramai-ramai aku macam malas nak pergi sebab malam hari. Kena pergi selayang pulak tu jauh sih malam-malam hari. Almaklumle aku ni memang le tak gemor jenjalan malam-malam kalau takde geng. Tapi bila jamie kata ala ida kahwin bukannya selalu jom le.... akhirnya aku pun teruja le nak pergi.

   Majlis bermula pukul 8.30 malam. Lepas magrib je aku pun keluar rumah. Dengan hujan gerimis mengiringi perjalanan. Dan nasib baik juga MRR2 tak jem sangat jadi dalam kul 8.30 aku pun sampai. Mula-mula lalu nak masuk Batu caves tu aku dah cuak sebab tak pernah lalu situ. Dengan keadaan jalan yang sedang di baiki lagi dengan gelap malam lagi teragak-agak lah juga bawa kete. Lepas tu bila belok ke arah kanan menghala sg tua aku tenguk papan tanda kata selayang.... laaaa aku dah sesat ke. Jadi bagi signal berhenti kat sederet kedai. Call june nak tanya mane tempatnya. Skali terpandang papan tanda kompleks sukan ...... oooo rupanya kat depan tu je. Dan kebetulan depan tu ada kosong aku pun terus park kat situ. Rupanya boleh masuk kat dalam dewan tu dan aku dengar pukulan kompang berkumandang. Kiranya pengantin baru masuk lah.

  Kat depan pintu aku nampak che' wan dgn org umah nya. Rupanya dia tunggu Big boss yang di waktu itu dlm perjalanan. Tercangak-cangak juga le aku sebab kat dalam takde orang pun yang aku kenal. Sekali masa ambil nasi dan lauk nampak suhaya dgn suaminya. Apa lagi aku pun menebeng sebelahnya. Nampak juga matron dgn che abenya. Matron tak makan cuma datang jenguk je dan tak lama kemudian balik. Suhaya pun selepas tu balik dan aku tinggal sengsorang makan. Ada jiran ida duduk menemani aku.

   Masa dok tercangak-cangak tu rupanya jamie accident. suaminya terlanggar motor orang. Alahaiiiii jadi depa semua  terlambatle.  Tak lama kemudian muncul june,mali, nor, kak nor. Fiza pun rupanya dah ada dlm dewan. Aku juga jumpa Aida dgn askar-askarnya. Aku pun terus pergi ke meja depa semua. Havoc le sekejap. Sambil depa makan dan tunggu pengantin makan terus ambil gambar. Lepas tu aku pun terus chaw balik. Ye lah nak tunggu sampai habis majlis nanti sampai rumah pukul berapa cik bedah oiiiii ko tu dah le gegel... nak balik malam-malam pulak da....

  Dengan hujan yang turun sekejap lebat sekejap gerimis aku sampai rumah dlm pukul 10 malam. Layan citer last mohican kat NTV7 emmm syiok juga.

Dewan yang cantik gemilang.



Posing yang havoc gitu... hehehe



SELAMAT PENGANTIN BARU IDA & AZAM.
dah selamat ko jadi bini orang ida oiiii semuga kekal bahagia ada nya..... Amin

2 comments:

  1. hihi..hade jg cite kite disni yer..maluk sayer.mekaseh k.atie sudi dtg..n the geng smue..mlm2 pn sgup redah yer..bt mlm tu bkn pe..sejok sket kn..tp mmg sejok pn ujan lg..hikhik..ramai kekwn dtg alhmldh syukran sgt..wlu de x dpt sedey gak la..tp nk bt camne kn..nk jd cite jamie lak kisahnye..aduhhh mcm2 ragam mlm tu..dugaan org2 yg dtg tu..pnuh dgn ksabaran kn k.atie..tq byk2 k.atie coz sudi mhadirkn dri..kn ku kenang slamenye..insylh doa2kn kami yer..klu de tlebey tkurang pd mlm tu..mtk ampun maaf pd smue tetamu..moge kite bjpe lg dilain majlis kawen..teng teng teng..hikhik

    ReplyDelete
  2. Hah eyda ko kahwin bukannya banyak kali jadi mesti ahdir. Semuga perkahwinan berkekalan hendaknya

    ReplyDelete