Sunday, May 29, 2011

Nora Elena adaptasi Novel kasih yang suci

Pelakon utama Aaron Aziz dan Siti Saleha memang padan bebenor
                                             


                                     

Sinopsis dari novel

Novel yang membelai perasaan ini mampu membuatkan anda sayang untuk meninggalkan walau satu patah perkataan pun. Sepuluh tahun lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepasa sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...
 Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan mereka? Rahsia yang selama ini disimpan kemas, akhirnya terbongkar. Sebenarnya, Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?


Apakah kisah seterusnya? Apa yang harus dilakukan oleh Elena terhadap suaminya? Mampukah perkahwinan mereka bertahan?


Atas tu sinopsis dari novel manakala ni pula sinopsis dari drama Nora Elena pulak. Sebab ada perubahan daripada novel yang asal apa lagi dia kata adaptasi yang longgar hah dah tentu le ada ubah sana ubah sini. Asalkan tak berubah jauh bebenor udah le. Kita layan dulu buat masa ni. Semuanya ada 24 episod.



Sinopsis dari drama Nora Elena.

 Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru…


 Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.


“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth.

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya… Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?


Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa… saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima. Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.

 Hah apa macam dah tenguk Nora Elena kat TV3 belum? Hush rugi kalau tak tenguk sebab best sangat. Ia di tayangkan pada setiap petang pukul 7 petang dari hari isnin sehingga khamis. Wah best kan. Dah start 9hb mei hari tu dan katanya sebanyak 24 episod. Nora Elena ni sebenarnya adalah merupakan adaptasi dari novel kak meen Zulaikha iaitu 'kasih yang suci' penerbitan Alaf 21. Bila kak meen war-warkan kat FB novel KYS akan di dramakan wah teruja sungguh saya dan tak sabar nak melihatnya. Lepas tu pelakon Aaron aziz dan Siti Saleha pula jadi hero dan heroin nya emmm memang lagi best le. Dan setelah 2 minggu berjalan saya jadi syok pulak tenguk Seth sedang angau dan sedang menawarkan pertolongan sebab Nora Elena dah clash dengan Id dan tak jadi kahwin. Minggu ni kita tenguk pulak setelah mereka dah kahwin. Syiok tenguk Seth mengoda Nora. hehehehe Walaupun dah tau macamana jalan ceritanya sebab dah baca novel kak meen tapi ada beberapa cerita yang telah diubahsuaikan mengikut peredaran sekarang dan kadang semua dalam buku tak semestinya di layarkan dalam drama. Walau bagaimana pun kene baca semula lah. Nak tenguk macamana Seth nak tackle isterinya yang masih tak boleh terima dirinya almaklumle kena kahwin paksa demi tidak mahu memalukan keluarga bila putus tunang yang tinggal beberapa hari nak kahwin. Memang boleh jatuh pengsan le mak bapa kalau kena macam tu.  Jamuan pulak tu tumbang 3 ekor lembu . Huh memang pengsan le mak Nora sampai terpaksa admit hospital disebabkan darah tinggi naik.

 Penangan Nora elena ni memang kuat betul lah sebab member-member opis banyak yang dah angau kat seth dan dah syiok menontonnya sampaikan  beberapa kengkawan menanya saya samada dah baca ke belum novel tersebut. Sudah tentulah saya sudah membacanya dan memang menyukai hasil penulisan kak meen yang pertama tu.  Apa pun dah agak dah memang akan laku novel kak meen bila cerita ini mula disiarkan. Semua mencari di kedai-kedai buku tapi hampa sebab dah habis. Wah laris sungguh novel kak meen dek kerana penangan Nora Elena. Dan dengar ceritanya sedang di ulang cetak kerana banyaknya permintaan dan pencariaan peminat drama Nora Elena. Tahniah kak meen. Kak meen punya novel memang taste saya. Termasuk juga novel Kak anis ayuni dan aisya sofea. Novel mereka semua ni termasuk dalam jiwang karats huhuhu sudah semestinya i like . Dengar citernya ada 5 lagi novel alaf dah sign MOU dan akan di jadikan drama tapi tak pasti le samada kat TV3 atau Astro. Huh kalau astro melopong le orang yang takde astro macam saya ni. Buat lah kat TV 3 sebab ianya lebeh meluas penontonnya manakala kalau kat astro hanya terhad pada yang ada astro le. hehehe sebenornya tak puas hati le ni kalau tayang kat astro nanti. dah sah tak dapat tenguk huwaaaa. Apa lagi semua yang nak jadi drama tu saya suka....huhuhuhu

No comments:

Post a Comment