Monday, June 27, 2016

Hari ke 3 di UK


Schedule perjalanan train. Kena alert timetable perjalanan train yang muncul mengikut masa. 

Assalamualaikum,

Aissss Jenuh lah nak karang cerita sampai tertanguh-tangguh ni. Dah lah mood nak raya ni, mood kerja pun merundum. Dah 23 ramadan tinggal seminggu lagi nak raya. Minggu depan dah nak balik kampung. Rindu aruah mak , rindu aruah bapak,  rindu suasana berpuasa di kampung. Bila kedua ibu dan bapa dah tiada hanya boleh mengenang dan mengimbau kenangan lalu ajalah. Apa pun semuga dipertemukan Lailatur Qadar serta mendapat pengampunan Allah di minggu-minggu akhir Ramadan ni. Sedih pula Ramadan dah nak habis. Ok sambung cerita dongeng aku.    




Pagi ini kita orang nak pergi ke The Freeman Hospital yang terletak di Newcastle Upon Tyne.  Kalau semalam dah pergi ke Bristol kena tinggal train kali ini sebolehnya tak mahu jadi seperti semalam. 

Jadi pagi lagi dah naik tube ke London Kings Cross. Kat situ naik train ke Newcastle Upon Tyne. Train pukul 11pagi. Ambil masa lebih kurang 3 jam perjalanan. Meeting kat Hospital The Freeman tu pula  sebenarnya petang dalam pukul 2.30 sehingga pukul 5 petang. Fuh schedule yang RCP sediakan ni memang jauh-jauh tempatnya.  Pagi ini memang kaki dah melecet dah. Sempat lah singgah beli plaster. Tu pun terkejar-kejar juga lah kejar train. Takut macam semalam kena tinggal train lagi. Haru sungguh kalau hari ini kena tinggal train. At last bila dah dalam train lega. Kalau tak rugi tiket mahal-mahal tertinggal, kena beli lagi yang lain. Huh rugi duit je. Sebab tu scedule yang diberikan memang kita orang jaga betul dan selalu semak mana tahu terlepas dan tak perasan. Dr Ilyas memang jaga sungguh scedule perjalanan. Contact person yang kita orang nak jumpa dia yang handle jadi takde masalahlah. Kalau ada problem memang kita orang contact balik staff kat RCP. Macam ada certain scedule yang bertukar time atau tempat memang staff RCP akan maklumkan dengan segera. Selalunya bila sampai ke satu-satu tempat dah ada seseorang yang menunggu.     



Ok kalau kita tenguk peta UK ni hah nampak tak betapa jauhnya Newcastle Upon Tyne dari Kota London. Nun hah kat hujung peta tu hah. Hampir sampai ke Scotland.  Semalam dah pergi ke Bristol yang sebelah kiri daripada kota London.  Lah ni nun hujung tanjung tu ha. Apa pun enjoy perjalanannya. 


Sepanjang perjalanan memang teruja melihat kat luar. Ada gambar yang blur maklumle train dia laju. Tapi seronok sungguh melihat pemandangan luar.

                                                       Pemandangan desa yang sungguh menyamankan


Ada yang boleh beritahu apakah yang bergulung-gulung tu. Maklumlah aku tak pandai nak cari info mengenai UK ni sebelum sampai. Cuma cari info yang berkaitan dengan kerja je. Tu pun tak banyak sangat.  

Nampak bangunan banyak tu rasanya bandar yang berhampiran kut.  

Ni sampai stesyen Peterborough

Cantik pulak awan berkepul kepul 


Suka pulak tenguk bentuk bangunan tu.

wah ada kuda meragut rumput. 

Banyak juga aku nampak bangunan ni tapi tak pasti apa kebendanya. Ada sesiapa boleh tolong jawap kan. 
 

Singgah di stesyen York

Ni dah nak sampai dah ni.  



Akhirnya sampai di stesyen Newcastle. Kat sini Dr Graham Evans Chief Information Officer yang menjemput kita orang. Naik kereta dia, dia bawa kita ke Hospital Freeman.  




Geram tenguk bunga berkembang mekar




 Pemandangan yang aku temui sebelum sampai di Hospital. Tapi malangnya gambar di Hospital Freeman aku tak ada. huhuhu Bila belek-belek eh napa takde gambar dalam Hospital. Dok kalut dengan macam-macam Mat saleh yang hensem hensem aku jumpa terus lupa nak snap gambar. Boleh gitu. Huwaaaaaa.

Sampai je terus Dr Graham bawa kita orang berjumpa Mr David Allison COO hospital. Selain itu Mr Craig Lisle Deputy Director of Information Technology.  Lepas tu ada 2 - 3 orang penting hospital. Depa bawa kita orang terus ke bilik meeting. Kat sini dia bagi taklimat bertali arus. Bayangkan dari pukul 2.30 terus sampai pukul 5 petang. Berhenti rehat sekejap kut dah tak ingat aku. Tapi ada lah break sekejap. Tapi sebab masa begitu penting dengan input macam-macam depa nak bagi memang rasa masa sekejap je.

Masa dalam bilik meeting tu aku memang tak berani nak snap gambar sebab banyak sungguh orang penting bagi taklimat. Dok serius je semua jadi aku pun cuak juga nak ambil gambar. Lepas tu aku tenguk bateri kamera macam tak full jadi aku tak keluarkan lah kamera. Semalam balik dah malam tak sempat charge bateri. Jadi bila selesai taklimat ada sessi bergambar ramai-ramai  tapi guna kamera kak Kam. Masa tu memang banyak juga gambar tapi semuanya guna kamera Kak Kam. Tapi yang harunya bila balik Malaysia semasa nak transfer gambar ke laptop, anak Kak Kam terdelete gambar. Bila dia cerita kat aku semasa nak minta gambar-gambar semasa kat UK huh aku pulak rasa nak nangis. Tu yang bila belek-belek folder gambar  memang frust sebab takde gambar Doktor-Doktor yang hensem masa kat Hospital Freeman ni. hehehehehe

Semasa di Hospital ni memang banyak info berkenaan bagaimana mereka handle problem bila sesuatu sistem baru di buat. Macamana handle pakar-pakar yang tidak mahu menggunakan sistem yang dibuat. Memang banyak cabaran bila sesuatu sistem di wujudkan baik dari segi staff bawahan atau staff profesional. Kelakar juga bila dengar macamana pihak pengurusan ugut Pakar-pakar yang tidak mahu menggunakan sistem tersebut semasa membuat rawatan pada pesakit.

Petang tu otak aku  memang tepu dengan macam-macam input pasal Hospital Freeman. Dari segi collecting data dia, dari segi Inpatient dan outpatient juga Day care dia . Selain daripada collecting data juga penggunaan sistem pengurusan hospital. Kiranya macam-macam lah yang aku pelajari tentang hospital di UK ni. Apa pun ianya satu pelajaran yang berguna.

Selesai taklimat, di bawa melihat persekitaran hospital. Selepas tu bergambar beramai-ramai sebelum kami minta diri balik ke London. Train dalam pukul 6.10 pm. Sekali lagi Dr Graham yang hantar kami ke stesyen.

Tempat parking. Kalau lama menunggu mak haiiii mahal nya parking. * otak dah convert duit RM*

Aku tak dapat nak ambil gambar hospital dari hadapan sebab kami melalui tempat parking dimana kereta Dr Graham terletak. Jadi mana yang ada lah ya. 

Building Hospital Freemas setelah kami keluar dari tempat parking.  


                          Rumah kat sana tak ada garaj ke? Habis tu kereta park kat mana ye?

Bunga berkembang. Geramnya aku tenguk bunga berkembang ni


       Train pukul 6.10 kat Platform 3. Stesyen yang train berhenti sebelum sampai london Kings Cross

Depan stesyen dengan pelbagai signboard jalan

Hotel depan stesyen

Sebesar-besar alam information train. Tak payah cakap apa-apa pandang je kat board tu tenguk jadual train yang sampai.

Dalam stesyen sementara menunggu train sampai

Gerai kudap-kudapan yang manis-manis walah.    
                                                     

         Bersimpang siur ko jalan train dia dah macam LRT punya laluan.  Opss silap laluan bas rupanya.

Besar kan stesyen dia. Ni kita orang seberang jejantas tu untuk ke platform 3

wah train dah sampai tu..... jom jom 

Bersama kak kam.

                       Pemandangan semasa balik. Masa ni masih lagi dalam kawasan Newcastle

Lawa pulak jambatan tu warna biru. 

Bangunan lama yang entah dah berpuluh tahun agaknya usianya. 


Tapi tak leh tahan tu macam bentuk castle je. Huhuhu pandang dari kejauhan je. Sampai London dah malam. masak nasi dan layan dengan serunding daging. 


4 comments:

  1. bila kat negara orang memang rasa best je kan ... suka tgk bangunan klasik tu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu memang macam tu tempat orang rasa seronok je tapi lama-lama masih lagi rasa tempat sendiri lagi seronok.

      Kalau ketempat pendalaman memang suka melihat rekabentuk bangunan dan persekitarannya. Unik

      Delete
  2. Salam. Bangunan banyak macam corong itu kalau kat negara eropa lain pun ada. Nuclear power plant tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam. ooo nuclear power plant namanya ya. TQ infonya.

      Delete