Friday, August 7, 2020

Acara Korban Tahun 2020






Assalamualaikum,

   Alhamdulillah tahun ni walaupun virus Covid 19 melanda dengan kena PKP lah, kena dok rumah lah  tapi sempatlah juga kita orang planning buat acara korban adik beradik untuk tahun ni. Planning masa raya cina, lepas tu bila dapat berkumpul selepas PKPP, bila dah boleh rentas negeri, baru kumpul duit. Lembu untuk  korban dapat kat Parit Sulong.  Tapi sebab norma baru untuk SOP bagi acara korban tak boleh ramai-ramai , lembu di sembelih di Batu Pahat, Lepas dah lapah kulit barulah di bawak ke Bakri.

    Dek kerana takut melanggar SOP, lembu yang dah sembelih terus je lori bawak ke belakang rumah. Hah kat belakang dapur lah kami adik beradik, anak saudara dan cucu saudara melapah dan memotong beramai-ramai. Kiranya acara anak beranak le gitu. Tu pun siap sedia juga SOP Covid 19 ni tau. Ya lah sediakan buku, ambil suhu serta catat nama dan nombor talipon....takut kalau polis datang kena denda RM 1000 beb. huhuhu. Ya lah kalau tenguk rumah selalu kosong tiba-tiba banyak pulak kereta kat rumah ni hah tak ke haru nanti nak jawap apa. Dah le tak boleh 20 orang sekali kumpul. Memang menangis tak berlagu le kalau kena denda huhuhuhu.


Tapi alhamdulillah lah ianya berjalan lancar.  Malahan dah bercadang tahun depan nak buat lagi. Insya Allah kalau ada rezeki.


           Gambar atas tu lah lembu untuk korban dan ni gambar lembu tersebut nak di sembelih.



Daging di gantung kat belakang dapur dan kami gotong royong melapahnya.







Tu dia. Ni dah separuh tinggal tulang-tulang untuk di potong-potong buat sup. 


Gotong royong melapah daging. Tak payah panggil orang kampung pun. kami sekeluarga kerjakan dan seterusnya setelah di timbang dan di sukat baru edarkan untuk orang kampung. 



Pergh Mai tengah asah pisau. Ada juga yang jadi mangsa pisau yang tajam sampai Anis pun terguris tangannya. Wah susut nilai le camtu. hehehe 


Daging yang besar di potong kecil untuk di timbang.  


Tu dia Ajid tayang ekor lembu. Buat sup ekor sedap tak. entah siapa yang ambil.
 




Abang Berahim pun join sama.


Masa ni dah banyak daging yang dah di siang tinggal tulang-tulang 



Hah masa ni daging banyak yang perlu di lapah. 






Siapa nak kaki lembu. Buat sup sodap ni.
 

 


 

Kat dalam mak-mak sedang makan sambil menyembang. Mak itam bila nampak kami ramai balik rumah Kg terus datang rumah. Dah lama juga Mak saudara aku ni tak menyenguk rumah kami bila tenguk ramai yang balik.  
 


Chef kat dapur masak ketam dengan asam pedas ikan pari. Lepas tu bila tulang dah potong buat sup. Masak 2 periuk iaitu guna periuk Noxxa dan Primada Cooker laju je siap. Panas-panas layan dengan sambal kicap.....perghhhh sedap sebab air daging baru sembelih manis rasanya. 



Tak cukup parang tu dia keluar kapak lagi nak potong tulang. 
 


Ni upahnya. satu periuk tapai pulut. Jaki suka lah sebab dia nak ambil air tapai. 
 


sapa nak kepala lembu.  


                         Satu dulang tu hah perut lembu, hati lembu, limpa lembu buat rendang pun sodap.

Selesai melapah kami bagi-bagikan ikut bahgian masing-masing yang buat korban.  Selepas tu daging yang telah di timbang dan di masukan dalam plastik jol yang agih-agihkan kat orang kampung.

Selesai makan tengahari acara pun selesai.  Har dan keluarga dah balik JB sebab anak nak kerja manakala Wani pun balik awal juga sebab malam ni nak balik Taiping.  Masing-masing balik bawa daging fresh korban. 

Jadi petang tu dapat lah berkumpul adik beradik. Semalam raya haji ada yang tidak balik.  Apa pun syukur acara korban  kami berjalan lancar dan kami dapat berkumpul adik beradik. 


14 comments:

  1. Alhamduilillah...acara korban berjalan lancar, gotong-royong ahli keluarga...dapat berkumpul sanak-saudara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Acara korban sambil mengeratkan silaturahim adik beradik. Seronok bila dah lama tak kumpul adik beradik bersama sanak saudara.

      Delete
  2. Alhamdulillah.. tahniah.. semoga tahun depan ada rezeki boleh buat lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. InsyaAllah kalau ada rezeki boleh lah buat lagi. Orang lain pulak.

      Delete
  3. Alhamdulillah.
    Aktiviti gotong-royong begini dapat merapatkan silaturahim.
    Moga rezeki terus bertambah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya amie.. seronok sekali bila dapat berkumpul beramai-ramai. Dah le raya tak dapat berkumpul. Alhamdulillah dapat buat korban dapat juga jumpa semua sanak saudara

      Delete
  4. ALHAMDULILLAH BERKAT SEPAKAT ADIK BERADIK LANCAR MENJADI APA DIRANCANG

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak syukur sangat dapat buat acara korban adik beradik ni.

      Delete
  5. seronoknyaaaa...
    nak sikit tapai tu.. nampak berbungkus2 tu terus cam terliur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha satu periuk sedang yan mana taknya banyak berbunbgkus-bungkus. Kalau dekat boleh je bagi. hehehe

      Delete
  6. Seronok bila dapat berkumpul sesama ahli keluarga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang seronok bila dapat berkumpul beramai-ramai.

      Delete
  7. alhamdulillah.. part nak potong daging sy lari dulula..
    da masak baru saya muncul =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha samalah dengan ahkak. Tukang tenguk je hehehehe

      Delete