Thursday, May 16, 2019

Jeju 2018 - Hari ke 4 bhg 5 (Lunch)



Assalamualaikum,

Selamat berpuasa semua. Sekejap ja dah 12 Ramadan.  Aduhaiiiii sekejap sungguh masa berlalu. Bulan puasa ni bila aku bukak pc dan pandang data je ngantuk, pandang nombor je ngantuk....adey ayoyo ama apa. camni camno data nak tally. Aduhaiiiii mata macam di gam-gam je. Tapi bila buat kerja lain eh segar bugar lah pulak....huhuhuhu bila lah nak tally data dan final kan Annual report ni. huhuhuhu kita update entry dulu lah.

Ok lah Tenguk dulu kebun limau ya. Seronok tenguk limau bergayut-gayut sebelum kita pi makan opsss puasa. hehehe

Dah puas menerokai ladang limau perut pun rasa lapar.  Kami sampai di sebuah kedai makan yang berbukit sikit. Parking sebelah kereta biru ni...cantik beb. Mata aku pun jadi biru...hehehe




            Dok usha je BMW biru ni aku jadi lupa nak ambil gambar kedai ni dari depan. Cantik kan. Duit pun cantik ko.... hehehe. Sampai je tenguk dalam  kedai ramai orang sebab kami group yang akhir. Kedai dia kecil je.


 Rasanya kali ini ada  3 group bertembung. wawa dengan group baru pun ada juga.


                                      Tenguk lah tu penuh dah meja.


                                    Nasib baik ada tempat duduk untuk group kami.


                               Ni side dishnya. Sedap seaweed kimchi tu. Aku suka.


      Orang lain semua dah dapat ikan bakar masing-masing....tapi aku....huhuhu dapat yang last ko.

                                                 Masing -masing dah mula makan.


          Kali ni yang berbeza ialah nasinya. Berwarna hitam. Aku rasa dah macam makan pulut hitam pulak padahal ianya nasi. tapi macam biasa lah nasi korea ni lekit-lekit sikit rasanya. Side dish dah habis ikan bakar aku baru sampai....tu pun Taj offer ikan dia yang tak habis.

Ikan dia ni aku tenguk biasa je sebab dia bakar takdelah beriya letak macam-macam pun cuma bakar biasa je. Nak kata salut dengan garam aku takde rasa pun garamnya. Tapi sedap bila makan panas-panas. Cuma kena hati-hati lah dengan durinya. Ikan apa emmm lupa nak tanya. Belasah je lah janji perut kenyang hati sonang. hehehehehe . Yalah dah seronok sakan kat ladang buah tadi kan. Jadi walaupun lambat kita makan dengan sonang hati.

5 comments:

  1. Replies
    1. Haah sekali letak je licin sekali letak je licin kalau boleh nak tambah banyak kali. hehehehe

      Delete
  2. senang cari tempat mkn kalau pegi dgn pakej ni..x payah nak susa2 carik..JM ni..kalau makanan korea..ermm mmg my feberet semua boleh telan..ada la kwn buat kimchi..JM beli la..kawan rasa..dia ckp..ape ni..masamnya..x leh nk telan..padahal kimchi tu lagi masam lagi sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kimchi rupanya banyak jenis tapi semua sedap lah. Haah kalau pakage senang tak payah susah2 nak cari port makan semua tersedia. Yummy

      Delete