Monday, November 18, 2013

Pelakon drama Yes Bos





Assalamualaikum,


Alahai asyikle citer yes boss lagi ye. hehehe sebab aku suka walaupun sebelum ni aku dah citer kan Yes Boss akan didramakan. Hah kali ni nak bagi info siapa pelakonnya pulak. Ni aku dapat info dari Eila dan dari fanpage FB Yess Boss. 


                                               Hero adalah  Fahrin Ahmad akan jadi Ilham aka Mr Boss


Heroin adalah  Emma Maembong aka Aryana dan Noorkhiriah pula Mak saudara Aryana bernama Shamsiah 

Pelakon lain seperti berikut:-

Opah - Norlia Ghani             (Opah Aryana dan Sakinah)
Dato Maarof - Eizlan Yusof   (Bapa Ilham) Update ganti orang lain Zaferul (lupa nama)
Datin Rokiah - Jasmin Hamid  (Ibu Ilham)
Mellina - Aishah Ilias
Udin - Aidil Aziz                  ( EX boyfriend Aryana)
Harun - Shamsul Ghaw2
Midah - Wan Maimunah
Sakinah - Cha Cha Maembong  ( Adik Aryana)
Jeffry - Hisham Hamid
Amanda - Shella Faeiz


  Kalau tenguk pada senarai pelakon emmm boleh tahan mantap juga pelakon-pelakonnya dan banyak nama yang kiranya pelakon yang versatile lah. Ni yang buat kita orang tak sabor nak menunggu tahun depan ni nak tenguk macamana Drama Yes Boss di dramakan. Eila yang menulis novel ni pun ikut sama teruja manakala kami yang membaca novel tersebut lagilah sangat-sangat teruja nak tenguk. Apa pun kita orang tetap menyokong drama malaysia. Daripada layan sinetron yang panjang dan banyak episod tu baik layan drama-drama dari novel. Walau pun orang kata dah jadi trend sekarang novel di dramakan atau di telemoviekan dan walaupun ada yang best mengikut novel dan ada yang terjun ke laut apa pun sebenarnya ianya memberi impak pada penulisan novel di malaysia tau. Yalah seperti contoh Ombak rindu dek kerana Filem yang box office alhamdulillah hasilnya rezeki royalti dapat pada penulis yang telah menghasilkan novel tersebut. Walaupun sebagai pembaca novel Ombak rindu ada part-part dalam Filem yang memang diada-adakan hanya untuk disesuaikan dengan cerita dan kami sebagai pembaca tak puas hati namun sebenarnya kita sepatutnya bersyukur sebab ianya merupakan satu rezeki yang melimpah-ruah buat semua penulis novel. Sebab ianya akan menaikkan rating novel dan mana yang belum membacanya akan menjadi teruja untuk memiliki dan membacanya.Jadi novel tersebut akan di ulang cetak dan royalti akan bertambahlah. Tak gitu. Itu kiranya rezeki apa. Novel Ombak Rindu tu sebenarnya ada 4 novel dia tau sebab aku dah baca ke4 novel tersebut yang merupakan kesinambungan novel yang pertama. Oleh kerana aku suka baca novel dan akhirnya mempunya ramai kawan yang menjadi penulis maka sudah tentu aku tetap menyokong penulisan novel di Malaysia supaya mereka dapat menjadi kaya- raya hasil dari tulisan novel mereka. Opss dah melalut lah pulak ye. hehehehe apa pun Tahniah Eila.Semuga dapat menghasilkan novel yang lagi best dimasa akan datang.   


Zeel Production dan pengarahnya Emi Sufian 

                                                      Ni rasanya skrip drama Yess Boss

5 comments:

  1. Menarik ... tak sabar lak nak tengok hahahhaaa.. :D

    ReplyDelete
  2. kurang minat sikit calon heronya..

    ReplyDelete
  3. Time traveller..... lama lagi tu.

    Nohas.... opsss tak minat FA ye. Habis tu minat siapa?

    ReplyDelete
  4. saya suka Sharonizam Noor, suami Safura tu berlakon, ada karakter, tapi utk citer mcm ni, rasanya tak sesuai kot..

    kalau jln cerita menarik, layan jg, enjoy je..

    ReplyDelete
  5. Sharonizam tu pelakon teater memang le kalau berlakon memang berkarektor... seperti Datuk rahim razali, Eman manan hah semua tu asal dari pentas teater memang best kalau berlakon.

    ReplyDelete