Sunday, May 22, 2011

Comel kan?


Masa bengkel di melaka tahun lepas, sempat lah juga berjalan di Jocker Road yang femes di melaka. Maklum le Hotel puri terletak di belakangnya jadi boleh le jenjalan, cuma masa tu bukan hari jumaat dan sabtu dimana malamnya Jalan Jocker memang havoc dan berbagai jualan boleh di perolehi. Tapi sepetang tu pun sempat juga lah jumpa gerai menjual hiasan yang comel-comel macam diatas tu. Buatan tangan tau. Cute sesangat dan susah nak jumpa. Kat atas tu boleh selit kertas kecil atau note.

Yang ni pulak macam-macam bentuk. Ada macam robot, motor dan sebagainya. Susah kan kalau nak membuatnya tapi kalau dah kreatif boleh saje.  



Ni pulak macam penyepit boleh sepit fail atau celah buku gitu. Hish macam mana ale diaorang buat ek.

Ni macam keychain. Pandai sungguh orang yang membuatnya.Kreatif sungguh.



Ni pun comel dan cute. Boleh letak atas meja letak note diantara kelip yang dibuatnya.

Selain daripada gerai tepi jalan ada juga gerai yang menjual berbagai lampu yang comel-comel.

Hiasan lampu yang berwarna-warni.



Ni pun cantik lampu-lampu yang berwarna-warni dengan design yang cantik. Hish rasa cam nak hias rumah pakai lampu camni je. hehehe

No comments:

Post a Comment