Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru buat cikgu semua

                                                   (Ihsan dari google)


  Wah hari ini merupakan Hari guru. Dan tema hari guru pada tahun ini ialah GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. Kalau lah tiada guru maka saya tidak seperti sekarang. Dan ramai juga kawan yang jadi cikgu seperti Aini, Masniah, Lin khairi, maziah, siti habesah, meri (anak saudara). Selamat Hari Guru buat mereka semua.

  Dolu-dolu masa sekolah rendah saya ni kuat tidur dalam kelas, dan ingat lagi masa darjah 5 ada satu cikgu matematik yang sangat garang kalau tak salah namanya cikgu Chew seorang cikgu lelaki. Ya allah kalau dia sedang mengajar, bunyi jarum jatuh pun boleh dengar tau dek kerana semuanya senyap dan sunyi memberi tumpuan pada pengajarannya.. Dan ada satu accident yang telah berlaku semasa dia mengajar yang saya tak boleh lupa. Tak boleh lupa kenapa... sebab kena marah tak dapat menjawap soalan yang di berikan dek kerana takut sangat sampai lupa jawapan tapi yang peliknya kalau time dia mengajar tu mata tu boleh pulak toing-toing terang gitu tak ngantuk. hehehehe Teruk kan habit suka tidur dalam kelas. Tapi dek kerana kena marah tu masa ambil peperiksaan penilaian darjah 5 (Macam UPSR sekarang ni) boleh pulak dapat A. Malahan dapat 4 A 1 B. Hish masa tu zaman 70an bukan senang wei nak dapat 5 A bukan macam sekarang berderet-deret yang dapat. Dan setelah result keluar yang herannya dengan orang lain dia tak tanya dengan saya dia tanya dapat berapa subjek yang dia ajar. Bila saya kata dapat A senyum simpul dia dan ucapkan tahniah. Dan semasa darjah 6 pula oleh kerana saya ni kuat lari semasa sukan dan kebetulan masa tu Cikgu chew merupakan salah seorang cikgu bagi pasukan sukan rumah merah (emm lupalah warna apa rumah pasukan semasa sekolah rendah sebab dah lama sangat) dia cadangkan calunkan nama saya jadi ketua pasukan. Huwaaaaa tak sangka u.  Tapi semasa darjah 6 saya telah kena demam yang sangat teruk dan menjejaskan pelajaran jadi tak dapat lah masuk sekolah berasrama penuh sebab result masa darjah 6 tidak memuaskan. Hanya layak masuk asrama  SMSAB je. Syukurlah kan walaupun tak dapat lanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama dapat asrama SMSAB pun best juga. 5 tahun tu duduk asrama.

 Masa sekolah menengah pula saya kenal dengan  cikgu warden iaitu Cikgu Zabedah. 5 tahun  duduk asrama Cikgu bedah dah macam mak kedua saya. Maklumle balik rumah hanya semasa cuti sekolah dan hari yang lain banyak habiskan masa  di asrama. Cikgu Bedah baik walaupun kadang garang. Dan sebab itu lah saya rapat dengan kengkawan di asrama yang sama-sama nakal tapi sama-sama bersatu padu. Teringat lagi memori semasa di tingkatan 3 selepas selesai peperiksaan SRP atau Sijil rendah pelajaran ataupun sekarang ni di panggil PMR. Masa tu duduk Dorm puteh iaitu bersebelahan dengan bilik warden Cikgu Bedah. Jadi kalau cikgu bedah berceloteh ke apa ke dengarlah, maklum le masa tu asrama masih bangunan papan jadi kalau berjalan kuat ke apa ke memang le satu dorm boleh dengar. Ok berbalik cerita tadi oleh kerana malas nak turun belajar time belajar malam, ada member ajak nyorok dalam Dorm. Siap kasut bawa masuk dalam dorm dan nyorokkan bawah katil. hehehehe Lampu pulak di padamkan seolah-olah memang tiada orang dalam dorm. Rupanya cikgu Bedah terdengar bisikan-bisikan anak muridnya dalam dorm maklum sebelah bilik je dan lagi  asrama papan. Sekali dia masuk je Dorm buka lampu dan sound " siapa tak turun belajar keluar sekarang" hahahaha kantoiiiiii. Terpaksa lah seorang demi seorang menjinjit kasut keluar dari dorm. Kat depan dorm merupakan bilik belajar jadi semua student kat situ dok memandang kami semua yang telah jadi model dengan bergayanya keluar dari Dorm seorang demi seorang sambil jinjit kasut. huhuhu malu sungguh tapi itulah kenangan yang tak boleh lupa. Hidup di asrama banyak sungguh kenangan dan juga zaman sekolah. Bila di kenangkan rasa macam nak jadi budak sekolah lagi tapi tak nak periksa cuma nak main dan belajar je. Dan teringat pulak masa nak ambil periksa SPM maklum le masa tu asrama banyak student yang dah balik kampung tinggal lah student tingkatan 5 dan 6 yang nak ambil SPM dan STPM je yang tinggal. Cikgu Bedah join kami bermain tiang galah kat padang asrama. Ya allah havoc sungguh masa tu nak lepaskan tensen nak exam. Gambar masa main tiang galah tu ada tapi entah mana lah album gambar lama masa sekolah dulu-dolu. Sekarang cikgu bedah dah uzur dan dah lama pencen dan tinggal di Kluang. Baru je sihat setelah kena serangan stroke  baru-baru ni. Plan nak jenguk dengan kengkawan masa di asrama yang dah dapat jumpa semula emm susah sungguh. Masing-masing ada je komitment yang kadang sorang ni boleh sorang lagi tak boleh. Hish susah juga ni nak plan tapi kalau tak pergi jenguk cikgu bedah entah bila nak jumpa. Apa pun mudaha-mudahan kami semua bekas murid-murid cikgu bedah dapat bertemu dengannya nanti. INSYALLAH. Malahan kata Jah yang dah pergi menjenguk cikgu bedah, dia ingat  anak muridnya yang nakal-nakal ni malahan nama pun ingat lagi. Fuh kuat sungguh ingatan dia atau pun memang kumpulan kami anak murid dia yang nakai sekali kat asrama jadi dia pun ingat lah.   Ya lah banyak sungguh sih kenangan selama 5 tahun kami bersama.

 Dan buat semua cikgu-cikgu di malaysia mengajar lah dengan ikhlas kerana setiap ilmu yang diberikan pahalanya akan berpanjangan sepanjang hayat seandainya murid-muridnya berjaya dengan ilmu yang diberikannya. Berjaya menjadi manusia dengan didikan ilmu dunia dan di akhirat.  Amin.

No comments:

Post a Comment